Quantcast
Channel: Hero Borneo
Viewing all articles
Browse latest Browse all 427

Maal Hijrah Peluang Untuk Berubah

$
0
0

Maal Hijrah Peluang Untuk Berubah…Salam Maal Hijrah 1436H buat umat Islam sedunia.Pada awal tahun begini adalah peluang bagus untuk kita membuat perubahan kepada diri sendiri.Peluang untuk menjadikan tahun tahun ini lebih baik daripada tahun yang sudah berlalu.

salam maal hijrah

Sambutan Maal Hijrah atau Awal Muharram kurang popular sebagaimana tahun Masihi atau Tahun Baru Cina.Sebab salah kita sendiri yang seakan-akan lupa tahun Islam berbanding tahun lain.Kenyataan ini adalah pendapat HB sendiri.Belum tentu betul atau salah.

Berubah dari tabiat negatif ke tabiat positif sebenarnya tidak memerlukan masa tertentu.Bila-bila masa pun boleh.Hakikat yang sebenarnya kalian boleh berubah tanpa mengira  masa.Perlahan-lahan untuk membaiki kehidupan.Mungkin dalam kesihatan,kewangan dan perhubungan sesama manusia.

HB amat percaya setiap manusia ada peluang untuk berubah.Andaikata pada ketika ini kalian hidup susah dan menderita maka suatu hari nanti boleh berjaya  dalam kehidupan.Apa yang perlu perbanyakkan bersabar dan tingkatkan usaha setinggi yang boleh.

Ambil ibrah dari hikmah awal tahun.Buat sesuatu yang bagus,elok dan hebat dipermulaan tahun.Insya Allah momentum kalian boleh berterusan sehingga mencapai tahap potensi individu sebenar.

 

Kesimpulan dari admin,

Salam Maal Hijrah.Semoga kalian ada visi dan misi yang lebih hebat dalam tahun mendatang ini.Ambil kesempatan terbaik bagi memastikan maal hijrah peluang untuk berubah.

Sekian.Salam motivasi dan jumpa lagi.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 427