Quantcast
Channel: Hero Borneo
Viewing all articles
Browse latest Browse all 427

4 Bidang Yang Menjana Kekayaan

$
0
0

4 Bidang Yang Menjana Kekayaan…Seandainya kalian nak menjadi orang kaya jangan lupa untuk menceburi 4 bidang yang akan HB huraikan dibawah ini.Bidang ini sama ada nak dikuasai semua atau salah satu daripadanya.Ia adalah kunci untuk membuka kekayaan ke dalam hidup kalian.Bukan HB yang kata tetapi orang telah berjaya dan kaya berkata demikian.

menjana kekayaan

Bidang-bidang yang bakal HB didedahkan ini bukan perkara baru.Dari dulu bidang ini tetap sama cuma potensi sahaja yang berbeza.Jadi kalian perlu pilih yang mana satu untuk diceburi.Nak pilih semua pun tak apa.Janji kalian ada kemampuan untuk melakukannya.

1.Perniagaan

Memang ada logiknya kerana sumber rezeki adalah 90 peratus dari perniagaan mana 10 peratus sahaja dari makan gaji.Belum pernah dalam sejarah seorang pekerja makan gaji RM1000 sebulan selama 35 tahun boleh menjadi jutawan tanpa ada sumber pendapatan lain.Baik dari simpanan atau pelaburan ataupun emas

Melalui perniagaan maka Tan Sri Mokthar Bukhary,Warrent Buffet,Ingvar Kampard dan semestinya ramai lagi telah menjadi kaya raya.

2.Hartanah

Seseorang yang berani dan berjiwa kental seperti Donald Trump telah membina sumber kekayaan melalui bidang ini.Bidang hartanah mempunyai potensi yang cukup luas dan persaingan tidak begitu sengit.Ini kerana menceburi bidang ini memerlukan modal duit yang cukup besar

Menurut pakar hartanah dunia seperti Robert Kiyosaki memulakan bidang ini kena bijak mencari peluang.Selain itu bersabar menghadapi sebarang spekulasi harga naik dan turun.Jika tahu ilmu lebih mendalam apa kata baca Rahsia Ejen Hartanah

3.Pemasaran kewangan

Lebih tepat lagi kalau kita merujuk kepada Financial Market.Ia satu bidang yang merangkumi insuran,unit amanah,komoditi,mata wang dan sebagainya yang berkaitan.Tidak hairan ada perancang kewangan yang menjadi jutawan kerana mahir mengurus pelaburan saham.HB cuma teringat  dengan kejayaan Adam Khoo dalam bidang ini.Beliau merupakan rakyat Singapura yang menjadi jutawan dalam usia yang amat muda,

Bagi HB bidang ini amat luas potensinya terutama kepada masyakat Islam dalam takaful dan unit amanah.Tambahan pula celik wang belum tahap maksimum ke dalam masyarakat bumiputera .Tabiat kita suka berbelanja wang daripada mencari wang lebih.HB saran teliti ilmu kewangan dalam panduanini

4.Internet

HB mula kenal internet dari dulu lagi.Pada masa itu kecoh satu Malaysia dengan kejayaan Irfan Khairy yang berjaya menjadi jutawan dalam umur yang sangat muda.Ketika itu juga HB telah berimpian menjadi jutawan sebagaimana beliau.Sehingga sekarang HB telah berada dalam dunia internet sebagai seorang blogger yang memiliki beberapa blog.

Dalam dunia internet beberapa tokoh orang kaya muncul secara mendadak seperti Larry Page,Mark Zuckerberg,Michael Dell dan ramai lagi.

JIka nak berjaya macam mereka HB amat galakkan kalian membaca Panduan Income Hebat dari Internet.

 

Kesimpulan dari admin,

Kini terpulang kepada kalian nak menceburi bidang apa yang dimahukan.Tepuk dada tanya iman dan ketuk kepala tanya minda.

Perlukan diingatkan kalian hanya memilih bidang yang mempunyai permintaan tinggi dan potensi yang tidak tepu.

Sekian.Salam motivasi dan berimpian untuk menjadi orang kaya.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 427