Bagaimana bentuk diri jadi terbaik…Satu soalan yang hebat untuk dijawab oleh diri kita sendiri.Mari HB kupas dengan santai tanpa terlalu ilmiah.Semoga pandangan yang HB lontarkan ini memberi manfaat kepada para pembaca sekalian.JIka ianya baik tolong amalkan.Sekiranya tidak berkenan sila abaikan.
Kita adalah insan yang terbaik.Kita boleh mengubah dan membentuk diri sendiri menjadi orang yang hebat dalam apa jua perkara yang kita lakukan.Sebelum itu kalian mesti memahami kata kuncinya .Bila dah tahu maka mudah pula kata pembuka pintu kejayaan.
Perkara yang mesti kalian faham dan ingat sampai bila-bila untuk membentuk diri jadi terbaik ialah sikap.Hampir semua orang tahu bahawa sikap itu lebih utama dari kecerdasan akal.Dengan sikap postitif seseorang lebih konsisten membina kejayaan.Dia mungkin mempunyai Rahsia Memiliki Sentuhan Keajaiban Untuk Setiap Yang Dilakukan
Bagaimana sikap yang perlu ada untuk menjadi terbaik? Mudah soalannya namun pelaksanaan amat berat.Sikap untuk orang nak berjaya ialah tidak mengalah atau berputus asa.Kegagalan demi kegagalan dilihatnya sebagai kejayaan kecil untuk mengapai kejayaan besar.Mereka tidak takut gagal,
Selain itu seseorang mesti ada tahap kesabaran yang tinggi.Iannya pun masih tergolong dalam sikap.Sabar menempuh kesukaran dan sabar juga menangguh kesenangan jangka pendek.Sebab itu Islam amat tekankan sabar adalah separuh dari iman.
Proses membentuk diri menjadi terbaik memang mengambil masa.Sikap yang bersungguh-sungguh pasti membuah hasil.Jangan ditanya berapa lama nak menuaikan hasilnya sedangkan usaha untuk berjaya masih belum cukup.Orang bekerja 16 jam manakala kalian cuma kerja 6 jam,Pelaburan masa ini boleh membuktikan tahap kesungguhan kita.
Ayuh.Bangkit dari tidur semalam.Lepaskan lena mimpi yang tiada kesudahannya.Mulai saat ini kalian mesti menggubah cara berfikir dan bertindak.Fokus dalam minda untuk menjadi orang yang terbaik kepada diri sendiri,keluarga dan orang sekeliling.
Kesimpulan dari admin,
Pokok pangkalnya terletak dalam diri sendiri.Pesanan Sir Edward Hillary iaitu pendaki gunung Everest yang pertama di dunia ialah ‘Kejayaaan itu bukan kerana bersaing dengan orang lain tetapi kejayaan mengawal diri sendiri’
Sekian.Salam motivasi dan selamat maju jaya semua.