Quantcast
Channel: Hero Borneo
Viewing all articles
Browse latest Browse all 427

Fokus Kepada Keluarga Untuk Berjaya

$
0
0
Fokus Kepada Keluarga Untuk Berjaya…Keluarga adalah unit terkecil namun terpenting dalam sesebuah masyarakat.Keluarga yang paling asas dianggotai oleh suami dan isteri serta anak-anak.Masing-masing ada peranan tersendiri.Mengabaikan salah satu peranannya mengakibatkan kepincangan keluarga dan kucar-kacir dalam masyarakat.Kemungkinan ini jangan dirasa atau difikirkan.kalau boleh gantikan nilai positif,sejahtera dan bahagia.

Gambar Hiasan dari Google

Demi mencipta kejayaan tersebut HB telah memberi fokus kepada keluarga dalam senarai utama.Tiada maknanya kita begitu gah dengan reputasi kejayaaan.Namun kisah sebaliknya pula ialah  anak isteri terabai dan tersisih.Kejayaan diluar  itu bagaikan satu lakonan drama yang mengkagumkan tetapi tiada maknanya.Perjuangan tetap diteruskan.

Dalam Cabaran Segmen Sukses 21 Hari ini HB memberi fokus kepada keluarga.HB tidak mahu mengabaikan keluarga.HB memberi keutamaan kepada keluarga.HB nak berjaya dan kejayaan tersebut dinikmati bersama.

Untuk mencapai objektif tersebut HB menarik getaran Hukum Tarikan menggunakan kuasa bayangan.HB membayangkan betapa bahagianya HB melihat si isteri isteri dan anak anak hidup dalan serba selesa.Cukup serba serbi dan  menikmati alam rumahtangga yang sempurna.

Keluarga pada HB adalah segalanya.Lebih utama dari harta benda dan wang ringgit.Anak yang soleh menyejuk mata memandang dan isteri yang taat telah mengisi keperluan suami.Indahnya hidup bekeluarga.Lagi bahagia jika ada keluarga besar,ramai dan harmoni.Aamiin.

HB dapat merasakan betapa kasih sayang isteri tanpa bersyarat.Redha menerima kekurangan diri suami dan mensyukuri kejayaan kecil yang digapai satu persatu.Realiti belum berlaku namun perkara tersebut sudah dirasakan begitu dekat.

Perkara ini hendaknya dilakukan setiap hari secara berterusan biarpun sudah melepasi 21 hari.Fokuskan minda untuk memberi kejayaan kepada keluarga tercinta.Luangkan masa seketika untuk anak-anak dan isteri.Peruntukkan masa berkualiti itu jauh lebih baik dari bersama keluarga dalam tempoh lebih lama namun masing-masing sibuk melayan media sosial.

[admin]

Hari ini berlangsungnya Cabaran segmen Sukses 21 hari untuk hari kedua.Semasa hari pertama kelmarin agak mencabar juga HB terutama untuk memberi fokus bab solat.Lama-kelamaan HB yakin semuanya akan menjadi mudah.

Boleh dikatakan 70 % sudah berjaya menarik fokus untuk khusyuk solat.Selebihnya untuk dipraktik semasa hari-hari yang seterusnya.


Sekian.Salam motivasi dan jangan segan silu untuk terus kekal bersemangat membaca satu lagi  blog iaitumrhanafi.com

Viewing all articles
Browse latest Browse all 427