Kebaikan Memanah Untuk Kejayaan Diri…HB masih ingat lagi iaitu zaman kanak-kanak.Bukan macam zaman sekarang.Budak zaman dahulu bermain dengan permainan yang dekat dengan alam.Antaranya memanah,main perang pistol bemban dan main pedang.HB sangat suka permainan memanah yang dibuat sendiri.
Rupa-rupanya aktiviti memanah mempunyai seribu kebaikan.Kesan hebat memanah ialah fokus kepada sasaran.Orang tak fokus maka akan tersasar jauh.Sebab itu kejayaan terbesar boleh diraih oleh manusia kerana tabiat yang sentiasa fokus untuk berjaya.Biar apapun halangan melanda fokus untuk berjaya mesti diterus walau apapun keadaan yang melanda.
Selain untuk memberi kesan fokus,memanah juga boleh melatih emosi untuk sentiasa tenang.Sama juga untuk berjaya melawan halangan demi halangan.Kuncinya terletak pada ketenangan emosi.Mana mungkin boleh ribut-ribut untuk memanah.Ketenangan sewaktu melepas anak panah melalui busur memastikan tepat pada sasaran.Dengan mengatur nafas yang sempurna akan membantu para pemanah untuk sentiasa tenang.Kesabarannya perlu kepada tindakan yang tenang.
Aktiviti memanah amat perlu kepada keseimbangan badan.Si pemanah perlu kekuatan fizikal dan stamina yang tinggi.Sebaik sahaja anak panah dilepaskan dari busur maka kekuatan dan keseimbangan badan perlu ada.Badan mesti tegak dan lengan mesti selari dalam posisi horizon.Jika diaplikasi dalam kehidupan sebenar,kita amat perlukan kejayaan yang seimbang sebagaimana seorang pemanah.Hal dunia dan hal akhirat wajar beriringan seperti pergerakan tapak kaki kanan dan kiri.
Seorang yang pemarah akan lebih sejuk hatinya dengan aktiviti memanah.Begitu juga hati mereka akan menjadi seorang yang pemaaf jika ada berlaku kurang persefahaman.Semua ini boleh kita perolehi dengan menyertai aktiviti memanah.
Alangkah beruntungnya menjadi seorang pemanah jika hati dan emosi terjaga dengan baik.
>>> Program Terpantas Jana Income Online<<<
[Admin]
Anak-anak kita wajar dipupuk menceburi bidang memanah.Harapan kita agar mereka membesar dengan prinsp amalan terbaik dan prinsip terpuji.Melibatkan diri dalam aktiviti memanah akan mengasah kebolehan berfikir secara pantas.
Kata-kata Louis Lord Mountbatten menyentap jiwa kita semua:
JIka perang dunia ketiga berjuang dengan senjata nuklear maka perang dunia keempat pula akan diperjuang menggunakan busur dan anak panah.
Sekian.Salam ceria dan jumpa lagi.