4 Kategori Manusia Yang Wajib Diketahui…Manusia adalah makhluk hebat,berkuasa dan berakal berbanding makhluk lain.Namun manusia secara azalinya terbahagi kepada kategori tertentu.Hanya satu kategori sahaja yang patut kita inginkan.Lain daripada itu minta dijauhkan dengan perumpamaan seluas mata memandang.
1)Ada harta dan ada ilmu
Siapa yang tak nak kaya.Ada wang ringgit dan harta benda yang melimpah ruah.Dalam masa yang sama ada ilmu didada.Lagi molek jika ilmu tentang agama berbanding dunia.Mereka juga menjadi pujaan ramai kerana kaya.Dalam masa yang sama golongan manusia ini disukai para malaikat kerana faktor ilmu dan takwa.
2)Ada ilmu tetapi tiada harta
Boleh dikatakan golongan yang masih bernasib baik.Mereka penuh ilmu didada.Sayangnya ilmu yang ada pada mereka tidak digunakan untuk menjana kekayaan.Mungkin ilmu tersebut bersifat kebajikan.Misalnya kepada para ahli agama yang mengajar di madrasah atau sekolah pondok.Adapun elaun khas cuma cukup untuk makan dan minum.
3)Ada harta tetapi tiada ilmu
Golongan kaya dan elit tak ramai.Mereka adalah manusia beruntung kerana dikurniakan harta yang tak termakan oleh 7 keturunan.Beli apa sahaja yang diingini dari selipar jepun hinggalah kepada kereta Ferrari.Hidup pula penuh keseronokan tanpa ingat dunia.Ini kerana mereka tiada ilmu sebagai pembimbing hidup.Sayang sungguh kerana kenikmatan dunia, mereka lalai dengan persediaan untuk ke dunia akhirat.
4)Tiada harta dan tiada ilmu
Inilah jenis manusia yang sangat tragis.Pendek kata mereka dalam kemiskinaan dua perkara.Hidup melarat dan otak pula kosong.HB pun tak dapat bayangkan bagaimana nak meneruskan kehidupan jika situasi begini ada berlaku.Dalam perkara ini mereka mungkin ada dua sebab.Pertama sudah takdir selepas usaha demi usaha dilakukan.Kedua pula kerana sikap dan cara pemikiran yang tidak boleh berubah dari negatif ke positif.
Kesimpulan dari admin,
Sebagai manusia yang normal pilihaan tetap ada.Kalian boleh memilih untuk menjadi manusia jenis ada harta dan ada ilmu.Walaupun tak sekaya Mark Zukerberg atau kaya ilmu seperti Albert Enstein (maaf ambik contoh orang barat) jika kalian dah dapat 3% seperti mereka dah cukup bagus.
Sekian.Salam motivasi dan ceria selalu
p/s :Sumber Ilmu terbaik ada di Portal Ilmu