Jemputan Menjadi Ahli Best Blogger Network..Baru-baru ini HB terkesima seketika.Mana taknya menerima satu chat Whatsapp dari Blogger Kamil Salleh.Rasa terharu kerana ada blogger sudi menjalinkan silaturahim luar waktu blogging iaitu menggunakan media sosial hangat ketika ini.Mungkln baru buat HB tetapi biasa-biasa buat blogger lain.
Sebelum ini HB memang pernah menghubungi blogger myrujukan untuk urusan buat blog Wordpress.Selain itu memang ada connection dengan Blogger DuniaZumal danAlong XP atas urusan perniagaan Bestmobile.
Tuan Kamil Salleh sudah HB kenali melalui blog sensasi2020.com sejak dari tahun 2012 lagi.Maksudnya beliau sama generasi dengan HB aktif dalam dunia blogging.Mungkin juga lebih awal lagi dan pencapaiannya di dunia blogger memang jauh ke depan berbanding HB yang masih bertatih membina jenama blog.
Tak sangka pula dengan kehadiran Blogger Kamil Salleh dalam senarai WhatsApp menyebabkan HB terpanggil untuk membina group chat terbaru.HB lantas menyuarakan idea untuk bekerjasama dengan beliau menubuhkan group WhatsApp iaitu Best Blogger Network.
Tujuannya sebagai platform untuk para blogger yang baru dan lama mempromosi blog masing-masing.Jika sebelum ini blog mereka kurang komentar maka selepas menyertai group ini akan ada rakan blogger yang memberi komentar.Boleh juga sebagai cara terbaik untuk memohon backlink sesama blogger.
Group begini bukan suatu yang baru dalam duniaFacebook.Misalnya Denaihati Network yang mempunyai keahlian yang beribu-ribu.Cumanya dalam Best Blogger Network sangat memfokus kepada pembaca sesama blogger.Impian HB agar group WhatsApp ini memberi manfaat kepada semua rakan blogger yang berminat dalam dunia blogging.
Perancangannya awal untuk menjemput seberapa ramai rakan blogger yang berminat untuk menyertai group ini.Selain itu menjemput secara eksklusif top dan otai blogger untuk memeriahkan Best Blogger Network.Semoga dengan cara ini mereka menjadi sifu kepada kami semua.Paling tidakpun mereka ajak kita singgah ke blog mereka ketika entri terbaik diterbitkan.
[admin]
HB amat mengalu-alukan blogger yang awesome dan comel tu jom lah sertai Best Blogger Network dengan menghubungi WhatsApp HB sendiri di talian 011-38-228-381 atau Tuan Kamil Salleh di 013-999-5015.Sambutan kalian semua kami dahului dengan jutaan terima kasih