Pecutan Terakhir Untuk Calon UPSR 2015…Anak HB yang sulung bakal menduduki UPSR minggu hadapan.Jadi HB berkesempatan untuk mengikuti satu taklimat khas yang dianjurkan pihak sekolah.Sangat menarik dan wajar sekali HB kongsikan kepada kalian semua.Mudah-mudahan perkongsian ini memberi manfaat juga kepada para ibubapa dan murid yang akan periksa UPSR nanti.
UPSR atau Ujian Penilaian Sekolah Rendah sudah lama.Sejak pengenalan KBSR pada tahun 1983 yakni HB ketika itu baru memasuki Tahun Satu.Sebelum itu mengguna darjah satu.Ujian sebelumnya menggunakan Penilaian Darjah 5 untuk memilih murid ke sekolah berasrama penuh atau sekolah yang terbaik.Betulkan HB jika tersilap kerana informasi ini HB rujuk berdasarkan pengalaman sendiri.
Jadi berbalik kita kepada tujuan asal UPSR adalah untuk menguji tahap pembelajaran murid sejak dari tahun satu hingga ke tahun enam.Adakah sudah menguasai konsep 3M iaitu menulis,membaca dan mengira.Selain itu menjadi tanggungjawab warga pendidik dan ibubapa untuk mengutamakan keseimbangan aspek jasmani,emosi,rohani dan intelek (JERI) terhadap anak pewaris negara ini.
Memandangkan tempoh peperiksaan sangat dekat maka HB mengajak kalian semua mengambil pendekatan yang disarankan pihak sekolah anak HB.
Antaranya ialah melayan anak kita yang bakal periksa ini dengan layanan seperi bayi.Berikan perhatian dan kasih sayang.Tunjukkan perhargaan kepada mereka.Curahkan sentuhan motivasi agar mereka terus bersemangat.
Menjadi pantang untuk terus melabel mereka ini sebagai murid lemah atau lembab jika keputusan peperiksan percubaan UPSR kurang memberangsangkan.Sebaliknya bagi sokongan moral yang tak berbelah bahagi.
Selain itu aspek pemakanan perlu dijaga sebalik mungkin.Jangan biarkan anak kita makan mee segera dan minum air bikarbonat terlalu kerap.Makanan dan minuman ini sangat tidak berkhasiat.dan boleh memberhayakan kesihatan.
Dalam pada itu pengurusan masa turut dikongsikan.Hadkan masa mereka menonton TV,bermain game telefon atau merayau-rayau dengan kawan diluar rumah.Pengurusan masa yang efektif adalah gemblengan usaha keras untuk memastikan kejayaan mereka yang bakal menduduki UPSR ini.
[admin]
HB sangat mementingkan kecemerlangan hidup.Ini tidak bermakna anak HB mesti berjaya mendapat keputusan cemerlang UPSR 2015 yang berorientasikan peperiksaan.Kecemerlangan hidup bagi HB adalah satu matlamat hidup yang berterusan.Bukan terletak pada sijil pendidikan semata-mata.Ia adalah rangkuman seluruh hidup kita untuk menjadi hamba yang bertakwa.Pendek kata menang dunia dan lagi menang di akhirat.Aamiin.
Sekian.Salam ceria dan jumpa lagi.
