Gempar Terima Wang Palsu RM100…Baru-baru ini HB tersentak dengan info yang disampaikan pihak pengurusan.Premis perniagaan tempat HB mencari rezeki telah dicemari oleh penerimaan wang palsu RM100.Heboh satu tempat kerja kerana ia baru pertama kali berlaku.
Antara orang yang gempar adalah HB sendiri.Mana tidaknya HB sepatutnya boleh mengelak perkara tersebut dari berlaku,Ini kerana juruwang tidak menggunakan ‘money detector’ ketika menerima dari wang dari para pelanggan.HB sepatutnya bertegas dalam pelaksanaan mesin ini.
Perkara sudah berlaku.Pihak pengurusan minta kami bertanggungjawab.Tiada pilihan selain membayar harga wang palsu tersebut.Nasib baik ada staff yang terlibat termasuk penyelia bersetuju untuk membuat ganti rugi.Kalau seorang yang bayar memang mengeletar juga tangan nak mengeluarkan sejumlah wang benar bernilai RM100.
HB pesan kepada staff supaya jadikan ia satu pengajaran dan juga kepada semua juruwang yang diluar sana supaya berhati-hati dengan wang palsu.Dalang yang menyebarkan wang palsu patut ditangkap dan sumbatkan dalam penjara.Mereka zalim kerana menganiaya kita yang menerima wang palsu.
Sekiranya ada mangsa yang rasa tak puas hati tu,harap bersabar dan titipkan doa agar mereka yang terlibat, hidup merana dan sengsara.Jahat ke HB?
Biarlah balasan ‘tunai’ itu terus menimpa mereka di dunia ini.Mudah-mudahan dengan balasan sedemikian rupa supaya mereka segera insaf dan menyesali perbuatan terkutuk itu.
Mari HB bawa kalian semua untuk membayangkan sendiri bagaimana dahsyatnya penangan wang palsu.Bagi dalang atau pengedar yang mengedar wang palsu akan merasa betapa mudahnya mendapat duit.Dapat rasai kemewahan dan kesenangan ‘palsu’ buat seketika.
Sebagai contoh mereka mengedar wang palsu RM100 berjumlah RM1000 dalam pasaran.Wang ini akan berlegar kepada 10 orang penerima melalui transaksi jualan.Wang tunai asli masuk poket mereka dan mereka dapat nilai sebenar dari wang palsu.Adakah ini adil untuk orang lain.Sudah semestinya tidak.
Wang palsu terus bertukar tangan kepada orang yang kurang mampu dan orang hidup susah.Sebelum itu mereka bertungkus lumus mencari rezeki halal tetapi menerima wang yang bukan halal iaitu palsu.
Bagaimana perasaan mereka ketika itu.Mereka akan bertambah susah sekiranya wang palsu yang mereka terima itu ditolak oleh pasaraya.Sedang pada masa tersebut duit itu sepatutnya untuk membeli susu bayi,beras,gula dan apa sahaja keperluan harian yang mendesak.Mana nak cari ganti.
Kisah ini sekadar contoh.Kalau kisah benar memang dah kena dengan HB.Dalam kes tersebut HB terpaksa mengorban sejumlah RM14.30 seorang.Sedangkan wang ini untuk bajet membeli broadband.Bayangkan berpuluh orang( blogger lain beribu.malunya) sehari menunggu entri penulisan HB tetapi HB tak terbitkan kerana bajet internet dah lari.Apa perasaan mereka?
Kesimpulan admin,
Penyebaran wang palsu tak kira RM50 atau RM100 sama sahaja kesan buruknya.Si pengedar tidak berhati perut langsung untuk mengenang jerit payah dan kesengsaraan orang lain yang bakal menerima wang palsu tersebut.
HB percaya setiap kejadian ada hikmahnya.Walaupun berita gempar terima wang palsu RM100 semakin pulih namun HB diberi peluang oleh Allah SWT untuk menulis dalam blog ini.Dengan perkongsian ini,HB berharap pihak yang berisiko tinggi untuk menerima wang palsu meningkatkan tahap waspada.
Kepada mereka yang kini aktif membongkar >>> Rahsia Main Instagram Dapat Duit.Hati-hatilah ya..
Sekian.Salam ceria dan jumpa lagi.