Quantcast
Channel: Hero Borneo
Viewing all articles
Browse latest Browse all 427

Panduan Supaya Orang Suka Kita

$
0
0

Panduan Supaya Orang Suka Kita…Entri ini adalah sambungan entri sebelum ini.HB buat pengubahsuaian pada tajuk untuk menggantikan bahagian dua atau sebagainya.Lagipun nampak lebih menarik supaya orang bertambah suka.Dah suka maka bertambah sayang.Itu dinamakan kehidupan ini mesti didasari nilai kasih sayang.

HB ajak pembaca yang belum baca entri Petua Buat Orang Suka DenganKita.Ini penting agar kefahaman kalian lebih jelas dan lancar.Baiklah HB terus sahaja kepada perkongsian panduan supaya orang suka kita.Tak susah.Senang je.

1.Jangan syok sendiri

Pantang larangnya jangan terlalu obses dengan diri sendiri.Dalam setiap perbualan kita kurangkan penggunaan kata saya.Jangan pula perasan dan syok sendiri.Orang lain dikatakan salah dan kita sahaja yang dianggap betul.Jika begini sikap kita sampai bilapun orang tak akan suka dengan kita.Lebih baik masuk hutan dan berkawan dengan binatang liar.Mak oii.Marahnya HB..

2.Bersetuju dengan pandangan orang lain.

Tidak dinafikan akan timbul perselisihan pendapat.Ini tidak bermakna kita membangkang macam nak rak.Dalam banyak perkara kita harus bersetuju dengan pendapat mereka.Cara ini akan mengwujudkan rasa suka orangkepada kita.Gambarkan perasaan kita sama dengan nilai-nilai hidup orang lain.Jika orang bujang boleh guna tips ini.Gadis idaman akan mudah cair dengan teknik put yourself in other shoes.Senang cerita.Kita tunjukkan rasa empati terhadap orang lain.

3.Seorang yang positif

Kalian bakal disukai ramai dengan adanya sifat positif diri,Orang yang positif tidak mudah mengeluh,sukar marah,tidak emosi dan kurang gemar kepada teknik mengkritik.Mereka yang positif mudah bergaul dengan sesiapa sahaja.Malah mengikut kajian pakar, orang positif sangat berpotensi untuk berjaya dalam apa jua bidang yang mereka ceburi.

4.Ungkapkan kata-kata supaya orang lain seronok mendengar

Pilih perkataan yang baik-baik.Cari ayat yang sedap orang mendengar.Memang cara ini memerlukan seni kemahiran komunikasi yang tinggi.Jika rajin berlatih dan membuat kajian tidak susah sebenarnya,Sebab itu ada pepatah Melayu ada mengatakan kalau hendak seribu daya dan alah tegal alah biasa.Bagi HB sendiri menulis juga sama.Ayat yang sempoi dan santai lebih suka dibaca berbanding penulisan ilmiah macam buku teks sejarah.

Kesimpulan dari admin,

Nampaknya kita sudah dipenghujung entri.Nak baca lagi tak.Kalau nak boleh baca >>>Tips Sangat Luar Biasa Untuk Berjaya.

Semoga ceria hendakya dan jumpa lagi,

 

p/s: Jom minum kopi sambil cari idea untuk tulis blog yang satu lagi tu..Cari sendiri la ye..

panduan supaya orang suka kita


Viewing all articles
Browse latest Browse all 427