Blogwalking Gempak Edisi Pertama 2015…Kehangatan kontest SEO Malaysia Best Blog 2015 masih terasa.Berpuluh-puluh blogger otai dan newbies mencuba peluang untuk merebut taktha juara pada halaman utama carian Google.HB tak ketinggalan dengan mempertaruhkan peluang yang nipis untuk merasai sendiri bahang kontest tersebut.
Tanpa harapan mengunung HB gagahkan juga impian untuk berjaya.HB berharap berjaya untuk membuat blogwalking gempak ke atas blog para peserta dan juga blog yang diwar-warkan terbaik oleh mereka.
Kejayaan blogwalking memang tidak menjanjikan potensi untuk menang secara fizikal.Namun jauh dalam lubuk hati dapat memenangi hati para peserta untuk mengenali blog Hero Borneo.Mana tahu pada tahun depan blog Hero Borneo dinobatkan sebagai blog terbaik kategori mesra blogwalking.
HB sudah selesai berblogwalking ke atas blog-blog di bawah ini.Blog-blog tersebut adalah peserta terawal yang diluluskan pihak penganjur iaitu Ohduit.com dalam kontest SEO Malaysia Best Blog 2015 .
1)Blog Hasrulhassan.commerupakan peserta paling awal dalam carta.Semua kenal pemiliknya iaitu blogger yang pemurah dengan ilmu seo blogspot.Kini mengelar dirinya sebagai Husband House yang HB rasa agak menarik.
2)HB juga sempat singgah beberapa kali ke blog orang bujang.Pemarah peramah juga orangnya kerana ada membalas komen yang HB tinggalkan.Blog yang cukup sederhana seperti blog HB ketika pembabitan awal dalam dunia berblogging dulu-dulu sekitar tahun 2009.
3)Jika tak kerana kontest ini,HB memang tak tahu tentang blog gadis menawan ini.Juga mempunyai template yang simple namun menarik kerana warna jambu.Blog ini ramai pengomen dan HB susah nak komen lebih-lebih sebab baru pertama kali singgah.
4)Siapa yang tak kenal pemilik blogginspired.com.HB kenal sewaktu beliau bermain dalam platform Blogger.com lagi.Seorang blogger separuh masa dan mempunyai kepakaran dalam SEO.Bukan calang-calang tu.Biarpun kurang dikenali secara langsung namun pembabitan dalam dunia blogger mempunyai aura tersendiri.
5)Satu blog yang HB kenali sejak tahun 2012 lagi.Beliau yang suka dikenali sebagai Tok Puteh memang hebat orangnya.Dah beruban tetapi masih kacak muda bergaya.Orang Pahang yang berasal dari Ulu Cheka.Namanya antara top dalam menjana pendapatan lumayan dari affiliate.Blog yang ditulisnya juga mengguna bahasa yang mudah difahami.
6)HB juga baru mengenali blog Sally Adan.Tak banyak komen yang boleh HB katakan tentang blog ini.Apa yang pasti blog ini memang bagus juga untuk dikunjungi memandangkan ia berasaskan blogspot.Mereka ada geng yang gempak untuk saling menyokong satu sama lain.
7)Jika kalian lelaki maka amat wajar memberi sokongan padu ke atas blog yang dikenali sebagai bloggerlelaki.Setakat entri ini ditulis blog tersebut sudah mendominasi tempat teratas carian Google.com.my.Masih terlalu awal namun keupayaan blog ini amat mengkagumkan dalam bab SEO.
8)Sejujurnya HB suka blog ini.Domainnya yang menggunakan bakul2011.com mengingatkan HB tentang perumpamaan ambil bakul dan angkat sendiri.Jangan marah ye..wahai pemilik blog tersebut.
9)Selepas beberapa kali mengunjungi blog para peserta HB terjumpa lagi blog yang tak kurang hebatnya iaitu blog Solace Fasya.Memang blog untuk orang berfesyen.Memandang HB baru pertama kali bertandang ke blog ini jadi tak banyak komen la..tak pe kan.
10)Ada satu blog yang menarik juga.Domainnya adalah Kanvas Dakwat.Pemiliknya seorang yang kreatif.Penulisan memang santai.Tak berat mata memandang.Ternyata HB akui memang suka dengan blog ini.
Kesimpulan dari admin,
HB belum puas blogwalking secara gempak ke atas blog-blog para peserta.Ada terasa letih juga kerana jauh perjalanan.Lain la orang muda.’Keletihan’ lebih terasa pada bandwitch broadband HB.Dah semakin nipis.Jika macam tu HB terpaksa jarak untuk Edisi Kedua pula nanti.
Sekian.Salam motivasi dan gagahkan diri untuk terus berblogwalking dari hari ke sehari.Tak semua mampu buat kerana sebab tersendiri tau!
Rujukan Ebook Terbaik
[A] Panduan Untuk Persediaan Dan Temuduga Separa Perubatan
[B] Panduan Percuma Untuk Suami Menjadi Hebat Atas Ranjang
[C] Panduan Untuk Wanita Yang Ingin Bekerja Dari Rumah