3 Benda Wajib Untuk Suami Hebat…Tentunya tidak adil jika kehebatan suami hanya merujuk kepada kisah dalam bilik tidur.Skop maksudnya sangat luas.Boleh meliputi perkara di luar dan di dalam rumah.Lebih tepat lagi untuk rumahtangga.Sebab indikator kebahagiaan suami isteri terpikul keada pundak seorang manusia bergelar lelaki.Bukan nak bermain dengan sentimen gender tetapi itulah realiti kehidupan dari dahulu lagi.
Bagi menjelaskan bagaimana 3 benda wajib ini boleh menjadikan suami hebat,mari HB rungkaikan satu persatu secara terperinci.
1.Dompet yang tebal
Suami adalah ketua keluarga.Dia mungkin juga ketua pada organisasi atau jabatan ataupun mengetuai syarikat sendiri.Lihat betapa hebatnya kemampuan suami tanpa menidakkan kaum isteri sebagai pembantu kejayaan tersebut.Dia akan menjadi hebat jika dompet sentiasa berisi penuh dengan duit kertas RM50 atau RM100.
Duit ini untuk membeli keperluan harian di dapur,bayar pelbagai bil utiliti dan pembayaran elaun khas kepada isteri.Elaun ini adalah satu kemudahan kepada isteri tak kira dia bekerja atau menjadi suri rumah tangga.Jika mampu bagilah jumlah yang besar.Tak mampu berilah apa yang ada.Sebab elaun ini adalah imbuhan kepada sokongan dan perkhidmatan ‘malam’ yang disediakan oleh sang isteri yang taat.
2.Kereta yang terbaik
Ternyata untuk menjadi suami hebat bukan calang-calang.Kemampuan untuk membeli kereta terbaik (bukan terpakai) satu nikmat kepada orang rumah.Bukan itu sahaja siap sekali isian tangki penuh setiap minggu.Bukan apapun kereta ini digunakan isteri untuk ambik anak di sekolah maupun untuk membeli belah ketika tawaran diskaun gila-gila pada musim cuti sekolah.
Dengan adanya kereta tersebut maka si isteri boleh bergerak lancar untuk aktiviti riadah,ibadah dan paling keselamatan mereka terpelihara.Kebiasaannya mereka keluar bersama anak-anak.Namun awas juga kepada isteri yang naif kerana ada suami yang kurang hebat mula mencari gadis muda untuk ‘test ayat power’.Ini berikutan ada isteri yang terlalu sibuk dengan aktiviti diluar.Mentang-mentang dah ada kereta terbaik jadi susah nak melekat di rumah.
3.Penyangkut baju berkualiti
Suami hebat adalah suami yang menjadikan setiap pagi dan petang masa untuk menyidai kain baju,mengemas rumah dan memasak.Namun dalam kontek ini suami yang hebat sanggup mengorbankan rasa letih seharian bekerja.Jika ada yang berbuat maka suami tersebut betul-betul hebat.Dalam masa yang sama cuba meluang waktu bersama anak-anak dengan memberi mereka mandi,makan atau sebagainya.Biarkan isteri rehat santai dan syok melayan media sosial agar jari jemari sentiasa halus atau lembut setiap masa.
Dengan adanya penyangkut baju, si suami yang hebat akan automatik menyidai kain baju diluar rumah terutama tengahari.Jangan biarkan si isteri buat kerana takut sinaran matahari boleh menjejaskan kecantikan mereka.Paling takut kalau membiarkan isteri dicampakkan dalam api neraka akibat kelemahan suami mendidik akhlak dan budi pekerti mereka.Ingat wahai para suami di luar sana termasuk HB sendiri.
[admin]
Benda wajib ini mesti ada pada suami hebat.Kalau belum ada jangan perasaan diri tu hebat.Namun tahniah kerana berusaha sedaya untuk menjadi seperti itu.
Jika fikirkan boleh maka yakinlah ia boleh dilakukan.Sekiranya masih belum berjaya juga untuk menjadi suami hebat maka bersabar kerana masanya tetap akan tiba.
Sekian.Salam cerita dan jumpa lagi.
