Mimpi Ngeri Seorang Blogger Newbie…Sebut tentang mimpi memang banyak.Antaranya mimpi ngeri,mimpi basah,mimpi kahwin lagi dan mimpi dapat jadi juwatan.Mimpi adalah mainan tidur.Namun mimpi kali ini adalah mimpi sedar iaitu situasi sebenar seorang blogger newbie.HB akui pendedahan dunia blogging yang masih terhad agak sukar untuk merealisasikan impian mereka sebagai blogger yang berjaya.
Jika nak berjaya bukan sekadar bermimpi.Usaha perlu ada.Seseorang blogger mesti mencapai ketenangan fikiran.Kalian dan HB sendiri tidak boleh menyakiti hati orang lain dalam penulisan blog.Sebab perlanggaran hukum ini akan memberi kesan mimpi ngeri kepada emosi seseorang.
Tambahan pula cabaran sebagai blogger akan bertali arus.Misalnya HB baru-baru ini dan juga selama ini pun mengadapi gangguan internet.Sebagai blogger yang sibuk dengan penyertaan kontest Vitamin Shaklee Bagus Untuk kesihatan tentunya cabaran gangguan internet adalah mimpi ngeri.Serius.Betul-betul ngeri untuk mood berblogging.Sebab di saat kita tengah teruja untuk blogwalking dan internet searching tiba-tiba terputus ditengah jalan.
HB sebenarnya dah naik bosan dengan gangguan internet begini.Betul-betul mencabar emosi supaya jadi marah.Namun HB perlu bersabar kerana setiap cabaran ada hikmah.Mungkin supayaHB tabah dan kuat.Betul sangat kan!
Ada juga hati nak berhijrah ke penyedia internet yang lain.Pokoknya belum ada bajet ke arah itu.Kini HB pulak menjadi mati kutu.HB percaya dengan kuasa sabar dan bertenang mampu untuk HB bertahan dengan mimpi ngeri ini.
HB berharap usaha untuk belajar Panduan Asas Affiliate Untuk Blogger Baru (Newbie) tetap diteruskan.Berhenti maka kalian dan juga HB akan berdepan dengan situasi ditakuk lama walaupun tahun lama ke bertukar baru.Kini sudah awal tahun.Maal hijrah pun dah sambut itu hari.Ingat lagi tak!
Apa lagi mimpi seorang blogger newbie?
Sudah tentu ingin menghasilkan duit dari internet.Dari program affiliate yang berpotensi menjana pendapatan ribu riban seperti blogger Pemakan Cendol.Orang seperti HB dan blogger newbie yang lain tentu juga nak seperti dia.Tapi ada syaratnya.Tak lain tak bukan cari ilmu sebagaimana dalam Portal Ilmu.
HB harap mimpi ngeri akan bertukar menjadi mimpi indah ketika usaha sudah membuahkan hasil.Bila agaknya?Tak dapat HB nak jawap.Bak kata Nabil lu fikir la sendiri.he..he..
Proses menukar mimpi ada banyak cara.Biar HB ringkaskan kepada tiga perkara sahaja.
1.Semangat juang untuk berjaya.
Orang yang bersemangat tidak mengaku kalah.Bagi mereka GAGAL itu adalah belum berjaya.Mesti cuba,cuba dan terus mencuba.Paling penting belajar dari kesilapan.Jangan diulangi kerana perkara yang sama akan menyebabkan hasilnya akan tetap sama juga.
2.Berlatih untuk menajamkan kemahiran.
Jika kalian seorang blogger maka berlatih untuk menulis dengan cara dan teknik terbaik.Tolong jangan rasa jemu untuk menulis serta mengemaskini blog.Tak ada idea perbanyakkan membaca buku,blog,majalah dan sewaktu dengannnya.Berlatih dan terus berlatih.Sekiranya tak mampu berdikari, tolong cari mentor.Hubungi dengan cara terhormat.Jika perlu bayaran maka keluarkan modal.Insha Allah, kemahiran menulis kalian akan lebih tajam.
3.Tingkatan pengetahuan SEO
Sekarang masa paling sesuai untuk belajar SEO khusus untuk blogger Newbie.Sebab ada kontest SEO yang memerlukan blogger menulis entri bertajuk Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan.Uji pengetahuan dengan bertindak menyertai kontest tersebut.Lupakan rasa rendah diri.Tinggalkan rasa tidak yakin.Nak sertai boleh dapatkan maklumat lanjut dalam entri HB bertajuk Segmen Hero Borneo Bersama AkmaOmar.com
Kesimpulan dari admin
Sebagai blogger newbie jangan menjadikan mimpi ngeri sebagai alasan untuk berhenti menjadi blogger.Bidang blogger terlalu istimewa dan HB ucapkan selamat berjuang dan selamat datang ke komuniti blogger.Jumpa kalian selalu di dunia maya.
Sekian.Salam motivasi dan jumpa lagi.