Menyesal Sehari VS Menyesal Selamanya…Semasa solat jumaat HB telah tertarik dengan bingkisan kata dari seorang khatib yang membaca khutbah.Ayat yang digunakan begitu menarik dan menyampaikan mesej yang mendalam.Mari kita hari bersama-sama.Semoga ia berbekas ke dalam hati kalian semua.Bagi HB memang ya dan sebab itu sudi untuk berkongsikan di blog ini.
Jika salah masak nasi akan menyesal sehari,
Jika salah gunting rambut akan menyesal seminggu,
Jika salah beli pakaian akan menyesal sebulan,
Jika salah jawap dalam peperiksaan akan menyesal setahun,
Jika salah pilih pasangan hidup akan menyesal seumur hidup
Jika salah guna iman akan menyesal buat selamanya
[admin]
Ternyata apa yang dinyatakan itu ada benarnya.Misalnya meyesal sehari lebih baik dari menyesal selamanya.Kesilapan memilih apabila diketemukan pilihan memang lumrah namun percayalah peluang memperbetulkannya tetap ada.Percayalah bahawa menyesal kemudian tidak ada gunanya.
Ayuh fikir dan gunakan akal fikiran untuk muhasabah diri setiap hari agar perjalanan kehidupan abadi itu tidak akan disesali buat selamanya.
Sekian.Salam ceria dan jumpa lagi.