Bahaya Ilmu Pukau Kepada Manusia…Tentu ramai yang takut mendengar ilmu pukau.Tambahan pula ilmu pukau lebih banyak buruk dari baiknya.HB faham ada yang cuba mengaitkan hipnosis dengan pukau.Maaf ya.Pukau adalah satu ilmu yang tak sama walaupun tujuannya untuk menghilang pemikiran sedar manusia.
Pukau adalah ilmu yang menggunakan teknik sihir.Keberkesanan pukau banyak dibantu oleh makhluk halus,jin kafir dan keluarga syaitan serta iblis.Awas sama sekali.Orang Islam amat dilarang untuk bersetongkol dengan golongan yang direjam ini.Sebab itu ada negara yang tidak mengiktiraf aktiviti pukau walaupun untuk tujuan perubatan.Cuma di Malaysia pengamal dukun mistik masih bergerak macam biasa tanpa pemantauan yang serius.
Dalam ilmu pukau memang menggunakan mantera dan jampi serapah.Saranan ini tujuannya untuk memanggil jin agar minda,emosi dan jiwa manusia dapat dikawal.Penangannya amat dahsyat kerana pukau menyebabkan seseorang boleh mengeluarkan duit di mesin ATM,gelang emas ditangan dan merompak dalam rumah diam-diam.
Biasanya para dukun,bomoh dan pakar ilmu hitam akan mengajar ilmu ini kepada mereka yang berminat.Tujuaan mereka belajar rata-rata untuk kejahatan.Sebab itu ilmu pukau tidak diajar secara ilmiah di pusat pengajian mana-mana dunia ini.Ingat belajar ilmu yang salah boleh memakan diri.Jadi jangan cuba-cuba kerana ilmu pukau bukan untuk hiburan.Ilmu silap mata boleh.Itupun untuk permainan dan keseronokan semata-mata.
Secara teorinya ilmu pukau memaksa mangsa untuk kepentingan pemangsa.Pukau ini menyebabkan kezaliman dan aniaya kepada mangsa.Sungguhpun jarang berlaku namun jangan kita terleka kerana pengamal ilmu pukau sentiasa mencari peluang untuk mengenakan mangsa mereka.
Bagaimana kita boleh mengelakkan dari ilmu pukau?.Tak susah kepada mereka beriman kerana apa jua ilmu mistik begini semuanya berlaku dengan izin Allah SWT.Minta pertolongan kepada Allah SWT.Doa,baca surah 3 Qul dan ayatul Qudsi.insya Allah amalan ini menjadi pedinding kepada tubuh badan kalian.
Selain itu ada juga petua yang boleh diamalkan dalam memberi penawar kepada ilmu pukau.Antaranya memakai minyak wangi kasturi putih,minum air limau nipis dan mengamalkan meditasi sistem pelindung aura.Ia satu cabang ilmu dalam minda separa sedar.Jika ada info lengkap boleh HB kongsikan lain kali.Sekarang ingat-ingat lupa pula tentang sistem pelindung aura.Jangan pula keliru dengan Qu Puteh.
Kesimpulan dari admin,
Dalam entri ini HB cuma menjelaskan secara ringkas bahaya ilmu pukaukepada manusia.HB tidak ada minat mendalam untuk mempelajari apatah lagi mengamalkan ilmu pukau.
Sekian,Salam motivasi.Sehingga bertemu lagi jauhi diri anda dari ilmu pukau demi keselamatan diri dan keluarga.
Jika ada dikalangan kalian yang ingin sangat ilmu terbaik jangan segan untuk singgah mencari ebook dalam blog >>> BUKU ONLINE