Merdekakan Diri Dengan Menjadi Kaya…Secara lumrahnya hampir semua manusia nak jadi kaya.Cuma segelintir sahaja yang tak nak kaya dan sekadar ingin hidup sederhana.Cukup makan,pakaian dan tempat tinggal yang sederhana.Itu sahaja.Tak apa tu.Itu kan hak masing-masing.
Kaya adalah pilihan.Nak kaya boleh.Tak nak kaya pun boleh.Namun begitu kekayaan besar nikmatnya.Dengan menjadi orang kaya kita boleh memberi banyak manfaat kepada masyarakat secara total.
Dengan kekayaan kita menjadi penyumbang zakat,ikon masyarakat dan sumber inspirasi untuk orang lain.Paling bestnya apabila menjadi orang kaya,kita boleh menjadi orang berpengaruh untuk kerja-kerja dakwah.
Bayangkan dengan simbol kekayaan seperti rumah banglo,kereta merah dan gaya golongan elit akan memberi kekaguman mereka terhadap kita.Bukan niat untuk menunjuk atau angkuh dengan harta dunia tetapi ia adalah sumber psikologi yang paling ampuh.
Kita ajak mereka solat berjemaah di masjid,berbuat kepada jiran tetangga dan memuliakan ibu bapa.In Sha Allah golongan sasar akan terpengaruh dengan dakwah yang kita sampaikan untuk mereka.
Sudah tentu penampilan kita yang segak lebih diyakini berbanding mereka yang tiada penampilan.Sebab manusia lebih yakin dengan apa yang dilihat didepan mata.
Persoalannya sekarang ini bagaimana cara untuk menjadi kaya dan mengekalkan jiwa merdeka.Berikut adalah cara dan kaedah yang diguna untuk merdeka dan memiliki kekayaan.Maaf ia adalah pendapat HB hasil dari pengamatan dan penghayatan terhadap orang kaya di sekeliling kita.
1.Tidak berkira untuk bersedekah
Tangan mereka ringan sahaja untuk mengeluarkan duit sendiri jika ada menemui peluang untuk bersedekah.Mereka memberi tanpa mengharap.Niat mereka ikhlas.Biasanya mereka taklah sekaya orang yang ada simbol kekayaan seperti kereta mewah atau banglo besar.Mereka kaya dengan amalan yang tak tertanding oleh orang biasa-biasa.
2.Memiliki perniagaan sendiri
Orang mudah menjadi kaya jika buat perniagaan.Tambahan pula kalau perniagaan itu bersifat multinasional dan keperluan utama manusia.Apa yang peliknya orang kaya dalam golongan ini ialah mereka low profile.Tidak havoc.Tidak suka publisiti.Orang tidak akan sedar bahawa mereka adalah kaya.Cuma orang tahu mereka ada perniagaan sendiri.
3.Bebas dengan masalah kewangan
Orang kampung HB kata nak jadi kaya paling penting kalau tiada hutang dalam hidup mereka.Rumah dah habis bayar.Kereta pun macam tu.Anak tak pinjam PTPTN.Semuanya pakai duit sendiri.Jadi kalau ada gaji ataupun sumber pendapatan bisnes mereka gunakan untuk keperluan hidup dan menabung semaksima yang mungkin.Akaun mereka ada di mana-mana.Tak kira tambung Haji,ASB,EPF dan Public Mutual.Itu belum termasuk dalam bank-bank biasa.
[admin]
Sekarang mungkin pembaca dan HB sendiri sedar bahawa orang kaya yang merdeka merupakan orang kaya yang suka bersedekah,ada perniaagaan sendiri dan bebas dengan masalah kewangan.
Itulah nilai kemerdekaan sebenar.Tidak bergantung harap kepada manusia.Pergantungan secara tuntas kepada Allah SWT.Memang itulah keyakinan yang kita semua kita nak.Bukan setakat nak sahaja malah seribu kali nak sehingga kita obses menjadi hamba kepada Yang Maha Esa.
Sekian.Salam motivasi dan jangan lupa untukbongkar pula rahsia 50 usahwan yang berjaya.