Quantcast
Channel: Hero Borneo
Viewing all articles
Browse latest Browse all 427

3 Sebab Terpenting Untuk Jadi Perunding Takaful

$
0
0
Saya ada 3 Sebab Terpenting Untuk Jadi Perunding Takaful.Sebab yang cukup serius dan mulia untuk saya kongsikan kepada pembaca semua.Saya berharap dengan pendedahan ini ramai lagi faham bahawa tugas kami memikul amanah dan tanggungjawab besar kepada masyarakat.

Kredit : Imoney.my

1.Nawaitu untuk membantu orang lain.

Selepas pihak klien bersetuju untuk mencarum dalam takaful yang kita perkenalkan kepada mereka maka bermula secara rasmi komitmen kami kepada klien.Kami akan mengurus segala tuntutan jika berlaku musibah.Kami akan memantau cara pembayaran caruman mereka berjalan lancar agar perlindungan,simpanan dan perlindungan tetap ada seperti dalam perjanjian.

Nawaitu kami mulia agar pihak klien mendapat sesuai yang berbaloi dari wang yang mereka carumkan dalam takaful.Kami juga ingin melihat masyarakat mempunyai sikap prihatin dengan masa depan,sedar dengan keperluan pelindungan pendapatan dan membantu mencapai impian kewangan mereka.

Tugas kami cuma berjumpa,berbincang dan berkongsi ilmu takaful kepada orang ramai.Jika ada yang berminat maka mereka boleh menjadikan kami sebagai wakil takaful kepada mereka.Usaha dan titik peluh kami membantu mereka akan dibayar komisyen.Namun pada dasarnya kami membantu mereka menikmati kehidupan masa kini dan akan datang dengan ketenangan fikiran.

2.Sumber pendapatan yang lumayan

Kerjaya sebagai Perunding Takaful adalah berbentuk kontrak 12 bulan.Dalam tempoh tersebut kami mesti melepasi syarat yang telah ditentukan.Jika berjaya mencapainya maka layak untuk tahun yang seterusnya.Begitulah kontraknya untuk tahun-tahun yang akan datang.

Sesiapa yang aktif dan produktif dalam bidang takaful akan mendapat pendapatan yang sangat lumayan.Memang patut dan sesuai kerana tarafnya adalah profesional meskipun tidak meletakkan kelayakan akademik yang tinggi sebagai syarat yang utama.

Pendapatan perunding takaful yang aktif dalam lingkungan RM5 ribu dan keatas.Ada yang jauh lebih lumayan berdasarkan capaian produksi seperti jualan RM500 ribu untuk setahun.Komisyen asas untuk tahun pertama koleksi caruman  adalah 35 peratus .Jika jumlah caruman pelanggan pada tahun pertama berjumlah RM50 ribu maka pendapatan perunding takaful adalah RM17500.Itu adalah komisyen asas.Ada banyak lagi sebagai ganjaran kepada mereka bekerja keras dalam bidang takaful.

3.Perkembangan kerjaya yang kompetitif

Apa yang kita nak dan rancang pasti akan terjadi dengan izin Allah SWT.Syarat utama mesti berusaha dan bekerja dengan disiplin yang tinggi.Semangat perlu kental dan konsisten dalam mencorak arah tuju dalam  bidang ini.

Pada hari pertama kita mendapat kod wakil maka secara sah kita menjadi perunding takaful.Kita perlu merancang kerjaya untuk menjadi Pengarah Agensi dan seterusnya Pengarah Agensi Kumpulan.Pada ketika ini Perunding Takaful akan menikmati pelbagai ganjaran hebat dan juga cabaran yang lebih tinggi.

Tiada sesiapa yang boleh menghalang kita untuk mengembang kerjaya sebagai Pengarah Agensi Kumpulan.Lepas sahaja kelayakan yang ditetapkan jadi wajar sekali kita beroleh jawatan tersebut.Kita digalakkan buka pejabat sendiri dan merekruit wakil takaful baru yang berpotensi untuk digilap dan dikembangkan kerjaya mereka.

[nota admin]

Ada banyak sebab untuk menjadi perunding takaful.Namun 3 sebab yang telah saya huraikan secara ringkas diatas banyak memberi inspirasi kepada mereka yang berminat untuk berkecimpung dalam bidang takaful.

Seandainya ada pembaca yang berminat untuk menjadi Perunding Takaful bersama saya boleh sampaikan hasrat melaluiwww.wasap.com/601134646975

Sekian.Salam sayang dan jumpa lagi.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 427