Sepanjnag hari ini HB memang rasa bosan.Sukar nak gambarkan perasaan bosan itu dengan kata-kata yang berbunga indah.Lainlah kalau nak dituturkan dengan kata-kata cacian atau makian.Jika dikeluarkan perkataan tersebut memang orang yang mendengar akan kecik hati selama tujuh hari tujuh malam.Makan tak selera dan tidur tak nyenyak selagi kata-kata makian tersebut belum dihilangkan dalam fikiran.
Memang benar jika rasa bosan dilayan maka secara automatik angan-angan optimis akan hilang dari radar.Rasa bosan kalau digabung jalin dengan mood marah akan menjadi-jadi.Kalau semua orang yang ada sifat suka marah,sakit hati,dendam dan kecewa bergabung bersama sudah tentu dunia ini huru hara.Pasti timbul perasaan dukacita,lara dan terkesima buat.
Sebab itu HB juga berharap agar pembaca pulihkan rasa bosan dengan melakukan perkara seperti berikut:
1.Bermesra suami isteri
Inilah terapi terbaik dan berkesan sekali kepada suami dan isteri.Untungnya orang yang dah kahwin.Si suami boleh ajak isteri ‘bercinta’ jika si isteri jenis yang patuh.Jika isteri jenis engkar maka bersedialah suami kena ‘pangkong dengan senduk’.Si isteri pula boleh ajak suami untuk pergi shopping jika suami jenis poket tebal.Jika suami jenis kering kontang maka bersedialah si isteri untuk merajuk dan berendam air mata 40 hari.Sebab itu jangan menyesal tersalah pilih jodoh dengan suami atau isteri yang tidak memahami satu sama lain.
2.Muhasabah diri
Semasa muhasabah diri amat wajar untuk mengimbau kenangan manis sebanyak yang boleh dan melupuskan bahan buangan yang langsung tidak berguna.Kaji di mana punca rasa bosan.Cuba atasi sedaya upaya.Jangan mengalah dan terus bangkit walaupun ada cabaran dihadapan.Dalam pada itu ingatkan diri bahawa sudah ada aktifkan pemikiran positif.Dengan pemikiran tersebut anda boleh menggunakan sifat diri positif yang ada untuk hilangkan jangkaan aura negatif.
3.Layan media sosial
Sehingga ke hari ini HB masih tertanya-tanya apa niat pengasas Facebook dalam membina media sosial tersebut.Yang pasti beliau nak duit masyuk yang ada pelbagai bentuk pegiklanan.Semasa layan media sosial maka rasa bosan akan dihilangkan sedikit demi sedikit.Ini tak bermakna kita boleh layan media sosial dari pagi sampai malam sehingga lebam biji mata.Lagilah bosan emak bapak yang tengok anaknya.Kalau dah kahwin si suami akan bosan juga pada si isteri yang asyik layan telefon dari laki sendiri.Begitu juga dengan sang isteri akan loya dengan sang suami yang asyik berkepit dengan telefon.Kan bagus kalau berkepit dengan isteri sendiri sekiranya isteri jenis yang suka diperakukan demikian.
[admin]
Semoga tip ini boleh memberi manfaat kepada para pembaca dan juga HB sendiri.Pilih tip nombor mana yang sesuai.Bagi HB bagus pilih dan buat ketiga-tiga sekali.
Sekian.Salam motivasi dan ceria selalu.Oh ya lama sungguh tak kemaskiini blog Buku Best.