Seronoknya Dapat RM10 Ribu Sebulan..Mestilah seronok.Ada duit sebanyak tu HB boleh pergi menghadiri seminar motivasi,bengkel dan apa sahaja aktiviti pencarian ilmu.Bukan itu sahaja,HB boleh membeli buku-buku,makan-makan dan yang paling best boleh digunakan untuk sedekah ke pusat anak yatim,rumah kebajikan dan madrasah.Memang seronok sebab memberi mendatangkan rasa bahagia kepada si pemberi dan penerima.Jadi HB akan seronok dan bersyukur kerana dapat RM10 ribu setiap sebulan.
Kenyataan ini adalah saranan minda yang digunakan dalam Hukum Tarikan.Sebelum dapat, rasakan dahulu perasaannya.Mesti seronok dan syukur sangat-sangat.Tahu tak perbezaan perasaan orang kaya dengan perasaan orang miskin.Orang kaya hati mereka sentiasa bersyukur dengan apa jua yang diperolehi misalnya dapat wang berjuta-juta.Orang miskin pula akan mengeluh kerana asyik tertinggal duit syiling sahaja dalam dompet masing-masing.Logiknya manusia ialah dapat banyak bersyukur dan dapat sikit mengeluh.Namun sebaiknya ialah bersyukur apa sahaja yang ada.Tak kira sikit atau banyak.
Bersyukur akan mendatangkan nikmat berganda-ganda.Nikmat yang ketara ialah rasa seronok.Hari ini HB sangat seronok sebab dapat cuti sehari.Kisah tersebut telah HB tulis dengan penuh jiwa dan perasaan dalam artikel iaitu Berlakon Menjadi Blogger Sepenuh Masa.HB dah mengandainya nilai hari ini seperti berharga RM10 ribu.
HB dapat sarapan pagi dengan santai.Menulis blog dengan cukup selesa.Makan tengahari penuh selera dan tertidur pulak petang dengan nyenyak.Harga yang perlu dibayar untuk nikmat tersebut tak ternilai sebenarnya.HB bersyukur hari ini.Esok dah kerja macam biasa selama 6 hari.Maksudnya bila sampai hari ke tujuh maka HB akan menjadi seronok lagi sebab kembali offday.
Itulah nikmat sejati seorang yang bekerja makan gaji.Masa offday bagaikan diberi nilai wang sebanyak RM10 ribu.Dengan nilai tersebut maka rasa seronok dinikmati dan disyukuri.In shaa Allah dengan keberkesanan Cabaran Segmen Sukses 21 Hari yang masih berlangsung ketika ini memungkinkan duit RM10 Ribu sebulan itu menjadi kenyataan.Separuh untuk perbelanjaan dan separuh lagi diinfakkan ke jalan Allah.
Sebab bersedekah itu menambahkan kekayaan.Gandaan balasan hanya Allah SWT yang tahu.HB tak perlu fikir lebih-lebih.Keikhlasan itu sudah cukup seperti memberi dan melupakan.Siapa kata nak jadi ikhlas itu susah.
[admin]
Mempunyai pendapatan RM10 ribu sebulan perkara kecil sahaja.Namun cukup besar kepada HB kerana belum pernah merasai sebanyak itu setiap bulan.Jumlah ini masih logik dan jika HB meletakkan RM100 ribu sebulan pun bukan sesuatu yang luarbiasa.Sebabnya para jutawan dan para billoinaire ‘leng-leng’ sahaja dapat perolehan berjuta-juta sehari.
Sebagai manusia biasa minda kita akan tercabar juga.Mereka dapat buat sudah tentu kita juga dapat buat.Tak dapat 10 peratus dari nilai sejuta sudah memadai satu peratus pun wajib disyukuri.
Antara laluan untuk mendapat RM10 ribu sebulan sudah tersedia jika sanggup menceburi bisnestelco terlajak jimat
Sekian.Salam ceria dan jumpa lagi.
kredit: Google image