Ada Apa Dengan Blog Winawellness.com…Pada kesempatan ini HB nak mengucapkan terima kasih kepada penaja kedua contest SEO Bonus Akhir tahun iaitu Blogger Puan Wina.Beliau sudah semestinya pengedar Shaklee yang sah di kawasan Pulau Pinang.
Melihat kepada blognya, HB memang terkesan kepada template Genesis.Satu template Wordpress premium yang menyebab terbeliak biji mata melihat harganya.Kalau HB menang pun dalam contest Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan belum cukup lagi modal nak membelinya.
Blog ini penuh berinfomasi tentang nichle produk kesihatan,Banyak testimonial yang kita semua boleh dapat melalui tulisannya yang bersahaja.Sudah nampak perbezaan sekarang ini.Misalnya kaedah untuk mencari prospek,pelanggan,rakan niaga dan juga pelanggan .
Terkenang zaman HB buat bisnes MLM dulu-dulu.HB cukup ambil berat kepada prospek.Buku nota penuh dengan senarai nama.Tak cukup dengan itu HB membuat panggilan mesra terlebih dahulu.Orang kata lebih baik jadi kawan dulu sebelum tukar menjadi rakan pengedar.Sekarang lebih mudah.Prospek cari dan penaja cuma sediakan borang untuk keahlian.
Puan Wina selaku admin blog winawellness menulis penuh motivasi entri blognya.HB pasti keinginannya untuk membantu rakan niaga dan bakal rakan niaga serta para pelanggan berkobar-kobar.Sebagai orang yang pernah berkecimpung dalam MLM (bukan Maharaja Lawak Mega) HB mendapati Puan Wina adalah pemimpin yang berkarisma memimpin rangkaiannya.
Bukti ini dapat kita perolehi melalui perkongsian hasil kejayaan dalam blog winawellnes.com.Jika nak tahu boleh layari blog tersebut di link INI.Tidak dinafikan memang seronok mendengar kisah kejayaan.Namun ada juga pihak yang tidak sedar bahawa kejayaan yang mereka kecapi bukan bermula hari ini maka esok boleh terus berjaya.Mana ada dalam dunia ini.
Menyentuh bab blog,HB berpuas hati dengan lay out blog.Tip top meskipun HB belum mengupas secara terinci.HB berharap Blogger Wina mengekallan minat blogging supaya blog ini bertahan lebih lama.
Sebelum itu HB nak ucapkan tahniah kepada Blogger Puan Wina kerana memiliki header blog yang cantik.Satu tarikan kepada pembaca supaya singgah berulang kali.Kepada pembaca diluar sana yang nak ada blog profesional boleh belajar melalui Video Pantas - Bina Website/Blog Wordpress Anda Dalam Masa 24 Jam
Kesimpulan dari admin,
Blog winawellness.com merupakan mediun terbaik mempromosi produk rutin mereka iaitu Shaklee.Pendek kata dunia online adalah trend semakin diterima oleh penduduk Malaysia maupun golongan elit untuk berbelanja.
Sekian.Salam motivasi dan jumpa lagi.