Cerita Minoriti Muslim Di China…Dah lama tak keluarkan entri review buku.Sebab sibuk dan kadar pembacaan buku pula semakin berkurangan.Lainlah zaman sekolah dulu.Buku adalah peneman setia.Dulu belum ada internet jadi godaan kurang sedikit.Sekarang sangat mencabar kerana media sosial seolah-olah mengganggu kehidupan harian.Itu belum campur masa untuk bekerja dan bekeluarga.Alahai.Alasan sahaja.
Buku ini hasil tulisan Ann Wan Seng.Seorang cina yang bagus penggunaan bahasa Melayunya.Beliau merupakan penulis yang tak asing lagi kepada peminat buku yang berbentuk bisnes.Pernah tak membaca buku beliau yang berjudul Rahsia Bisnes Orang Cina.Satu buku yang laris dan rahsia yang didedahkan taklah sampai 100 peratus.
Berkenaan buku yang HB promosi ini bagus kepada pembaca yang minat fakta dan ilmu Geografi.Ringkasnya sesuai untuk rujukan ilmiah.Pembaca diluar lingkungan ini memang tak seronok sangat la.Jadi harap faham apa yang HB ingin sampai secara tersirat.
Dengan ketebatan 157 mukasurat dan diterbitkan pada tahun 2011 serta ada cetakan kedua pada tahu 2012 boleh menggambarkan buku ini ada permintaan.Satu sebab kerana si penulis yang sudah ada nama.lagipun hasil terbitan Must Read Sdn Bhd tidak mengecewakan.
Ada 12 bab kesemuanya.HB cuma tertarik dengan bab 8 yang ada mencerita etnik misteri di China.Insha Allah HB akan terbitkan entri dalam masa yang terdekat ini.Jika tak sabar HB saran kalian pembaca beli sendiri buku ini dikedai buku.Senang ceritakan.
Jika ada yang nak tahu pasal harga biar HB kongsikan di sini bahawa senaskah cuma RM23 untuk Sabah dan Sarawak.Harga Semenanjung RM20 sahaja.Jangan risau membeli buku kerana ilmu terlalu bernilai untuk minda dan cara berfikir seseorang.Kepada sesiapa nak tahu pelbagai ilmu jomlah singgah di >>> Portal Ilmu
Kesimpulan dari admin,
Negara China memnpunyai populasi penduduk 1.3 billion manakala penduduk muslim pula 130 juta.Malaysia pula baru 30 juta orang penduduk.Itupun bukan semuanya muslim.Jadi agama Islam sudah dianuti penduduk China sejak kurun ke-14 lagi.Mereka terus berkembang biak terutama dilaluan Jalan Sutera.
Soalnya kini mengapa mereka terus tersisih dan terpinggir dalam negara yang masih ada mengamalkan ideologi Karl Mark.Jawapan itu ada pada diri kita sebagai orang Islam sendiri.Mereka adalah saudara kita yang sama akidah namun kita tak menyedari kewujudan mereka di sana.Ini adalah kenyataan HB sendiri secara peribadi.
Sekian.Salam ceria dan keinsafan buat kita semua.