Quantcast
Channel: Hero Borneo
Viewing all articles
Browse latest Browse all 427

Peraduan Gambar Selfie Bernilai RM20K

$
0
0

Peraduan Gambar Selfie Bernilai RM20K…Sekarang aktiviti selfie bukan sekadar suka-suka.Ia sudah ke tahap boleh membawa tuah jika kalian menyertai contest yang hebat ini.Ada satu contest yang bertemakan Jom Selfie Produk Malaysia anjuran KPDNKK.Tentunya berita baik kepada mereka yang suka berselfie dan pengguna media sosial Facebook.

Gambar Selfie

Peraduan atau contest ini bertujuan untuk memupuk semangat patriotisme masyarakat terhadap produk buatan Malaysia.Dalam masa yang sama promosi begini membantu pihak pengusaha tempatan mengembangkan  bisnes mereka ke tahap yang lebih baik.

Para peserta yang ingin menyertainya cuma perlu mengambil gambar secara selfie dengan produk yang ada logo buatan Malaysia.Pastikan hasil gambar yang kreatif dan unik supaya mendapat like yang terbanyak di Facebook setelah ianya dimuatnaikkan di halaman Malaysiaku Jenama Kita.Peraduan ini masih berlangsung dari 2 Disember 2014 sehingga 28 Januari 2015.Ia terbahagi kepada dua pusingan.

Hadiah isimewa untuk pemenang amat lumayan.iaitu RM 2000 seorang.Ada juga pemenang mingguan yang menawarkan hadiah RM500 untuk pemenang pertama.Hadiah yang lengkap HB nyatakan seperti di bawah:

Pemenang Pertama   x RM500

Pemenang kedua       xRM400

Pemenang ketiga       xRM300

Pemenang ke-4         xRM200

Pemenang ke-5         xRM100

5x Saguhati                 xRM50

HB berharap kepada pembaca yang ada bakat berselfie jangan lepaskan peluang ini.Ia mudah untuk disertai dan usaha untuk mendapatkan like terbanyak hanya perlu kerja promosi dan promosi.

Untuk lebih jelas lagi biarlah HB sertakan syarat-syarat penyertaan.Baca dengan teliti dan fahamkan sebaik yang mungkin.Ini bagi memastikan usaha kalian  tidak sia-sia jika tidak menepati kriteria yang diperlukan.

1.Like Fanpage ‘Malaysiaku Jenama Kita’

2.Tonton link video yang ada kat Fanpage

3.Hantar gambar selfie yang bersama produk yang ada logo buatan Malaysia di  Fanpage tersebut.

4.Kongsikan dengan rakan-rakan supaya mendapat like yang banyak

5.10 gambar selfie yang paling kreatif dan mendapat like terbanyak akan mendapat hadiah

6.Pemilik selfie yang paling menarik nanti bakal mendapat hadiah istimewa berjumlah RM2000 seramai 3 orang.

7.Gambar para pemenang juga akan digunakan secara viral oleh pihak yang berkaitan.

 

Kesimpulan dari admin,

Bagi HB peraduan ini bukan untuk duit semata-mata.Hikmahnya lebih untuk menanam perasaan cintakan kepada negara Malaysia.Tanda cinta bukan sekadar bermain dimulut.Tindakan bijak dengan membuktikan pembelian produk buatan Malaysia sebanyak yang boleh.

Salah satu produk buatan Malaysia yang dijual secara online adalah Rhizoplus - Penawar Gout, Resdung & Migrain Paling Mujarab

Sekian.Salam motivasi dan selamat berselfie.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 427