Quantcast
Channel: Hero Borneo
Viewing all articles
Browse latest Browse all 427

Kemaskini Maklumat Pemohon BR1M 2015

$
0
0

Kemaskini Maklumat Pemohon BR1M 2015…HB menerima surat rasmi dari Kementerian Kewangan Malaysia.Tak terkejut kerana HB sudah menjangka ia memang berkaitan BR1M.Malah isi kandungan juga tidak menghairankan kerana jangkaan awal memang tepat.Serius.Memang tak salah dan betul seperti apa yang bermain dalam pemikiran.

BR1M 2015

Untuk makluman para pembaca,pendaftaran BR1M 2015 sudah bermula pada 1 Disember 2014 yang lalu.Lebih kurang dalam seminggu ketika entri ini ditulis.Para pemohon yang layak akan menerima pembayaran 3 kali pada tahun 2015.

Demi mengelakkan sebarang keciciran dalam pembayaran BR1M itu nanti para pemohon dihendaki mengemaskini 4 perkara yang sangat penting di bawah ini.

1.Maklumat pasangan/tanggungan

2.Alamat terkini

3.Maklumat akaun bank

4.Maklumat waris jika pemohon layak dapat Skim Khairat Kematian

Tempoh mengemaskini maklumat yang dinyatakan di atas selama sebulan dari tarikh 1 Disember 2014 sehingga 31 Diember 2014.Jadi HB berharap para pembaca yang layak menerima BR1M jangan bertangguh.Sikap bertanggung dan tergesa-gesa akan menimbul banyak kerumitan dikemudian hari.Elakkan melakukan pada saat-saat akhir.Satu tabiat kurang elok bagi rakyat Malaysia.Jom ubah la ya.

Para pemohon boleh melayari portal rasmi BR1M di https://ebr1m.hasil.gov.my.

Selain itu para pemohon yang tiada akses internet boleh menggunakan cara manual dengan menggunakan Borang Permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2015 (BK-01).Borang tersebut boleh diperolehi di mana-mana cawangan /Pusat Khidmat Hasil/UTC LHDNM.Dah siap hantar sahaja di tempat yang HB nyatakan tersebut.

Dalam surat rasmi yang HB terima ini, diingatkan kepada para pemohon mesti mengemaskini maklumat yang diperlukan.Jika gagal berbuat demikian permohonan BR1M tidak akan diperoses.

Bagi mengelakkan sebarang kekeliruan atau maklumat lanjut, para pemohon boleh menghubungi talian bebas tol 1-800-88-2716 di LHDNM atau talian Kementerian Kewangan Malaysia di 03-8882 6565/4566.Untuk hal demikian sila hubungi pada waktu terdekat ini.Jika pada saat-saat akhir nanti para pemohon akan menghadapi kesukaran kerana talian akan sesak nafas..

 

Kesimpulan dari admin,

HB berharap sesiapa yang layak untuk menerima BR1M jangan lupa untuk mengemaskinikan maklumat kalian  secepat yang mungkin.Jangan tunggu lama-lama nanti terlupa.

Sekian.Salam ceria dan jumpa lagi.

 

Info tambahan:

1.Nak servis blog……. [klik sini]

2.Nak baca buku online….. [klik sini]

3.Nak dapat hosting percuma …. [klik sini]


Viewing all articles
Browse latest Browse all 427