Quantcast
Channel: Hero Borneo
Viewing all articles
Browse latest Browse all 427

Rahsia Kebahagiaan Rumahtangga Jarak Jauh

$
0
0

Rahsia Kebahagiaan Rumahtangga Jarak Jauh…Sedang HB membelek majalah Keluarga Harmoni terjumpa satu artikel hebat hasil penulisan Ustazah Dato’ Siti Nor Bahyah Mahamood.Cukup menarik dan kerana itu HB teruja pulak nak berkongsikan dengan pembaca melalui blog ini.

Bukan fenomena baru kalau ada suami dan isteri tinggal berjauhan.Mereka terpaksa demi tuntutan kerja.Sungguhpun begitu kebahagiaan rumahtangga mesti diutamakan.Bukan alasan berjauhan maka tiada merasai nikmat bahagia berumahtangga.

Antara rahsia kebahagiaan rumahtangga jarak jauh yang sempat HB ulas dan kupas adalah seperti berikut.Perlu kalian fahami bahawa apa yang sempat HB kongsikan ini bersandar cara penulisan blog dan bukannya penulisan artikel majalah.Harap maklum la ye.

kebahagiaan rumahtangga

1.Memberi sokongan

Apabila berjauhan sudah pasti  si isteri atau si suami yang akan bersedih dan rasa pilu dalam hati.Situasi ini memerlukan sokongan moral dari pasangan masing-masing.Beri kata semangat dan motivasi demi masa depan keluarga.

2.Saling mempercayai

Jauhkan prasangka negatif yang boleh menimbulkan perasaan cemburu buta.Bagi kepercayaan kepada pasangan kalian.Jika mereka jujur maka kita gandakan lagi kejujuran tersebut.Memang dugaan sangat hebat baik kepada isteri atau suami tatkala berjauh.Tambahan pula sekarang ini media sosial banyak membuka pintu kemaksiatan.Kawal diri dan ingat tanggungjawab masing masing

3.Sibukkan diri

Tidak dapat dinafikan dengan berada jauh dari pasangan boleh menimbulkan perasaan sepi.Oleh itu sibukkan diri dengan aktiviti kemasyarakatan atau aktiviti keagamaan.Bagi mereka yang boleh menulis apa kata menulis blog seperti Buku Online

4.Sentiasa berhubung

Dunia komunikasi hari ini jauh lebih baik berbanding dahulu.Gunakan kemudahan Whatsapp atau Facebook untuk saling berhubung.Cari masa yang sesuai agar pasangan kalian tidak terganggu dan selesa ketika berhubung menggunakan telefon.

5.Libatkan anak-anak

Anak-anak adalah pengikat kasih sayang.Dengan kehadiran anak-anak maka keluarga bertambah bahagia.Ketika membuat panggilan telefon misalnya libatkan sekali anak-anak untuk mendengar suara ayah atau ibu mereka.

6.Lawatan mengejut

Baik suami atau isteri maka buatlah lawatan mengejut ke rumah kediaman masing-masing.Sediakan kunci pendua supaya tidak perlu membuat temujanji untuk lawatan.Cara begini macam susah diterima namun sangat berkesan untuk menimbulkan rasa saspen dalam hubungan suami isteri.Jeng..jeng..jeng.

7.Hadiahkan doa

Suami yang pemurah tidak semestinya menghadiahkan sebentuk cincin emas setiap bulan kepada isteri.Paling afdal hadiahkan doa agar si isteri sentiasa ada hidayah dan petunjuk dalam kehidupan ini.Si isteri doakan suami agar dilimpahi rezeki mencurah-curah agar bertambah cawangan bahagia.

[admin]

Ingatlah kebahagiaan rumahtangga bukan terletak pada jauh atau dekatnya jarak pasangan masing-masin.Ia bermula dalam jiwa dan hati yang saling percaya bahawa rumahtangga adalah tanggungjawab serta amanah.

Tidak bertangggungjawab dan tidak beramanah boleh menghancurkan kebahagiaan.Oleh itu jauhkan sejauh yang boleh.

Sekian.Salam ceria dan moga berbahagia selalu.

 

p/s: Jom baca juga Cara Isteri Sayang Suami atau Bestnya Rezeki Suami Untuk Poligami


Viewing all articles
Browse latest Browse all 427