Panduan Untuk Dapat Suami Terbaik…Perlu HB ingatkan panduan ini tidak sempurna.Harus dijadikan asas dalam mencari pasangan hidup bagi seorang wanita yang bakal menjadi isteri.Maaf tidak akan timbul perigi mencari timba.Kalau berlaku juga apa salahnya.Itu adalah cerita lama.Sekarang dah tak peduli lagi,
Jodoh untuk dapat suami terbaik adalah urusan Allah SWT.Usaha perlu ada.Jika tiada maka jodoh tak akan datang bergolek.Konsepnya hampir sama dengan rezeki.Tak cari maka tak dapat.Kalau cari insya Allah akan dapat.Persoalannya kalian nak dapat suami yang macam mana.Mesti nak lawa-lawa.Badan gagah perkara atau hebat seperti hero (maaf bukan hero borneo)
Dibawah ini disertakan panduan yang mungkin boleh diambil kira.Serius ini adalah pandangan dari kaca mata seorang lelaki yang sudah bergelar suami 11 tahun.
1#Sudut keimanan
Point ini mesti diutamakan.Lelaki beriman memang terbaik untuk dijadikan suami.Dia mesti solat 5 waktu dan faham soal ilmu akhirat.Ada tanda-tanda keimanan atau muka ala..ala ustaz.Pandang pun senang.Hati lagi tenang.Mungkin juga ada wanita yang masih enjoy dengan dunia maka pilihan ini kurang tepat untuk mereka.Itu terpulang.HB sekadar bagi panduan sahaja.
2#Kewangan stabil
Penilaian terhadap kewangan sangat subjektif.Lelaki yang ada kerjaya yang bagus dan pendapatan stabil memang tidak dinafikan menjadi pilihan ramai.Dia mampu menyara anak dan isteri.Jika terjumpa lelaki dalam golongan 1 dan 2 maka jangan ragu-ragu lagi,Jika berkenan usahakan untuk merisik.Kalau terlambat boleh terlepas jawabnya.
3#Penampilan menarik
Dengan stail yang kemas dan selesa berpakaian itu menandakan lelaki ini ideal untuk dijadikan suami.Wajah tampan dan tubuh badan ala-ala abang Sado adalah bonus.JIka terserempak lelaki ini yang sebetulnya ada ciri-ciri kategori pertama,kedua dan ketiga maka itu yang terbaik setakat ini.Soalnya dia mahu dengan kita atau tidak.
4#Seorang romantik
Jarang-jarang jumpa lelaki romantik zaman ini.HB selalu jumpa yang dah lembut tetapi romantik.Sekiranya terjumpa lelaki jenis romantik yang biasanya jenis penyabar,tutur kata penuh sastera dan menghormati tua maka jangan berlengah lagi untuk memikat mereka.Tambahan pula dah lulus katergori 1,2 dan 3.
5#Setia 100%
Mak oii lelaki setia 100% adalah calon terbaik untuk dijadikan suami.Jika kalian meninggal dunia terlebih dahulu anak-anak tidak akan mendapat ibu tiri.Biasanya lelaki setia terlalu fanatik untuk kalian bergelar isteri.Mereka tak akan jeling wanita cantik yang lain.Oleh demikian sekiranya mengetahui ada lelaki yang lepas semua kategori di atas maka jangan malu untuk menyatakan kesediaan menjadi isteri kepadanya.Ada berani?
Kesimpulan dari admin,
Walaupun ada nada sinis menyatakan jangan terlalu memilih bakal suami nanti jadi andartu.Jangan perduli mereka kerana proses pemilihan yang ketat dan rapi akan memastikan para wanita akan mendapat suami terbaik dalam hidup mereka.Percayalah lelaki yang baik untuk wanita yang baik.
Sekiranya sekarang mendapati diri masih banyak kelemahan maka inilah masa terbaik untuk memperbetulkannya.Tiada yang mustahil dengan pertolongan Allah SWT.
Sekian.Salam motivasi dan salam kebahagiaan.
Jika semuanya selesai jadi pilihlah masa untuk kahwin.HB turut sertakan ebook strategi Kahwin dan Kaya