Quantcast
Channel: Hero Borneo
Viewing all articles
Browse latest Browse all 427

Kebaikan Menyertai Group Whatsapp BBN

$
0
0

Kebaikan Menyertai Group Whatsapp BBN..Blogger ada group Whatsapp sendiri iaitu BBN ataupun Best Blogger Network.Ada yang masih ragu-ragu untuk menyertainya kerana ada komitmen lain.Mungkin juga menyedari ketiadaan masa untuk melayan banyak media sosial sekarang ini.

Sungguh pun begitu BBN bukan sekadar group untuk bersembang kosong,Ia adalah satu group yang menarik dan bukan tempat yang melekakan.

Jika nak tahu apa kebaikan menyertai group Whatsapp jomlah telusuri entri hingga ke akhirnya.

group BBN

1.Perkongsian ilmu blogging

Group BBN dianggotai oleh blogger yang berpengalaman luas dalam platform Blogspot maupun Wordpress.Jika ada persoalan tentang blog kemukakan sahaja.In Shaa Allah akan dijawab oleh blogger yang arif tentangnya.Jadi tidak perlu kelas atau tutorial secara formal.Kalau ada lagi baguslah.

2.Sumber percambahan idea

Kekadang kita tiada idea untuk menulis entri atau artikel.Cara yang paling ampuh minta rakan- rakan lain bagi idea.Mereka yang banyak idea pasti tak keberatan untuk berkongsikan dengan rakan-rakan BBN yang lain.Orang kampung HB kata perkongsian itu tanda sayang.

3.Lubuk promosi blog

Promosi blog dalam media sosial Facebook tak sama seperti dalam group BBN.Sebabnya group BBN adalah khusus untuk blogger.Ada dikalangan mereka yang suka buat blogwalking.Ini peluang terbaik untuk ajak mereka membaca atau meninggalkan jejak link.Dapat 10 orang  blogger yang meninggal komen dah kira bagus untuk menghidupkan blog kita.Ada lebih lagi baik.

4.Sesi perkenalan online

Sejujurnya HB lebih menyukai group BBN berbanding Wechat.Dalam Wechat rata-rata anak muda baik lelaki atau wanita menjurus kepada mencari pasangan.Memang tak salah.Tak cari mana datangnya jodoh.Sebaliknya ahli group BBN perkenalan hanya sebagai rakan blogger.Tak lebih dan tak kurang.Lagipun ahli BBN sekarang ini ramai yang dah jadi mak dan bapak orang.He..he..

5.Peluang buat duit

Peluang ini tak semua blogger yang dapat.Hanya blogger yang ada kepakaran dalam bidang blogging boleh buat duit sesama blogger.Misalnya nak tempah template baru,buat banner dan setting blog Worpress.(tak susah tapi kalau tak tahu macam susah).Mungkin juga beli artikel ilmiah untuk kegunaan pengajian atau perniagaan,Siapa tahu pada masa yang akan datang.

[admin]

Sebenarnya banyak lagi kebaikannya.Ketika HB menulis entri ini dah kekeringan idea pulak.Nak sound dalam BBN rasa tak sempat pulak.Jadi terimalah kebaikan menyertai group BBN ini seadanya dahulu.Lain hari kita kongsikan lagi.

Jika sudi menyertai kami sebagai ahli group Whatsapp BBN jomlah hubungi admin yang handsome tu iaitu tuan Kamil Salleh di talian +6013-9995015 atau mrhanafi yang macho nie di talian +6011-38-22838.

Sekian.Salam ceria hendaknya.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 427