Hero Borneo Bersama Blog AkmaOmar.com…HB mengambil peluang ini untuk menulis satu entri khas kepada blog-blog yang menjadi penganjur,penaja dan peserta dalam contest Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan.Semoga usaha kerdil ini boleh memberi manfaat kepada mereka .
Dalam entri sulung ini saya akan memilih blog akmaomar.com.Sebab ia adalah blog penganjur utama contest of the year 2014 atau lebih tepatnya contest SEO bonus akhir tahun.
HB sudah mengenali blogger akma omar dari tahun lepas ketika saya bersama kakiblog.my lagi.Kebetulan pula HB memang kaki blogwalking.Cuma akhir-akhir ini sahaja agak berkurangan kerana desakan waktu dan lain-lain.Apa yang pasti HB pula sibuk untuk mempromosi Portal Ilmu.
Cuma kadang-kadang perlukan masa lebih untuk berblogging terutama pada masa cuti.Masalahnya kalau ada cuti Hari Depavalli pun HB tetap bekerja.Jadi apa yang HB lakukan apa yang sempat sahaja.Berbalik kepada tujuan asal entri maka jom baca kupasan ringkas saya tentang blog akma omar.com.
Maafkan HB kerana tidak mengupas dari sudut teknikal,layout dan kod-kod tertentu.Tentu sahaja masa adalah alasannya.Harap kalian faham dan memahami lah ye.
Blog akma omar.com berpengkalan di Wordpress yang menggunakan theme Thesis.Maksudnya berhosting domain sendiri.Memang cantik theme blog yang beliau gunakan.Ada warna ungu.Warna yang bagi HB agak cool.
Niche blog akma omar.com adalah personal.Tidak memfokuskan kepada satu perkara yang khusus.Satu keistimewaan blog ini kerana si penulisnya amat mementing penulisan berkualiti.Beliau menyampaikan idea secara santai dan mudah.Sedap untuk dibaca.
Satu lagi kelebihan blogger Akmar ialah mesra pembaca.Beliau sanggup untuk membalas komen meskipun aktiviti hariannnya sebagai usahawanita padat dan sibuk.Mungkin itu sebab blognya tidak dikemaskini setiap hari.
Sekiranya penerangan HB belum terbaik untuk mengenali siapa Akma Omar,kalian boleh baca dalam about me kat blog beliau.
Kesimpulan dari admin,
Kini masih hangat contest bonus akhir tahun yang bernilai RM2600 anjuran blog akmar omar.Sesiapa yang belum menyertai tu..jangan tunggu lagi.Buat sekarang dan uji kehebatan pengetahuan SEO kalian.Cuma tulis entri bertajuk Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan.
Kalian boleh dapatkan syarat dan info lanjut dalam link –>>INI
Sekian salam motivasi dan jumpa lagi.