Quantcast
Channel: Hero Borneo
Viewing all articles
Browse latest Browse all 427

Nasib Baik Telefon Ada Pelindung

$
0
0
Nasib Baik Telefon Ada PelindungIni kisah benar saya.Semalam saya bersama team Agensi Nur Ikhwan pergi sekolah untuk menjalan tugas pemasaran takaful.Saya dan team cuma sempat untuk singgah kedua buah sekolah sahaja.

Ketika sampai di perkarang sekolah,telefon saya terjatuh dari pangkuan riba ke atas jalanraya.Nasib baik tidak pecah atau rosak.Sebab pada ketika saya memasang cover atau pelindung.Walaupun pada mulanya saya memang tak nak pasang dah.Keadaannya yang uzur dan koyak sana dan sini.


Saya mula terfikir sesuatu.Saya nak mengaitkan dengan perlindungan pendapatan. Sebagai perunding takaful sudah tentu isu perlindungan pendapatan menjadi tugas utama kami untuk mewar-warkannya dalam masyarakat.

Saya berharap sebagai pencari nafkah iaitu suami kepada isteri atau ayah kepada anak-anak mesti melihat ini perkara sebagai sesuatu yang serius.Macam kes telefon saya  yang terjatuh tetapi telah dipasang  cover telah menyelamatkan duit dari melayang begitu sahaja.

Dalam kehidupan ini tidak mungkin kita mengetahui sesuatu perkara yang belum berlaku.Mungkin perkara baik.Mungkin juga perkara buruk.Boleh dikatakan semuanya dalam serba kemungkinan.

Kita ambil contoh satu senario.Buat satu andaikan bahawa senario  kita ditakdirkan pergi mengadap Illahi atau terkena musibah.Memang tak minta dan berdoa supaya dijauhkan.Namun apakan daya takdir dan ketentuan Allah SWT tiada sesiapa yang mampu menolaknya.

Semasa masih sihat dan masih hidup kita menerima gaji RM5 ribu sebulan.Lihat stimulasi dibawah ini sebagai contoh semata-mata.Angka sebenar boleh jumpa saya la jawabnya.

Pendapatan Sebulan = RM5000
Bayar rumah = RM500
Bayar kereta Axia = RM300
Bayar Bil Utiliti = RM200
Bayar Petrol =RM150
Bayar Hutang  PTPTN = RM200
Belanja dapur = RM700
Wang saku anak-anak =RM300
Elaun Isteri =RM1000
Elaun emak/bapak = RM500
Simpanan Tabung Haji = RM500
Tunai dalam tangan =RM650
Jumlah perbelanjaan Bulanan =RM4350
Caruman takaful sebulan =RM200
atau
Caruman takaful setahun =RM2400

Dengan kos hidup yang memerlukan RM4350 sebulan  maka kita perlukan pelindungan pendapatan RM1,044,000 untuk 20 tahun.Kita  memerlukan takaful sebagai pelindungan pendapatan dengan bayaran cuma RM2400 setahun.

Sekiranya kita ditakdirkan meninggal dunia semalam maka pihak takaful membayar RM1,044,000 kepada waris.Dengan wang tersebut mereka masih  mengekalkan gaya hidup sekarang selama 20 tahun walaupun kita sudah tiada lagi.

Senario kedua kita abaikan kematian atau musibah.Namun wang kita masih ada kerana simpanan dan pelaburan yang telah kita buat caruman selama 20 tahun iaitu tempoh matang.Wang itu boleh digunakan sebagai wang persaraan,melancong atau kahwin baru ( dah tua mesti sedar diri juga)

[nota admin]

Lihatla  sendiri bagaimana pentingnya telefon dipasang cover.Begitu juga dengan kehidupan kita yang  sentiasa terdedah dengan risiko.Jangan biarkan waris menderita atau  biarkan roh kita tergantung antara langit dengan bumi kerana waris tak mampu bayar hutang yang ditinggalkan.

Jika ada mengambil perlindungan pendapatan melalui takaful maka kita sudah menyediakan duit mudah tunai kepada para pewaris.Masa hidup kita disayangi dan masa tiada  dua ganda mereka menyayangi kita kerana ada sesuatu yang berharga ditinggalkan.

Sekian salam sayang dan jumpa lagi.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 427