Quantcast
Channel: Hero Borneo
Viewing all articles
Browse latest Browse all 427

Fokus Kerja 8 Jam Sehari

$
0
0
Fokus Kerja 8 Jam Sehari…HB masih bekerja makan gaji.In shaa Allah dalam perancangan untuk menukar kerjaya yang serasi dengan jiwa dan citarasa.Rasa dah cukup letih untuk terus bekerja makan gaji selama dua dekad.Namun HB tidak boleh terburu-buru atau tergesa-gesa melakukan keputusan yang menyebabkan  dikendung berciciran dan yang dikejar tak dapat.

kredit : Imej dari Google

Oleh sebab itu HB tetap fokus juga untuk bekerja.Tak kira ada rasa seronok atau sebaliknya.HB lawan dan abaikan dahulu perasaan tersebut.HB perlu fokus 8 jam sehari untuk bekerja dan melaksanakan tugas yang majikan telah amanahkan.

HB faham dalam Cabaran Segmen Sukses 21 Hari,ialah fokus untuk bekerja.Semasa bekerja makan gaji HB akan peruntukkan selama 8 jam.Selepas itu HB pula fokus untuk aktiviti luar pula.Jika tak buat begini akan menyebabkan rasa kucar kacir hidup ini.

Sejujunya menunggu 8 jam setiap sehari memang rasa sangat lama.Boleh gelisah dan tak tentu arah dibuat untuk menunggu waktu pulang.Jika begini senarionya tak bagus juga dan nikmat bekerja akan terhakis.HB telah mendesak kemampuan diri untuk menulis blog lebih giat dan aktif lagi.Semoga cara ini boleh menjana pendapatan buat HB dan mampu meninggalkah kerja makan gaji suatu ketika nanti.

Kata orang bijak pandai,cinta tidak boleh dipaksa tetapi boleh dipupuk.Begitu juga dalam bab bekerja makan gaji.Rasa tak suka dengan kerja memang datang sekali sekala kerana hakikatnya kita kurang cinta dengan pekerjaan tersebut.HB bertahan kerana adanya pemikiran positif dan tabiat bersangka baik dengan apa yang kita lakukan.Lama-lama pun timbul juga dan lawan dengan rasa sabar dan fokus dengan kerja.

[admin]

HB masih bekerja untuk memastikan impian hebat itu menjadi kenyataan.HB perlu fokus dengan kerja biarpun perasaan dan semangat kurang seronok terhadap kerja datang sekejap ada dan sekejap tidak.

HB mesti tarik getaran untuk dapat pekerjaan yang diidami sekarang dengan penuh fokus iaitu Blogger Profesional sepenuh masa yang ada pendapatan RM10 ribu setiap bulan.Mari kita doakan untuk kejayaan HB.Aamiin.

Setiap hari dan setiap masa HB mesti fikirkan perkara ini agar ia menjadi kenyataan.Wah hebatnya pengaruh Hukum Tarikan dalam kehidupan HB.


Sekian.Salam motivasi dan ceria selalunya.Baca juga blog Buku Best.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 427