Quantcast
Channel: Hero Borneo
Viewing all articles
Browse latest Browse all 427

Bil Elektrik Naik Apa Perlu Buat

$
0
0

Bil Elektrik Naik Apa Perlu Buat…HB baru lepas bayar bil elekrik.Hati runsing dibuatnya.Nilai bil setiap bulan sentiasa naik.Maksudnya penggunaan elektrik keluarga HB bertambah.Perubahan ini bukan sesuatu yang baik.Sebab bil naik maka belanja pun naik,Duit semakin sedikit.Hati susah nak happy.

bil elekrik

Bila belanja untuk bil elektrik naik maka nilai duit tunai dalam tangan akan turun.Prinsip sama seperti ilmu dalam ekonomi.Dulu semasa ambik subjek ekonomi kat sekolah tinggi susah nak faham Dah tua-tua begini ( tapi masih hensem) mudah nak faham pulak,Jadi apa kata kita fikir sama-sama tips atau cara supaya bil elektrik rumah kita tak naik sebaliknya akan turun.

1.Tutup suis apabila tidak digunakan

Amalan yang mudah.Namun ramai yang tak endah.Jika kalian tak guna lagi lampu dalam bilik air,stor,tandas dan sebagainya maka tutup selepas digunakan,TIdak susah pun.Malah tak ambik masa yang banyak.Apa yang penting jadikan tabiat sahaja.

2.Awasi penggunaa alat elektrik berkuasa tinggi.

Kita suka menggunakan seterika elektrik untuk seterika pakaian supaya nampak kemas.(betul ke ayat HB nie).Apa kata kurangkan penggunaan alat tersebut dengan menghantar pakaian ke kedai dobi.Hantar pakaian yang jenis yang memerlukan mereka seterikakan baju tersebut banyak-banyak.Jadi jimatelektrik dan tenaga.

3.Menjadikan hari tanpa elektrik seminggu sekali

Idea ini bukan sesuatu yang baru.Seluruh dunia ada menyambutnya Earth Hour.Namun idea yang nak saya ketengahkan ini cari sehari selama 6 jam.Jika tahan lebih lama lagi bagus.Tutup semua peralatan elekrik kecuali telefon bimbit.Bimbang ada kes kecemasan pula.

4.Hidupkan budaya kedekut elekrik

Budaya kedekut kurang bagus.Namun dalam situasi dan keadaan tertentu ada baiknya.Misalnya dalam penggunaan elektrik.Malam tidur awal.Kurangkan nonton TV,online dan permainan video.Lagi kurang lagi bagus kerana ada aktiviti yang kita lakukan itu merupakan kehendak dan bukannya keperluan.(macam berblog-mesti ramai yang marah)

5.Bijak mencari duit lebih

Pilihan terakhir ialah bijak mencari duit lebih untuk menampung kos kenaikan bilelektrik.Cari dan ikhtiar dengan bakat yang ada untuk mencari rezeki.Jangan mengharap gaji tetap.Sebab gaji tetap sudah tentu sedikit.Buatlah perniagaan kecil-kecilan atau menjadi seorang blogger buat duit seperti blog kakiblog.(contoh sahaja)

 

Kesimpulan dari admin,

Sebagai tambahan kepada tips yang HB kemukakan di atas,kalian boleh juga baca  link yang diberikan bawah ini.Melalui tips yang ada dalam link tersebut kalian dijamin untuk berupaya mengurangkan bil elektrik sehingga 40 peratus setiap bulan.Pengiraan mudah apabila bil kalian RM100 maka setiap bulan cuma perlu bayar RM60 sahaja.

Jadi jangan lupa untuk dapat segera tips yang lebih power ini.

Ingin Kurangkan Bil Elektrik Anda? Klik Disini!

Sekian.Salam ceria dan jom jimat bil elektrik hari ini juga.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 427