Quantcast
Channel: Hero Borneo
Viewing all articles
Browse latest Browse all 427

Penyebab Stress Kepada Seorang Usahawan

$
0
0

Penyebab Stress Kepada Seorang Usahawan…Secara teorinya menjadi usahawan macam senang sahaja.Ada duit banyak kerana menjalankan satu bisnes.Hakikat sebenarnya sudah tentu tidak.Realiti usahawan berhadapan 1001 cabaran luaran dan dalaman.Cabaran datang dari pelbagai penjuru.Baik mereka bersedia atau tidak cabaran mesti dihadapi dengan hati yang tenang.

penyebab stress

Berikut ialah penyebab stress kepada kehidupan seseorang usahawan.HB harap mereka ada cita-cita untuk menjadi usahawan dalam apa jua bidang sekali jangan serik pulak selepas membaca entri dalam blog ini.

1.Pendapatan tidak menentu

Perkara ini adalah pasti.Sangat jarang sekali kalau ada usahawan yang baru menceburi bidang perniagaan terus berjaya gilang gemilang.Mereka pasti teruji dengan kegagalan bisnes sehingga menyebabkan hilang punca pendapatan.Ada juga yang menceburi perniagaan tetapi pulangan pendapatan jauh dari mencukupi.Hidup diparas kemiskinan menyebabkan mereka stress menghadapi hidup ini.

2.Risiko hangus wang pelaburan

Sekiranya wang pelaburan bisnes diperolehi dari pinjaman bank maka bersedia untuk muflis jika bisnes tak menjadi.Lebih-lebih lagi kalau pelaburan sudah mencecah jutaan ringgit.Jika ada wang simpanan sekalipun  pasti hangus jika bisnes belum menghasilkan keuntungan.Situasi ini penyebab  stress kepada usahawan dan keluarganya.

3.Bebanan kerja yang terlampau

Bagi memulakan sesuatu perniagaan seorang usahawan mesti bekerja keras dan gigih secara luarbiasa.Masa bekerja pula tidak menentu.Pengalaman HB sendiri yang pernah merasai menjadi usahawan sepenuh masa selama setahun mendapati tiada istilah cuti tahunan.Setiap hari adalah hari bekerja.Jumlah waktu bekerja sangat panjang tanpa dibayar over time.Jika tak tahan dengan situasi ini tentunya menjadi stress emosi.

4.Kualiti kehidupan jatuh menjunam

Jika semasa belerja makan gaji boleh merasai hidup selesa tetapi menjadi usahawan pada  peringkat permulaannya memang pahit dan gentir.Sekarang masa untuk berjimat dalam semua aspek kehidupan agar kelangsungan hidup dapat bertahan.Itulah dinamakan pengorbanan dan harga yang perlu dibayar untuk mengapai sesuatu kejayaan.Sesiapa yang tidak tahan pasti stresslah jawapnya

5,Tanggungjawab penuh

Apa yang berlaku dengan bisnes adalah tanggungjawab secara total kepada usahawan.Bagi seseorang pekerja mereka boleh mendapatkan pekerjaan baru jika diberhentikan dari tempat lama.Lain pula dengan kisah untuk pemilik bisnes.Untung dan rugi terpaksa dipikul sorang-sorang,Kalau dah senario  begitu ramai usahwan apa mengghadapi emosi stress.

6.Halangan keluarga.

Bukan semua pasangan hidup sanggup hidup susah kerana tindakan suami yang menceburi bisnes.Apabila sumber pendapatan utama hilang maka bebanan kepada isteri untuk mencari rezeki bagi menampung kekurangan.Sebab itu ada golongan isteri yang menghalang suami berbisnes yang tinggi risiko untuk rugi.Wawasan pada si suami tidak dapat diterima isteri jika bersakit-sakit dahulu dan bersenang-senang kemudian.Jika anggota keluarga menghalang maka kesan stress kepada usahawan kerana dia akan dipersalahkan jika bisnes belum maju.

[admin]

HB telah menghuraikan serba sedikit tentang penyebab stress kepada seorang usahawan secara ringkas.Jika diberi kesempatan lagi HB nak berkongsi pula cara untuk mengatasi stress dalam artikel yang lain pula.

Jangan pulak lupa untuk membaca >>> Kerjaya Impian Jana Pendapatan Berterusan.Bisnes ini tak buat kepala kita stress.

Sekian.Salam ceria selalu.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 427