5 Kualiti Diri Untuk Jadi Usahawan Berjaya…HB sekarang sudah menjadi seorang usahawan telco dengan gelaran Brand PartnerBestmobile.Sudah pasti informasi dunia keusahawanan menjadi tarikan utama kepada HB untuk membacanya.Sebab tanpa ilmu dan teknik yang betul memang sukar untuk berjaya dalam bidang ini.
Berikut adalah ilmu yang HB perolehi dan HB sesuaikan penulisannya mengikut konsep blog ini.Sumbernya adalah dari buku yang bertajuk Melangkah Ke Alam Keusahawan terbitan Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd.
1.Tahap kesihatan yang terbaik
Sebagai usahawan faktor kesihatan adalah penyumbang kejayaan.Mereka mesti menjaga kesihatan secara optimum supaya dapat bekerja lebih luarbiasa dari kebanyakkan orang.Tanpa kesihatan yang baik memang menyukarkan pergerakan,produktiviti dan daya fikir seseorang.
2.Budaya cintakan ilmu
Ilmu berkembang dengan sangat pantas.Siapa yang terlambat pasti tertinggal.Ilmu mesti dipelajari dan diamalkan sekiranya ingin berjaya dunia atau akhirat ataupun kedua-duanya sekali.Walaupun ada contoh klasik menunjukkan orang kaya tidak semestinya berpendidikan tinggi.Namun alangkah baiknya kalau ada usahawan yang mempunyai ijazah dan berjaya pula dalam perniagaan.
3.Kualiti diri semasa bekerja
Adalah lumrah seseorang itu bekerja makan gaji sebelum menceburi diri dalam perniagaan.Semasa bekerja ada kualiti diri yang mesti dipergunakan sebaik yang mungkin dalam dunia bisnes nanti,Misalnya menepati masa,multi tasking,semangat pasukan yang tinggi dan sebagainya.Kualiti ini bagaikan permata dalam lumpur.Tetap bersinar walaupun dimana jua berada.
4.Latarbelakang keluarga yang harmoni
Seorang usahawan yang berjaya mesti mempunyai latarbelakang keluarga yang harmoni.Jika ada krisis rumahtangga ia pasti menjejas usaha untuk membina bisnes.Oleh itu seorang usahawan perlu fokus dan menumpukan sepenuh tenaga untuk memajukan bisnes.
5.Kemampuan mengurus kewangan
Saya pernah tertewas dalam bisnes sebelum ini kerana tidak mampu mengurus kewangan yang baik .Selain itu sukar untuk memastikan pulangan pendapatan dalam masa yang telah ditetapkan.Oleh itu sebagai usahawan mereka mesti mempunyai tabung kewangan yang mencukupi sebelum terus menceburi bisnes sepenuh masa atau setidak-tidak bisnes sudah mendatangkan pendapatan menyamai gaji sebulan secara konsisten.
[admin]
Dengan memastikan 5 kualiti diri untuk jadi usahwan berjaya diterapkan dalam kehidupan kalian,saya pasti kejayaan dalam genggaman.
HB juga mengalakkan kalian terus melanjutkan pembacan ke atas entri bertajuk >>>Bongkar Rahsia Kejayaan 50 Usahawan.
Salam ceria dan jumpa lagi,