Quantcast
Channel: Hero Borneo
Viewing all 427 articles
Browse latest View live

Senarai Jawatan Kosong Terkini Di Malaysia

$
0
0
Senarai Jawatan  Kosong Terkini Di Malaysia..Berikut adalah berapa jawatan kosong yang boleh anda pohon.Jangan Lepaskan peluang yang ada kerana jika tidak peluang ini akan diambil oleh orang lain.Senarai akan saya tambah dan kemaskini dari semasa ke semasa.


 
Inside Sales Representative

CADVision Systems Sdn Bhd
RM2,000.0 - RM3,000.0 Per Month
Full Time,Part Time | Bukit Mertajam, Pulau Pinang

Untuk Mohon >>> KLik SINI
 
Event Management (Special Unit)

Prime Team
RM2,000.0 - RM3,000.0 Per Month
Full Time | Jalan Raja Chulan, Kuala Lumpu

Untuk Mohon >>> KLIK SINI
 
Sales Executive

BW Yee Seng (Sabah) Sdn. Bhd.
RM2,500.0 - RM3,000.0 Per Month
Full Time | Kota Kinabalu, Sabah

Untuk Mohon  >>>KLIK SINI


Production Manager 


Winner's Fried Chicken
RM1,500.0 - RM2,000.0 Per Month
Full Time | Lahat, Perak

Untuk Mohon >>> KLIK SINI


Outlet Head Chef (Changkat Bukit Bintang) 


Library
RM2,000.0 - RM3,000.0 Per Month
Full Time | No. 14 & 16, Changkat Bukit Bintang, Kuala Lumpur

Untuk Mohon >>> KLIK SINI


Junior Technician
 
Nova Highlands Resort & Residence
RM1,000.0 - RM1,300.0 Per Month
Full Time | Cameron Highland, Pahang

Untuk memohon  >>> KLIK SINI





Cara Dapat Wang Dengan Kuasa Minda

$
0
0
Dalam artikel ini saya nak kongsikan Cara Dapat Wang Dengan Kuasa Minda.Terus terang saya katakan informasi saya salin semula dan ubahsuai sedikit supaya sejajar dengan blog saya pula.Saya amat berterima kasih dengan sebab itu saya telah menyatakan sumber serta kredit kepada penulis asalnya yang hanya mahu dikenali sebagai ‘Hidup Bebas’

Sumber gambar : Facebook

Wang adalah bahan mentah untuk mendapatkan benda-benda lain. Wang juga adalah alat untuk kita alirkan kelimpahan nikmat kepada lebih ramai orang.

Allah SWT amat menyayangi kita, malah lebih daripada kita menyayangi diri kita sendiri.Dan untuk menunjukkan yang Allah SWT sayang kepada kita, Allah SWT telah sediakan WANG, EMAS, PERMATA dan SERIBU KEKAYAAN di perut bumi untuk kita. Apa yang Allah SWT minta, adalah kita berusaha untuk mendapatkannya dalam bentuk yang kita suka. Jika kita suka kereta, Allah SWT bagi kita kereta. Jika kita suka rumah, Allah SWT akan bagi kita rumah. Dengan syarat, usaha untuk mendapatnya.Boleh dicuba menggunakan Aplikasi Duit.

Kita juga begitu. Jika kita sayang seseorang, contohnya ibu-bapa, isteri dan anak-anak, setakat ucapan sayang sahaja tidak cukup. Kita perlu beri mereka makan, tempat berteduh, dan hidup selesa. Kita perlu beri mereka kekayaan, kekayaan yang Allah SWT bagi.
untuk kita ada yang berupa wang? Apakah kaitan wang dalam semua ini?

Wang  alat ciptaan manusia yang memudahkan kita memindahkan dan mengagih-agihkan kekayaan yang telah Allah SWT berikan kepada kita. Wang bukan segala-galanya, tetapi wang adalah alat yang memudahkan kita memindahkan kekayaan Allah SWT dari seorang kepada seorang yang lain. Sebab itulah, bagi orang yang faham perkara ini, mereka akan berusaha menjadi kaya dengan menarik banyak wang ke dalam hidup mereka.

Mereka tidak pernah sekali-kali menghina wang atau orang yang berusaha keras dalam mencari wang. Kerana mereka tahu, hanya orang yang mengenal Allah SWT dan kekayaan Allah SWT sahaja akan berusaha mendapatkan seberapa banyak wang. Kemudian, sesudah mendapat banyak wang, akan mereka gunakan ke jalan kebaikan. Jalan mulia dengan mengagih-agihkan kekayaan Allah SWT di muka bumi ini kepada ramai orang melalui WANG.

Untuk dapatkan wang, kita boleh bekerja keras menggunakan tulang empat kerat. Atau, kita boleh mendapatkannya menggunakan satu lagi kekuatan yang juga datang dari Allah SWT, tetapi jarang didengari - iaitu MINDA.

Hanya segelintir orang terpilih sahaja akan tergerak untuk mempelajarinya. Namun, masih ramai yang belum betul-betul fahami kehebatannya, apa lagi menggunakannya dengan berkesan untuk menarik wang ke dalam hidup mereka.

Masih belum terjawap, kenapa artikel  ini fokus kepada wang?

Ini jawapannya: Wang adalah alat ciptaan manusia untuk memindah dan mengagihkan kekayaan Tuhan di kalangan manusia. Kekayaan yang dimaksudkan bukan sekadar CINTA Allah SWT kepada manusia. Tetapi HARTA dan KEKAYAAN Allah SWT di perut bumi dan permukaan bumi. Wang boleh digunakan untuk mengeluarkan kekayaan ini, dan dipindahkan dan diagihkan kepada ramai orang. Dengan adanya wang, semakin ramai orang boleh menikmati kekayaan Allah SWT.

Semakin banyak wang yang anda kumpul, semakin banyak KEKAYAAN Allah SWT yang anda dapat. Kemudian terpulang bagaimana anda menggunakannya. Adakah ke arah kebaikan, atau ke arah keburukan. Apa yang penting, wang amat berguna kepada anda, jika anda tahu bagaimana untuk menggunakannya dalam melakukan kebaikan, anda boleh melakukan kebaikan yang lebih besar dan kepada lebih ramai orang.

Bagaimana untuk tarik wang dengan kuasa minda? Apa itu minda? Apa itu kuasa? Apa itu kuasa minda?

Adakah kuasa minda bertindak seperti tangan ghaib yang menarik duit dari poket setiap orang? Adakah kuasa minda itu berfungsi dengan bantuan jin atau toyol untuk mencuri duit dalam peti simpanan orang di rumah? Adakah kuasa minda itu malaikat yang membantu anda memindahkan wang berjuta dari alam ghaib ke rumah anda sekelip mata? Teruskan tertanya-tanya.

Sebelum saya menjawap soalan-soalan tersebut, saya ingin meneruskan bercerita mengenai wang lagi.
Wang adalah bahan mentah yang berbentuk fizikal. Itulah yang saya katakan dalam post sebelum ini.

Sebenarnya ada satu lagi sebab kenapa kita lebih fokus menarik wang, berbanding terus menarik benda yang kita inginkan contohnya kereta Ferrari, Rumah banglo 3 tingkat, Samsung Notes II, atau lain-lain secara khusus.

Ini ada kaitan dengan TAKDIR. Sekiranya kita menarik wang, kita selamat kerana wang hanyalah bahan mentah untuk memudahkan kita mendapatkan apa yang benda yang telah ditakdirkan untuk kita.

Bayangkan begini. Katakan anda berkeras ingin menarik kereta Axia. Tetapi anda tidak mendapatnya. Kemudian anda rasa sangat kecewa kerana tidak mendapatnya. Kemudian, apabila ditakdirkan anda mendapat Bezza, anda terasa sangat sedih dan menerima dengan rasa terpaksa... kerana yang anda mahu adalah Axia. Apabila ini berlaku, anda sebenarnya telah tidak bersyukur, malah merungut terhadap nikmat takdir yang Allah SWT telah beri kepada anda.

Tetapi bayangkan jika anda berjaya menarik banyak wang, dan dengan wang yang ada, anda boleh mengidamkan kereta best. Kemudian anda berdoa, agar Allah SWT beri anda kereta mewah kerana anda mampu. Selepas sabar menunggu, akhirnya kereta takdir anda pun sampai. Wah, Ferrari lahhhh!! SYUKUR AMIN!!!

Sebab itulah, blog ini hanya fokus kepada wang, kerana wang adalah bahan mentah yang membolehkan kita mengagih-agihkan kekayaan Tuhan kepada ramai orang dan diri sendiri.

Sekarang apa pula ceritanya dengan minda ni?

Betulkah minda ni mempunyai kuasa?

Eh, apa itu kuasa?

Minda tu pulak, apa?

Sabar. Sabarrrrr.

Kuasa, amat rapat dengan tenaga. Tenaga pula, amat rapat dengan KERJA.

Saya akan ceritakan satu persatu mengenai kuasa, tenaga dan kerja.

Kerja membawa maksud, suatu tindakan untuk memindahkan sesuatu, sama ada menolak atau menarik sesuatu itu dari satu tempat ke satu tempat yang lain.

Dalam blog ini, kerja yang dimaksudkan adalah MENARIK WANG dari pelbagai arah dan sudut, ke dalam simpanan anda.

Sekali lagi, baca betul-betul.

KERJA yang dimaksudkan dalam artikel ini adalah tindakan MENARIK WANG dari pelbagai arah dan sudut, ke dalam simpanan anda.

Untuk melakukan KERJA, anda perlukan TENAGA.

Apa pula tenaga ini?

TENAGA adalah sumber bekalan yang boleh digunakan untuk melakukan KERJA.
Contohnya, sumber makanan memberi badan kita TENAGA untuk menarik dan menolak benda fizikal dari satu tempat ke tempat yang lain.

TENAGA elektrik boleh menggerakkan elektron untuk menghasilkan pelbagai kerja, contohnya menghasilkan cahaya, menghidupkan TV, laptop, handphone dan banyak lagi peralatan elektrik.

TENAGA minda pula, boleh digunakan untuk menggerakkan JIWA seseorang untuk membawa wang kepada kita.

Tenaga minda sangat kecil jika dibandingkan dengan tenaga badan dan tulang empat kerat kita. Kita boleh mengangkat sehingga 50kg benda menggunakan tenaga badan dan tulang empat kerat kita. Tetapi, dengan menggunakan tenaga minda, kita hanya mampu berfikir... tetapi di situlah KEHEBATANNYA!

Baca ini dengan teliti.

Semakin sikit tenaga yang diperlukan untuk menyiapkan kerja, maka semakin BESAR kuasa yang kita ada.Ini kerana, KUASA adalah kadar kecepatan melakukan kerja.

Dengan kuasa minda, dengan kuasa berfikir, kita boleh menyiapkan sesuatu kerja dengan lebih cepat, contohnya menarik wang yang banyak dalam masa singkat.

Minda adalah satu ruang aktiviti di mana fikiran dan perasaan kita berlaku. Fikirkan begini. Otak adalah hardware atau fizikal bagi bahagian dalam kepala kita, manakala minda adalah software yang bekerja di dalam kepala kita.

Minda adalah tempat di mana fikiran dan emosi berlaku. Kita boleh memikirkan fikiran dan merasakan emosi di minda kita.

Kita mempunyai dua minda, iaitu minda sedar, dan minda bawah sedar. Aktiviti minda yang kita lakukan secara sedar, seperti membandingkan baik buruk, memilih antara dua, memberikan alasan, mencari sebab dan bukti... kesemua itu adalah aktiviti minda sedar. Tujuan kita ke sekolah dari umur 7 tahun hingga 17 tahun, tujuannya adalah untuk melatih kecekapan minda sedar kita untuk berfikir - mengingat, memahami, dan menganalisis sesuatu perkara, iaitu memilih, membanding, menyusun, mencari persamaan dan sebagainya.

Minda bawah sedar pula adalah aktiviti yang berlaku secara bawah sedar contohnya bernafas. Di dalam keadaan yang busuk, kita secara automatik menahan nafas dan menutup hidung. Semasa kepenatan, kita secara automatik bernafas dengan tercungap-cungap. Semua ini dilakukan tanpa kita sedari. Semasa kita tidur, kita tetap bernafas. Dan ini juga merupakan aktiviti minda bawah sedar.

Minda bawah sedar bersambung dengan seluruh anggota badan kita. Ini kerana sejak kita lahir, minda bawah sedar wujud terlebih dahulu berbanding minda sedar. Keseluruhan badan kita pada mulanya sejak kita lahir adalah dikawal minda bawah sedar.

Sehinggalah kita berumur 8 hingga 12 bulan, barulah kita mulai berfikir. Dan pada waktu itulah minda sedar kita mulai terbentuk.Minda bawah sedar juga tempat berlakunya emosi. Minda bawah sedar sangat cekap menggunakan emosi untuk mendapatkan apa yang badan kita perlukan. Semasa ketiadaan minda sedar, minda bawah sedar melakukan tugasnya dengan sangat cekap untuk mempengaruhi emosi orang lain untuk memberi kita apa yang kita inginkan.

Pada sekitar umur 12 tahun, minda sedar kita telah mulai berfungsi sepenuhnya... dan kita telah boleh mengawal emosi, contohnya menyembunyikan perasaan sakit dan menahan air mata apabila dimarahi ibu. Tetapi, walaupun minda sedar telah berfungsi, ianya masih mentah, dan sebab itu remaja di bawah 17 tahun sangat mudah dipengaruhi. Minda sedarnya masih belum cukup kuat untuk mengelak pengaruh emosi jahat.

Selepas umur 17, sekiranya sesorang itu mempunyai minda sedar yang lemah, dia akan sangat mudah dipengaruhi walaupun usianya makin bertambah.

Di sinilah letaknya kuasa minda sebenar!

Sekejap. Jangan salah faham. Kuasa minda yang saya maksudkan bukanlah minda bawah sedar semata-mata.Tetapi, kuasa sebenar minda adalah terletak pada CARA kita menggunakan gabungan minda sedar dan minda bawah sedar secara harmoni dan bersama.

Dengan menggunakan minda sedar kita sepenuhnya, kita boleh memanfaatkan minda bawah sedar kita dengan baik.

Dengan kebolehan menggunakan minda bawah sedar kita sendiri, kita boleh mempengaruhi minda bawah sedar orang lain, untuk membawa wang kepada kita!

Di sinilah letaknya KUASA SEBENAR minda kita. Ianya bergantung kepada sejauh mana kita mampu memanfaatkan minda bawah sedar kita, dan sebaik mana kita mampu mengawal aktiviti minda sedar kita.

Kita tiadak pilihan selain melatih dan mengaktifkan minda untuk mendapatkan kekayaan.Segala teknik dan arahan spesifiek tesebut boleh didapati dalam pautan SAYA NAK SANGAT KAYA.

Sumber  dan kredit kepada : http://wangminda.blogspot.my/

3 Kesilapan Komunikasi Dan Cara Penyelesaian

$
0
0
3 Kesilapan Komunikasi Dan Cara Penyelesaian…Komunikasi sangat penting.Tanpa komunikasi maka dunia ini akan terasa hambarnya.Pasti sunyi,perniagaan tidak berjalan dengan lancar dan tiada hubungan yang baik antara sesama manusia.Lihat betapa pentingnya komunikasi.

Sekadar gambar hiasan yang tiada kaitan

Berikut ialah beberapa kesilapan komunikasi yang sering dilakukan oleh kita.Semoga huraian ringkas ini memberi pencerahan minda kepada pembaca semua.Lebih-lebih lagi kepada saya sendiri selaku perunding takakul yang berusaha untuk menjadi lebih profesional dalam menjalankan perkhidmatan rundingan.

Seorang perunding takaful yang profesional wajib menyampaikan mesej dengan jelas dan tepat.Setiap butir bicara sedap didengar dan kata-kata sangat menjurus kepada perkara kebaikan.Agak-agak siapa orang tu ?

Jom kita baca dan fahamkan.Tak faham boleh diutarakan dalam ruangan komen.In shaa Allah jika pertanyaan yang selaras dengan aras pemikiran saya boleh jawap.Lebih dari itu kita bincangkan bersama.

1.Tidak fokus

Orang tanya lain kita jawap lain.Lama-kelamaan hubungan komunikasi begini kurang mesra dan kurang berkesan.Punca utama minda yang tidak fokus kerana tabiat kita yang suka memikirkan banyak perkara dalam satu masa.Memang untuk fokus tidak semudah mulut menyebutnya.Fokus berkaitan tabiat dan yag pasti tabiat boleh berubah ke arah yang lebih baik.

Penyelesaian:

Ketika orang bercakap kita membuat catatan.Jadi tidak, fikiran kita alkan menerawang terlalu jauh.Cara ini amat berguna ketika kita disuruh isteri-isteri  membeli barangan dapur,produk kesihatan ataupun produk penjagaan bayi.[ Teringat pulak kepada rakan blogger saya.Tahniah kepada blogger Hasrul Hassan ada new baby]

2.Pelupa

Satu implikasi yang besar jika ada tabiat pelupa.Saya selalu mengalami ketika bekerja dahulu.Sekarang pun masih bekerja cuma tiada ‘bos’ secara rasmi.Bos suruh itu dan ini.Tidak berapa lama selepas itu saya lupa apa yang diarah dan dipesan oleh bos.Akhirnya bos akan marah dan merungut kerana tidak menjalankan tugas dengn baik.Namun bos saya jenis baik hati.Dia tak jeruk kesalahan tersebut lama-lama.

Penyelesaian :

Jangan lupa untuk bertanya balik sekiranya sudah lupa.Untuk mengatasinya ialah jangan selalu sebut lupa.Kalau betul-betul lupa gantikan dengan kurang ingat.Wahai pembaca budiman ingat tu.Jika susah juga amalkan pemakanan sunnah seperti buah kurma.kismis,badam dan madu.Baca betul-betul la ye..bukan  bermadu hehehe.

3.Spontan

Spontan adalah tindakan bawah sedar seseorang.Mereka mudah untuk bertindak spontan terutama terutama ketika bercakap.Perkataan buruk boleh mengguris hati dan perasaan orang lain.Sebab itu orang yang bercakap tanpa berfikir atau cakap lepas kurang disenangi orang.Sehingga ada orang kata.Mulut sahaja jahat tetapi hati baik.Entah mengapa.Saya tidak mempercayai kebenaran kata-kata tersebut.Terlalu skema kerana apa yang terkeluar dari mulut maka itulah yang selalu bersarang dalam hati.

Penyelesaian :

Sentiasa meletakkan diri kita berwaspda ketika bersembang dengan orang lain.Selain cuba melatih diri untuk berfikir sebelum bercakap.Jangan main lepas sahaja.Dalam Facebook  kita boleh padam balik.Dalam hati orang ngak bisa tu kan.Betul la peribahasa ini..kerana pulut rosak susu sebelanga dan kerana mulut hati saya bisa terluka.Eh wah..hati tisu la tu.

[nota admin]

Sejujurnya saya suka mendengar dari bercakap kalau berada di dunia nyata.Sebab mendengar adalah komunikasi paling berkesan untuk memahami keperluan seseorang.

Sungguhpun begitu saya boleh bercakap lebih dari sejam jika keadaan mengizikan.Lebih-lebih lagi waktu sekarang ini saya bekerja sebagai perunding takaful.Tugas utama saya untuk menyampaikan ilmu takaful kepada masyarakat demi rasa sayang dan prihatin saya kepada pembaca semua.

Saya berharap ramai ada kesedaran tentang takaful yakni kepentingan perlindungan pendapatan kepada kehidupan kita pada masa kini dan masa akan datang.

Sekian.Salam sayang dan jumpa lagi.


'' Informasi Wajib Tahu ''


Portal Senarai Kerja Kosong Terkini

$
0
0
Alhamdullilah satu Portal Senarai Kerja Kosong Terkini telah berjaya saya dibina.Sejujurnya saya agak sibuk.Namun saya rasa terpanggil juga untuk membantu golongan pencari kerja.Saya faham bagaimana rasa belum ada kerja.terutama kepada mereka yang ada banyak komitmen duit setiap bulan.Stress mengila katakan.

Saya punya leader buat taklimat

Ok la.Saya tak nak 'ngerepak' terlalu serius.Kita sembang secara santai.Mudah-mudahan artikel ini memberi manfaat sebagai pemudahcara untuk mereka mencari kerja kosong.

Jom pergi Portal Senarai Kerja Kosong Terkini >>[ KLIK ] 

Buat maklumat semua saya akan menerbitkan informasi berkaitan jawatan kosong di seluruh negeri di Malaysia ini  setiap hari.Itupun  dengan syarat pihak Adhance selaku koordinator  menghantar emel setiap hari juga.Tentunya setiap hari juga saya akan kongsikan untuk pencari kerja.

Saya pasti mampu  memberi komitmen dengan portal ini biarpun ada pelbagai tugas khas yang perlu saya lakukan setiap hari.Anggap saja tugas ini sebagai amal jariah.

Saya seorang perunding takaful dan ada kerja yang memerlukan saya berjumpa prospek setiap hati secara offline.Kerjaya tersebut membantu orang lain merancang kewangan supaya lebih bijak agar ada pelindungan pendapatan sebagai persediaan mengalami sebarang risiko dan musibah.

Tugas blogger pula menyampaikan maklumat secara bertulis melalui media elekronik.Alang-alang dah jadi blogger saya promosi takaful baik secara online maupun offline.

Cari kerja kosong lebih mudah,cepat dan terkini

Ada orang merungut mencari kerja muktahir ini sangat mencabar.Zaman saya dulu saya terpaksa membeli suratkhabar hampir setiap hari.Bila dah beli tu cepat-cepat cari bahagian iklan jawatan kosong.Lepas itu hantar pula permohonan guna pos.Serius, berapa banyak salinan sijil,setem dan gambar berukuran passport dikorbankan begitu sahaja.

Saya masih ingat lagi sekitar tahun 1998 saya setiap pagi membeli The Star untuk cari kerja kosong.Pada masa itu saya berada di Pelabuhan Klang,Selangor.Tinggal pula di Flat perumahan bandar Sultan Sulaiman.Ramai pekerja Bangladesh dan Indonesia ‘berkampung’ dekat situ.Memori silam terbongkar dah.

Balik ke Sarawak saya meneruskan aktiviti memburu kerja kosong dalam suratkhabar The Borneo Post.Setiap bulan memang saya sediakan bajet RM30 untuk tengok-tengok jawatan kosong.Dah ada kerja pun saya masih ada tabiat suka tengok jawatan kosong.Hobi pelik kot.

Mohon secara online

Sekarang banyak kemudahan.Melalui portal Senarai Kerja Kosong Terkini pun pencari kerja boleh memilih dan memohon secara online.Boleh guna Laptop atau telefon pintar.Jangan hairan dengan berbekal telefon pintar juga mampu menjana pendapatan sampingan iaitu Aplikasi Duit.

[nota admin]

Jangan tunggu lama-lama.Ada sahaja kerja kosong cuba pohon secepat yang boleh.Kita risau kalau kerja kosong yang kita mahukan sudah diisi orang lain  terlebih dahulu.

Dengan kesempatan ini saya membuka ruang dan peluang kepada mereka yang meminati bidang takaful boleh memohon jawatan Perunding Takaful.Bimbingan dan latihan diberikan secara profesional.Sila ajukan pertanyaan ke hanafiabdullah@agent.etiqa.com.my


Sekian.Salam sayang dan jom cari kerja kosong di >>>>>>> LUBUK REZEKI

Panduan Untuk Hidup Yang Lebih Baik

$
0
0
Baru-baru saya terbaca Panduan Untuk Hidup Yang Lebih Baik dalam satu group wasap.Oleh kerana saya anggap panduan ini sangat penting maka saya kongsikan semula dalam blog.Bila dah masuk blog maka ramai lagi yang boleh membaca.Mudah-mudahan perkongsian ini memberi manfaat kepada para pembaca semua.Usaha saya ini saya anggap satu sedekah agar pengirim asalnya juga dapat amal jariah.

Meninggalkan legasi ilmu

Sumber : Google

1. Jangan bandingkan hidup anda dengan orang lain. Anda mungkin tidak tahu bagaimana perjalanan hidup mereka.

2. Jangan mempunyai pemikiran negatif terhadap benda yang kamu tidak boleh kawal. Sebaliknya, tumpukan tenaga anda terhadap benda yang positif yang anda miliki pada masa ini.

3. Jangan terlebih buat apa yang anda mampu. Cukuplah setakat yang anda mampu.

4. Jangan terlalu serius terhadap diri anda. Tiada siapa yang berbuat demikian.

5. Jangan bazirkan tenaga anda terhadap gossip.

6. Berfikir lebih jauh bila anda masih terjaga.

7. Iri hati adalah sia-sia. Kamu sudah mempunyai semua yang kamu perlukan.

8. Lupakan perkara yang sudah lepas. Jangan ungkit kesilapan pasangan anda di masa lampau. Ianya akan menghancurkan kegembiraan anda di masa kini.

9. Hidup ini terlalu singkat untuk membenci sesiapa. Hindarkan daripada membenci sesiapa.

10. Berdamailah dengan masa lalu kamu supaya ia tidak akan merosakkan masa sekarang kamu.

11. Tiada siapa yang mengawal kegembiraan kamu selain dari kamu sendiri.

12. Ketahuilah bahawa hidup ini ialah seperti sekolah dan kamu di sini untuk belajar. Masalah ialah salah satu dari kurikulum yang akan muncul dan pergi seperti kelas algebra, tetapi pengajarannya akan kamu pegang seumur hidup kamu.

13. Senyum dan tertawa selalu.

14. Kamu tidak perlu menang setiap pertengkaran. Setuju untuk tidak setuju.

15. Hubungi keluarga kamu selalu.

16. Beri sesuatu yang baik untuk orang lain setiap hari.

17. Maafkan orang lain.

18. Luangkan masa untuk orang yang berumur 70 tahun ke atas dan 6 tahun ke bawah.

19. Pandangan orang lain terhadap kamu bukan urusan kamu.

21. Pekerjaan kamu tidak akan menjaga kamu bila kamu sakit tetapi keluarga kamu akan menjaga kamu. Selalu berhubung.

22. Dahulukan Tuhan dalam segala yang kamu fikir, katakan dan buat.

23. Tuhan itu penyembuhan.

24. Buat perkara yang betul.

25. Bagaimana baik atau buruk pun situasi sekarang, ia akan berubah.

26. Bagaimanapun yang kamu rasa, bangun, salin pakaian dan pergi.

27. Yang terbaik akan datang kemudian.

28. Buang apa yang tidak berguna atau yang tidak menggembirakan.

29. Bila kamu terjaga di waktu pagi, bersyukur kepada Tuhan.

30. Kalau kamu kenal Tuhan kamu akan gembira selalu. Jadi, bergembiralah selalu.

Amalkan sungguh-sungguh

Apabila kamu mengamalkan kesemua di atas, kongsikanlah pengetahuan ini dengan orang yang kamu sayangi, orang di sekolah kamu, orang yang kamu selalu bermain bersama, orang yang kamu kerja bersama, dan orang yang tinggal bersama kamu. Bukan sahaja ianya akan memperbaiki hidup anda, tetapi juga orang di sekeliling anda.

[nota admin]

Panduan ini menarik untuk dikongsikan bersama.Saya berharap bukan sekadar dikongsikan sebaliknya juga diamalkan.Sekiranya tidak banyak,sedikit pun memadai berdasarkan kemampuan masing-masing.

Sekian.Salam sayang dan jumpa lagi.

Sumber :Group Whatsapp

5 Sebab Saya Suka Blog Ishakhasimi.com

$
0
0
Ada  5 Sebab Saya Suka Blog Ishakhasimi.com.Tak cakap jujur pun orang tak akan tahu.Namun kejujuran untuk menyukai sesuatu, orang boleh kesan sama ada secara langsung atau tidak.Betulkan.

Berikut ialah sebab saya menyukai blog ishakhasimi.com.Mungkin pendapat saya berbeza namun perbezaan tersebut jangan pulak diperdebatkan.



1.Blog kawan sendiri

Tidak dinafikan saya sebenarnya berkawan dengan  Bro Ishak Hasimi secara online sahaja.Entah mengapa kami dipertemukan dalam kawasan letak kereta  di Everise Desa Ilmu.Selepas bertukar nombor telefon kami terus berhubung biarpun sebelum ini bekerja dalam satu bangunan di Summer Mall.Namun sekarang saya tidak bekerja di situ lagi.Saya ada kerjaya profesional sebagai Perunding Takaful.

2.Blog yang mempunyai trafik sangat tinggi

Blog bro Ishak Hasimi, saya kagum kerana penulisan santai.Namun view untuk artikelnya menggila banyaknya.Tak terlawan saya biarpun saya menulis blog setiap hari.Trafik yang berkunjung ke blognya adalah organiik dari carian Google.Sebab itu saya pernah menubuhkan Hero Borneo Team  untuk mengkormesialkan blog kami.Perjalanan team kami terhenti kerana saya berpaling tadah untuk menceburi bidang takaful.Alamak teganya saya untuk berbuat demikian.

3.Artikel yang ringkas

Bro Ishak sangat sibuk dengan kerja rutinnya.Mungkin faktor tersebut memaksa beliau menulis dengan simple tetapi menarik untuk dibaca.Siapa yang belum pernah blogwalking boleh la ke blog beliau.

4.Promosi jenama kawan

Sejak dia kenal saya secara personal ternyata dia selalu memasukkan nama saya ke dalam blognya.Siapa pun yang tak terharu.Saya amat menghargainya kerana tak ramai blogger berbuat demikian.

5.Blog yang tiada iklan pop up

Saya suka kepada blog yang kurang iklan pop up.Tak seronok nak baca artikel jika asyik nak buat  ‘x’ sahaja.Jadi secara tidak langsung pengunjung suka datang blog kita.Blog saya lain cerita.Saya memang selitkan link affiliate tetapi tidak menggunakan iklan pop up.

Bonus :


Saya copy and paste dari blog ishakhasimi.com

Ada satu artikel yang saya suka dalam blognya berjudul Sesi Mengopi Bersama Pengasas blog Heroborneo.com. Sebab  ada kisah kami berdua.Dalam masa yang sama ada backlink lagi tu.Pada masa itu kami minum di Pinang Bistro.Restoran yang tidak jauh dengan  pejabat agensi tempat  saya bertugas sekarang.

Kalau ada sesiapa yang nak jumpa saya boleh la pergi pejabat tetapi telefon saya dahulu kerana saya jarang berada di pejabat.

[nota admin ]

Selepas bertemu dengan Bro Ishak Hasimi saya juga berkenalan dengan beberapa blogger dari Sarawak.Sehingga ke hari saya sempat menghubungi beberapa blogger yang aktif menulis dalam platform blogspot.In shaa Allah ada masa saya nak jumpa mereka.

Agak-agak blog siapa lagi yang saya suka.Kita tunggu artikel yang seterusnya.

Sekian.Salam sayang dan jumpa lagi.


p/s : Portal pencari kerja kosong >>>>>[ KLIK SINI ]

Kenali Perunding eTiQa Takaful Kuching Sarawak

$
0
0
Tak kenal maka tak ada bisnes.Sebab itu saya nak Kenali  Perunding eTiQa Takaful KuchingSarawak.Sewaktu ketika dahulu perunding takaful keluarga terpaksa mencari klien mereka secara manual yakni guna teknik senarai nama,buat panggilan telefon dan buat temujanji untuk berjumpa.

Sejujurnya teknik tersebut masih relevan sehingga ke hari ini.Peratusan kebarangkalian kejayaan adalah 10 peratus bagi mereka yang baru bermula.Semakin lama semakin mahir sehingga keberangkalian kejayaan dapat kes boleh mencecah 90 peratus.

Perunding Takaful Bertauliah


Perunding eTiQa Takaful Kuching Sarawak

Dunia sudah berubah.Zaman Gelombang maklumat telah mewarni dunia takaful dan insuran di Malaysia secara amnya dan secara khususnya di Kuching Sarawak.Maklumat perunding takaful boleh diakses di Internet dan media sosial.Pada masa kini Perunding takaful dicari bukan lagi mencari.

Kesedaran bidang takaful di Malaysia semakin memberangsangkan.Masyarakat sudah ada minat untuk mencarum takaful keluarga kerana banyak didedahkan kebaikan dan manfaat.

eTiQa Insuran & Takaful  Berhad

Dalam artikel ini saya nak memperkenalkan diri sendiri.Saya merupakan perunding takaful yang sudah mendapat tauliah dari pengendali takaful terbesar di Malaysia iaitu eTiQa Insuran & Takaful Berhad.

Untuk pengetahuan semua eTiQa Insuran dan Takaful Berhad adalah bawah Maybank dan Ageas.Dua entiti ini sangat kuat dan kukuh dari segi kewangan,sistem dan jenama.Sebab itu tidak hairan ada yang mengaitkan eTiQa takaful dengan Maybank Takaful  atau Maybank eTiQa.

Pelantikan saya sebagai perunding eTiQa Takaful melalui syarat yang ketat dan profesionalisme yang tinggi.Saya telah lulus TBE atau Ujian Asas Takaful dari Persatuan Takaful Malaysia (MTA).

Setelah lulus saya membuat permohonan bertulis ke eTiQa Takaful Berhad untuk menjadi perunding takaful bertauliah di Sarawak.Alhamdulillah saya diterima sebagai Perunding eTiqa Takaful yang sah dan mempunyai kod rasmi.

Takaful Keluarga

Dalam memastikan saya menjalankan aktiviti takaful keluarga  penuh profesional,saya diwajibkan menghadiri kursus khas selama 3 hari oleh eTiQa Academy.Alhamdulillah saya berjaya menghadiri kursus khas tersebut dengan jayanya.Selain itu saya turut menghadiri latihan rasmi dari pihak agensi Nur Ikhwan eTiQa Takaful wilayah Sarawak selama beberapa minggu dari masa ke masa.

Melalui pendedahan dan latihan yang berterusan, pihak pelanggan boleh meletakkan kepercayaan kepada saya sebagai wakil takaful anda.Biarpun kita belum bertemu secara bersemuka,saya yakin memberi komitmen kerana saya merupakan perunding takaful sepenuh masa.

eTiQa Takaful Berhad

Saya mengganggap bakal  klien dan klien itu seperti 'keluarga'.Kita boleh membina ukhuwah selama yang boleh.Selagi nyawa saya masih ada dan diizinkan bersama eTiQa Takaful Berhad maka selama itulah kita boleh berurusan sampai bila-bila.Jaminan saya adalah komitemn jangka panjang in shaa Allah.


Demi mengikis stigma negatif terhadap wakil takaful terus terang saya katakan kerjaya kami untuk membuka minda dan kesedaran masyarakat bahawa takaful adalah instrumen kewangan untuk pelindungan,simpanan dan pelaburan.Kami mengurus hal ehwal takaful dari A hingga Z pihak klien.

Jika masyarakat belum mencari kami maka kami wajib mencari anda demi rasa prihatin,peka dan tanggungjawab untuk kebaikan anda.Kami berjuang dalam takaful kerana niat dan tujuan kami cuma satu iaitu nak membantu anda mengurus  5 risiko kehidupan yang boleh berlaku kepada anda bila-bila masa.

Saya tidak minta dan tidak berdoa 5 perkara ini berlaku ke atas anda.Seandainya berlaku setelah kita mencarum dalam takaful maka kita adalah orang bijak dan waras.Kita beroleh ketenangan fikiran menghadapi risiko tersebut.

Mencarum dalam takaful

Ada 5 perkara yang boleh merisaukan benak fikiran sekiranya kita belum mencarum dalam takaful.Saranan saya ialah sertai takaful kerana itulah keperluan wajib selepas keperluan asas.

1.Kemalangan

Dari kemalangan kita berpotesi untuk meninggal dunia atau lumpuh ataupun cacat anggota.Kita tidak boleh lagi bekerja macam biasa.Persoalanannya adakah cukup wang simpanan Tabung Haji,Amanah Saham atau deposit tetap untuk menyara kehidupan kita selepas musibah tersebut.

2.Kematian

Kematian adalah pasti.Persoalannya bila dan di mana atau bagaimana kita mati.KIta mati selepas mencarum takaful akan memberi kemudahan yang terbaik waris.Sanggupkah kita meninggalkan anak dan isteri dengan hutang berlambak dan kesengsaraan ekonomi.Sudah tentu tidak kan.

3.Sakit

Siapa yang boleh memberi jaminan kita akan sihat selama-lamanya?Kalau terus sihat syukur alhamdulliah.Kalau sakit kita terpaksa mengeluarkan duit simpanan untuk rawatan dan perubatan.Dalam takaful ada Medical Card yang kos caruman sangat berpatutan.Gunakan jika disahkan ada 36 jenis penyakit.Kalau tidak sakit lagi bagus kerana kita membantu peserta takaful lain sebagai amal jariah yang tidak disedari.

4.Cacat

Hari ini kita sangat beruntung kerana sempurna anggota badan.Malang tidak berbau dan kita ditakdirkan semalam ditimpa musibah.Kaki sebelah kudung atau lumpuh seluruh badan maka caruman takaful menjadi pengganti kepada pendapatan.Tak kiralah sama ada suami atau isteri.Yang penting tidak menyusahkan sesiapa kerana wang dari takaful boleh menjadi pengganti sumber pendapatan.

5.Tua

Hidup kita sangat beruntung kerana 4 perkara diatas belum kunjung tiba.Itulah doa kita setiap hari.Namun realtinya kita tetap akan tua dan tidak mampu lagi bekerja.Nasib baik ketika masa muda ada mencarum takaful sehingga tempoh matang.

Kita sudah ada duit sebagai pendapatan persaraan.Kita tidak perlu mengharapkan wang anak-anak.Wang yang sepatutnya diberi kepada kita lebih baik dicarumkan dalam takaful untuk masa tua mereka sendiri.

[nota admin]

Sekarang pembaca sudah mengenali apa tanggungjawab seorang perunding eTiQa Takaful.

Saya sebagai perunding takaful diberi tugas dan amanah pihak eTiqa Takaful Berhad dan para klien dalam melancarkan urusan takaful.Dalam erti yang lain sebagai pemudahcara.

Masa,idea dan titik peluh perunding takaful keluarga amat bernilai dalam memastikan kehidupan anda dilindungi oleh instrumen takaful agar hidup lebih tenang dan tenteram pada masa kini dan masa akan datang.

Usah ragu lagi.Hubungi perunding eTiQa takaful yang berdekatan atau saya yang berdekatan anda sedia untuk dihubungi iaitu ditalian 019-8068007 atau melalui www.wasap.my/601134646975 ataupun email sahaja ke hanafiabdullah@agent.etiqa.com.my.

Sekian.Salam penuh mesra.Ingat Hero Borneo maka ingatlah eTiQa Takaful.

Iktibar Dari Kisah Pemandu Maut

$
0
0
Iktibar Dari Kisah Pemandu Maut ….Sejujurnya cerita ini kurang saya gemari.Namun demi tugas saya sebagai perunding eTiQa takaful keluarga perlu sangat untuk menyedarkan betapa pentingnya takaful sebagai mekanisma pelindungan pendapatan.Malang tidak berbau.Ajal juga tidak pasti bila berlaku.Doa kita agar dijauhkan perkara ini dari berlaku menimpa kita.Minta jauh-jauh.Sekiranya berlaku jua kita sudah bersedia sekiranya ada mencarum dalam takaful.

Kredit : Utusan Sarawak

Berikut adalah satu tragedi yang benar-benar berlaku di Sarikei Sarawak.Jom baca untuk dijadikan iktibar supaya kita besedia dengan apa jua risiko yang bakal melanda.

 Seorang lelaki maut selepas lori membawa muatan anak sawit yang dipandunya terlibat dalam kemalangan di Kilometer 18, Jalan Sarikei- Sibu di sini, pada 17 Mac 2017 yang lalu.
Dalam kejadian kira-kira pukul 8.30 pagi itu, mangsa berusia 30-an yang belum dikenal pasti identitinya itu terbunuh akibat cedera parah tersepit di tempat duduk.
Jurucakap bomba berkata, sembilan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Sarikei diketuai Abang Joharie Abang Senawi bergegas ke tempat kejadian untuk operasi mengeluarkan mangsa tersepit sebaik sahaja menerima panggilan pada pukul 8.54 pagi.
Katanya, tiba di lokasi kejadian, sebuah lori membawa muatan anak kelapa sawit dipandu seorang lelaki didapati terbabas dan terbalik di sebelah kiri jalan.
"Lori tersebut kemudian dapat ditarik ke atas jalan raya dengan menggunakan kren milik syarikat Cahya Mata Berhad (CMS) bagi memudahkan bomba mengeluarkan mangsa.
"Namun, pemandu terbabit disahkan sudah meninggal dunia oleh pihak ambulans di tempat kejadian dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini. -Sumber : Utusan sarawak
 

[nota admin]

Apabila seorang ketua rumah atau pencari rezeki utama meninggal dunia kesannya amat panjang.Anak dan isteri perlu untuk hidup seperti biasa.Hutang-hutang seperti rumah,kereta dan sebagainya siapa yang tolong bayar.

Hutang ditinggalkan siapa nak bayar

Kalau tiada hutang kita beruntung.Kalau ada siapa yang boleh bayar untuk kita yang dah jadi arwah atau mediang.Jadi dengan kesempatan ada nyawa yang berbaki ini apa kata cari perunding eTiQa Takaaful untuk dapatkan khidmat rundingan percuma.

Saya sudi membantu anda dengan kepakaran dan ilmu takaful yang ada.Tindakan anda yang bertindak cepat akan memberi makna kehidupan kepada waris yang sedia ada.

Sekian.Salam sayang semua.



“MEMBINA UKHUWAH DALAM MUA’MALAH’ 

Jururawat Menemui Ajal Akibat Kemalangan

$
0
0
Jururawat Menemui Ajal Akibat Kemalangan...Sedih memang sedih.Begitulah kejadian manusia pada hari ini.Bila-bila sahaja boleh menemui ajal.Sudah tentu kita tidak boleh menyalahkan ajal kerana perkara tersebut adalah confirm akan berlaku.Persoalannya ialah kita ada tak membuat perlindungan pendapatan sewaktu masih hidup.Kalau meninggalkan pun (tak minta ) kita sekurang-kurang kita ada meninggalkan sesuatu yang berharga buat pewaris.

Kredit : Google

Jom kita baca tragedi berikut agar menjadi iktibar supaya lebih berhati-hati ketika melintas jalan.

KUALA LUMPUR 10 April - Seorang jururawat wanita Hospital Melaka maut ketika melintas di Jalan Sultan Ismail menghala Jalan Kuching berhampiran Maju Junction di sini semalam.
Dalam kejadian kira-kira pukul 9.30 malam itu, mangsa Salbiah Ab. Raman, 33, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Pegawai Turus Jabatan Siasatan Perundangan Trafik Kuala Lumpur, Deputi Superintenden Shafie Daud berkata, siasatan awal mendapati, kejadian berlaku ketika mangsa sedang melintas jalan daripada kiri ke kanan sebelum dia dilanggar kereta dipandu lelaki berusia 24 tahun yang bergerak di lorong ketiga.

“Akibat pelanggaran itu, mangsa yang beralamat di Jalan Seri Krubong 3, Taman Seri Krubong, Melaka maut.

“Kita telah menghubungi waris mangsa dan bedah siasat dijalankan di Hospital Kuala Lumpur pada pukul 9 pagi hari ini manakala kereta terbabit di bawa ke balai untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Shafie memberitahu, pemeriksaan lanjut mendapati lokasi kejadian tiada kamera litar tertutup (cctv) dan tiada saksi bebas tampil membuat laporan.

Jelas beliau, pihaknya mendapati terdapat tempat melintas bagi penjalan kaki yang berada kira-kira 100 meter daripada lokasi kemalangan.


Tambahnya, kes disiasat di bawah Seksyen 41 ( 1 ) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. – Sumber : UTUSAN ONLINE

[Nota Admin]

Sebagai perunding takaful saya bertanggungjawab untuk mendidik masyarakat betapa pentingnya perlindungan pendapatan melalui caruman takaful.Perkara tersebut tidak boleh dijadikan alasan untuk menunggu gaji lebih,bisnes berkembang atau fikir dahulu.

Musibah boleh berlaku kepada sesiapa sahaja tanpa  mengira umur,jantina dan status.Tak kira sama ada duit atau tidak.Yang pentingnya sebelum berlaku apa-apa musibah, sila bersedia dengan Pelindungan Pendapatan melalui caruman takaful.

Sekia.Salam Sayang dan jumpa lagi.
 
Mohd Hanafi Abdullah
Perunding eTiQa Takaful
“ Membina Ukhuwah Dalam Mua’malah ”
















Kisah Suami Anak Satu Jadi Orang Kaya

$
0
0
Kisah Suami Anak Satu Jadi Orang Kaya…Betul betul memberi inspirasi bahawa untuk menjadi kaya bukan dengan satu laluan sahaja.Banyak laluan boleh dilalui.Misalnya cuma dengan aplikasi telefon pintar.Dengan kejayaan aplikasi tersebut beliau mampu memiliki kereta,rumah dan melancong secara mewah.Memang sangat mengujakan.Saya percaya anda juga boleh jadi sepertinya jika berani buat seperti apa yang dia dibuat.


Saya sebenarnya bukan seorang pakar atau guru Internet yang terkenal. Saya tidak ada akaun Facebook atau mempunyai akaun Twitter atau Instagram. Saya tiada blog pun. Saya tidak pernah jual apa-apa e-book atau memberi apa-apa seminar sebelum ini.

Mengapa?

Kerana saya malas semua itu. Saya sebenarnya suka buat duit yang datang secara sendiri secara automatik tanpa melakukan apa-apa pun. Dan paling best, saya sekadar bermain dengan telefon bimbit saya sahaja. Sebenarnya, tak main pun, sekadar satu klik butang MULA sahaja.

Baru-baru ini semasa sedang membeli barang di 7-Eleven, otak saya terfikir - mengapa mereka ini semua (termasuk ANDA) perlu kerja bertungkus-lumus dari pagi hingga ke malam sedangkan saya boleh lepak gitu aje dan bersenang-lenang buat duit beribu-ribu ringgit masuk ke dalam akaun Maybank saya tak buat apa-apa pun.

Jawapannya - ia adalah lumrah dunia... orang yang bekerja paling sedikit atau tidak kerja langsung adalah orang yang paling banyak duit dan orang yang paling banyak buat kerja selalunya yang termiskin. Fikir sendiri samada kenyataan saya betul atau tidak?

Yang membezakan hanyalah LUBANG yang digunakan.

Jadi, tahniah kerana mulai hari ini, dunia ini akan menjadi milik anda. Akhirnya, tiba pula masa untuk anda...


"Bebas Dari Cengkaman Bos Anda dan tidak akan diperkotak-katikkan lagi sampai bila-bila... Anda sendiri tentukan HIDUP dan MASA DEPAN anda sendiri selepas ini”


Dalam masa beberapa saat lagi, anda akan diboloskan dengan aplikasi rahsia yang selama ini di berikan kepada beberapa rakan saya sahaja dengan membayarUS$5,000 setiap seorang untuk mendapatkannya.

Kekayaan dari aplikasi ini telah membenarkan saya membayar dan melangsaikan segala hutang saya, membeli apa-apa yang saya mahu, lakukan suka hati apa yang saya mahu dan hidup bebas di mana-mana.


Kehidupan Saya Dulu Dalam Kenangan


Mungkin anda pernah dengar ini berpuluh-puluh kali, saya dulu juga sama sebijik seperti anda. Memang cukup letih dengan kehidupan saya sebelum ini. Saya tidak perlu berpanjang lebar terangkan mengapa saya kata "my life sucks" ketika itu, tetapi anda faham-faham sahaja lah kan.

Hanya kurang dari setahun yang lepas, hidup saya lain sekali dari sekarang….

Saya dulu bekerja sebagai seorang eksekutif di sebuah kilang di luar kota Kuala Lumpur. Gaji RM3,000 memang hanya sekadar cukup makan sahaja. Tetapi bekerja bak kata keluar rumah tak nampak cahaya, balik pun tak nampak cahaya.

Tetapi diri dan badan ini terpaksa terima sahaja demi sesuap nasi untuk saya serta keluarga saya. Setiap malam, anak berteriak menangis bertanya mengapa saya balik lewat setiap malam dan perlu tidur awal kembali kerana perlu bangun awal pada hari berikutnya. Saya hanya ada beberapa minit sahaja untuk berkata “hi” dan “goodnight” kepada isteri dan anak-anak saya setiap malam keranakeletihan kerja yang melampau.


Kerja Teruk, Tapi Gaji Kecil & Hutang Semakin Meningkat Dari Hari Ke Hari


Dalam pada itu pun, hutang makin meningkat dari hari ke hari. Gaji RM3,000 nampak macam banyak tetapi masih tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan keluarga. Setiap kali perlu duit, saya terpaksa gunakan kad kredit sehingga akibatnya saya sudah berhutang sejumlah RM150,000 dengan 10 syarikat kad kredit.

Bingung dan risau ketika itu. Boleh kata… bila-bila masa aje akan di istiharkan muflis! Kadang-kadang sebelum sampai pejabat saya akan menggigil-gigilsebelum keluar kereta oleh kerana stres melampau. Doktor terpaksa beri saya pil penenang jiwa Xanax malah suruh saya berhenti kerja sahaja kerana mungkin akan membahayakan nyawa jika terus bekerja lagi.


Tiba-Tiba Tuhan Ingin Membantu Saya


Ya, syukur ke hadrat Ilahi.

Di pejabat saya bekerja rapat dengan seorang programmer dari India yang agak genius dan pintar jugaklah. Kami memang rapat dan sering keluar makan tengah hari bersama.
Semasa kami makan tengah hari, saya meluahkan segala masalah saya kepada dia. Dia mendengar dengan penuh kesabaran.

Kemudian dia tersenyum dan mengajak saya ke parking basement syarikat kami untuk melihat kereta dia… alangkah terkejut melihat kereta dia ketika itu.. iaitu sebuah Porsche Panamera terbaru.

Saya pun tertanya-tanya bagaimana dia mampu membeli kereta yang bernilai lebih RM1juta ini? 

Dia kata oleh kerana dia ingin membantu saya dia akan bocorkan RAHSIA dia semata-mata untuk membantu saya kawan rapatnya… atau dalam bahasa omputeh lunch partner rapat dia.

[ nota admin]

Tidak dinafikan saya dan anda berimpian untuk kaya.Impian terdekat saya untuk mendekati orang kaya dan banyak duit.Tanpa berselindung saya mahu belajar dari mereka untuk mencipta kekayaan.dan dalam masa yang sama saya boleh memberi khidmat rundingan takaful kerana saya seorang perunding takaful.

Berbalik kepada kisah di atas  maka saya yakin kisah suami beranak satu ini benar.Bukan satu gimik yang gempak semata-mata.

Kisah tersebut boleh anda ketahui lebih lanjut di >>> KISAH ORANH KAYA

Iktibar Dari Wanita Maut Ketika Kereta Rempuh Pokok

$
0
0
Satu berita yang menyayat hati kerana Wanita Maut Ketika Kereta Rempuh Pokok.Memang betul kata orang malang tidak berbau.Namun sebelum malang atau musibah berlaku kita dinasihatkan untuk mengambil caruman takaful.Rasionalnya supaya kehilangan kita dari dunia ini tidak menyusahkan orang lain terutama bab hutang.Minta-minta dijauhkan.

Kredit : Utusaan Online

Berikut ialah satu berita yang berlaku pada 13 Mac 2017 di Ipoh,Perak.

Seorang wanita maut apabila kereta jenis Perodua Viva yang dinaikinya terbabas dan melanggar sebatang pokok di Jalan Jelapang di sini hari ini.

Jurucakap bomba berkata, pihaknya menerima panggilan kejadian tersebut pada pukul 9.30 pagi.

"Mangsa yang meninggal dunia berusia 46 tahun manakala seorang perempuan berusia 22 tahun yang menaiki kereta tersebut mengalami kecederaan," katanya- Sumber dari Utusan Online
 
[Nota Admin]

Saya faham bukan mudah untuk memberi kesedaran kepada orang ramai terutama tentang Perlindungam Pendapatan melalui carauman takaful.Faktor utama kerana pendapatan yang kurang memberangsangkan.Selain itu belum wujud kesedaran yang ‘kaw-kaw’ dalam hati mereka.

Atas sebab itu saya sebagai Perunding eTiQa Takaful Berhad amat mengalu-alukan kepada sesiapa yang ingin bertanya lebih lanjut.Bagaimanpun tawaran ini saya hanya buka kepada penduduk sekitar Samarahan dan Kuching dalam masa terdekat ini.

Sekian.Salam sayang dan jumpa lagi.
 

Mohd Hanafi Abdullah
Perunding eTiQa Takaful Berhad
Whatsapp : 011-34646975
“Membina Ukhuwah Dalam Mu’amalah’

Bersyukur Untuk Buka Pintu Rezeki

$
0
0
Mari kita Bersyukur Untuk Buka Pintu Rezeki.Saya tahu dan saya faham ramai yang menghadapi cabaran hidup yang sukar dan mencabar.Namun sesukar manapun hidup kita cuba letakkan diri untuk bersyukur dengan mengucapkan Alhamdulillah.Rasai nikmat kesyukuran tersebut benar-benar menyentuh lubuk hati nurani kita.

Kredit : temlor.net

Jom kita hayati dan perhatikan pesanan sifu IR Haji Ezwan Bin Moktar.Beliau merupakan pakar dalam ilmu Hukum Tarikan Islam.Salah satu ebook belaiu yang hebat ialah 5 Amalan Menjemput Rezeki.

Berterima kasihlah kepada Allah SWT yang telahmemberikan kita banyak sekali kebaikan dan kebahagiaan.Segala sesuatu yang kita miliki hari ini,

semuanya dari Allah SWT, kerana keberkatan dari Nya.Syukurilah atas semua nikmat Allah yang datang kepada kita.Kita sering lupa berterima kasih kepada Nya atas semuayang telah Dia berikan. 

Kita merasakan bahawa  yang ada pada diri kita adalah hasil kerja keras kita sendiri.Itu adalah ciri orang yang sombong.

Mungkin kerana itu, Allah menguji kita dengan memberi kita beberapa ujian seperti kekurangan, penyakit, kesedihan atau musibah lain.Tetapi semua itu bukanlah kerana Allah benci pada kita,malah sebaliknya.

Semua itu untuk menghapus dosa-dosa kita.Biasakan mengucapkan  ALHAMDULILLAH bila-bila pun dan di mana pun kita. Selepas makan, jika mendapat duit,selamat sampai destinasi, selesai bekerja dan sebagainya.

 Ucapkanlah bila-bila saja apabila kita mendapat rezeki,atau selepas selesai melakukan sesuatu. 

Ucapan Alhamdulillah sangat ringan, tetapi maknanya besar sekali. Allah sangat menyukai orang yang sering mengucapkan Alhamdulillah. Tanpa kita sedari, itu adalah pembuka pintu rezeki. kerana Allah akan menambah nikmat kepada mereka yang bersyukur. Inshaa Allah
.
[nota admin]

Bersyukurlah kerana berjaya menemui pesanan ini.Ia wajar kita amalkan bersama-sama.Lebih-lebih untuk bakal klien saya pada masa yang akan datang.Rasionalnya kerana memilih saya sebagai wakil takaful anda kerana saya akan membina ukhuwah selama mana yang boleh untuk anda.

Saya boleh dihubungi melalui www.wasap.my/601134646975 atau email sahaja ke hanafiabdullah@agent.etiqa.com.my.

Oh.Ya.Kalau ada yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut cara untuk menjemput rezeki agar masuk deras atau lancar sila dapatkan cepat-cepat  5 Amalan Menjemput Rezeki.

Pengajaran Dari 19 Penumpang Cedera Akibat Kemalangan

$
0
0
Pada kali saya nak kongsikan Pengajaran Dari 19 Penumpang Cedera Akibat Kemalangan.Mereka bukan pemandu.Sebaliknya mereka adalah penumpang bas sahaja.Kita mesti faham bahawa musibah boleh berlaku bila-bila masa dan di mana-mana sahaja.Sebagai perunding takaful saya bertanggunjawab untuk menyebarkan kepada umum isu tersebut.

kredit gambar : Utusan Malaysia

Kejadian ini berlaku pada 24 Februari 2017 di Kuala Kangsar.Seramai 19 penumpang cedera termasuk lima parah selepas bas ekspres dua tingkat yang dinaiki merempuh belakang sebuah treler di Kilometer 257, Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan di sini hari ini.
Dalam kemalangan pada pukul 2.30 pagi itu, mangsa yang parah terdiri daripada penumpang wanita antaranya patah kaki.

Difahamkan, ketika kejadiann bas berkenaan dalam perjalanan dari Kangar, Perlis ke Klang.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kangsar, Khairi Anuar Shaharuddin berkata, operasi menyelamat mangsa dilakukan sebaik sahaja pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 2.35 pagi.

“Ketika tiba di lokasi kejadian, didapati sebahagian penumpang yang cedera ringan telah keluar daripada bas manakala yang cedera parah masih berada di dalam bas.

“Penumpang yang cedera dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun di Ipoh untuk rawatan lanjut,” katanya. - UTUSAN ONLINE

[pesanan perunding takaful]

Mungkin ada yang berpendapat kita tidak perlu mencarum dalam takaful kerana pendapatan tidak mecukupi.Nak beli barang itu dan ini pun tidak lepas.Namun saya faham ada cara pengurusan wang yang cukup cekap boleh membantu anda mendapat duit untuk caruman takaful.

Jika masih juga tidak mampu cubalah berikthiar dan berusaha dengan petua dari >>> Orang Kaya Samarahan

Sekian.Salam sayang dan jumpa lagi.

Selamat Hari Jadi Haiqal Hazwan

$
0
0
Selamat Hari Jadi Haiqal Hazwan…Dalam artikel ini saya nak memberi ruang khas untuk penulisan buat anak saya yang sulung.Kini sudah masuk 14 Tahun dan bersekolah asrama di MRSM Betong.Semoga sukses dan sentiasa sihat menemaniya selalu.Aamiin.

Maaf kerana gambar tidak terang

Baru-baru ini ada cuti 3 hari.Sayangnya Haiqal Hazwan tidak balik ke Samarahan.Terpaksa dia tinggal di rumah emak saudaranya di Sri Aman.Sedih memang terasa.Namun terpaksa juga kerana kos untuk pulang  ke Betong agak tinggi.

Hari Jadi pada tahun ini tidak mampu kami sekeluarga raikan untuk dia  secara rasmi.Situasi sekarang belum stabil .Tambahan pesanan orang kaya Samarahan  belum lagi mengena sasaran.Kalau dah rezeki tak ke mana juga tu.

Hadiah terbaik dari ayahnya pada tahun ini merupakan artikel Selamat Hari Jadi yang ke –14 untuknya.In shaa Allah pada tahun-tahun mendatang rezeki akan mencurah-curah.

[Pesanan Hero Borneo]

Hari jadi bagus disambut secara sederhana sahaja.Bagi ucapan yang memberangsangkan dan kata-kata motivasi pun bagus juga selain kek sebiji.Risau juga kalau sambut hari jadi dengan kek yang diletak lilin.Risau macam agama lain buat.Sebab itu saya suka lagu Happy Birthday ditukar dengan Allah Sayangkan kamu.

Sekian.Salam sayang dan jumpa lagi.

Cara Hilangkan Perut Buncit Dalam 7 Hari

$
0
0
Pasti ada yang tercari-cari cara Hilangkan Perut Buncit Dalam 7 Hari.Saya macam kurang percaya.Sebab kalau ada lelaki yang mempunyai  perut buncit seperi wanita mengandung 7 bulan mana boleh hilang dalam seminggu.Walaupun begitu tidak salah mencuba dan tahap keberkesanan bergantung kepada tahap metabolisma badan masing-masing.


Informasi  ini saya perolehi dari dari grup wasap.Tidak dapat dipastikan siapa yang punya idea asalnya.Apa-apapun semoga pengirm tersebut mendapat ganjaran pahala yang berterusan.

Petua Hilangkan Perut Buncit Dalam Masa Yang Sangat Singkat… 

Jom baca dan kongsi…

Harini admin nak share 1 tips atau petua yang memang mujarab untuk hilangkan masalah perut buncit yang banyak menghantui rata-rata rakyat di Malaysia ini. Ramai yang dah cuba dan ternyata berkesan dalam masa satu minggu sahaja. Ya, satu minggu je uols.

Tips ini amat mudah sekali dan melibatkan bahan-bahan yang senang untuk didapati di pasaraya berdekatan korang.

Bahan-bahannya adalah :

1. Lemon(setengah)
2. Kurma(2 biji)
3. Secawan air suam-150ml
3. Bawang putih(4 ulas)

Cara-caranya adalah:

1. Kupas kulit bawang putih.
2. Blend semua bahan-bahan. Paling baik blend sekali dengan kulit lemon tu tau.
3. Tapis.
4. Minum 2 kali sehari sebelum sarapan dan sebelum tidur.

Kurma berfungsi untuk membantu mengurang rasa pahit selain khasiatnya yang tersendiri, Bawang putih pula untuk mengaktifkan penghasilan leptin iaitu horman yang mengurangkan selera makan, lemon pula boleh membakar lemak degil dan pada masa yang sama membuang toxin di dalam badan.
Selamat mencuba uols. Jika rasa tips ini berguna, share kepada kawan-kawan yang lain tau.

Terima kasih :

Kredit : Oh Kiji  
         
[nota admin]

Saya harap ia berkesan.Saya tidak mencuba kerana saya belum lagi buncit.Cuma tidak six pack sahaja.Itu tidak penting.Yang penting sekarang ini saya mesti ikut pesanan Orang Kaya Samarahan kalau nak berjaya.

Kalau ikut logik akal memang tak hairan perut yang sederhana buncii boleh berkurangan.Jika rasa sayang dengan perut buncit pun tak pe.Yang penting kekal sihat dan bertenaga setiap hari.

Kalau macam saya mesti bersedia untuk menemui bakal klien yang berminat.Mestilah menampil imej dan gaya yang menawan memikat jiwa.Pendek kata mesti ada rupa yang cergas,sihat dan berwibawa.

Sekian.Salam sayang selalu.  

Iktibar Dari Jutawan Kantau Luar [Edisi Kemaskini]

$
0
0
Sengnaja saya nak kongsikan satu iktibar dari jutawan kantau luar.Ia kisah benar yang berlaku di Sibu Sarawak.Semoga pendedahan ini juga memberi maksud kantauluar kepada mereka yang baru mengetahuinya.Selain itu memberi iktibar dan pengajaran.


jutawan kantau luar
Bot untuk jutawan

Ada satu kes seorang pekerja telah menggelapkan wang syarikat selama 4 ke 5 tahun tanpa sedari oleh tauke.Perkara ini baru terbongkar setelah pihak syarikat membuat audit.

Sebelum ini si pekerja  telah berjaya melakukan senyap-senyap.Dikatakan dia telah melakukan penjualan haiwan ternakan milik taukenya secara kantau luar.

Masyarakat tempatan faham apa maksud kantau luar.Istilah standardnya merujuk kepada pendapatan sampingan.Masalahnya pendapatan sampingan ini melalui cara yang salah.

Dalam kisah ini tak perlu kita fikir sangat sahih atau tidak  berita tersebut.

Bagi saya mudah sahaja.Apa-apa yang kita lakukan secara pecah amanah walaupun sepuluh sen tetap dosa.Wang tidak berkat dan hidup anda akan panas sepanjang masa.


Wang bukanlah segala-galanya walaupun segala-galanya memerlukan wang.Secara realistiknya wang cuma alat untuk memudahkan kehidupan.

Ada wang hati senang.Tak ada wang perasaan resah gelisah.Besarnya pengaruh wang usah cakap.Cerita tadi boleh menyokong pendapatan saya tentang wang.

Jadi apa iktibarnya?

Kepada saya dan juga anda semua jadikan amanah dan jujur itu satu sikap terbaik ketika mencari rezeki.Jika nak rezeki kaw-kaw baca ilmu yang dipesan oleh Orang Kaya Samarahan.Lagi bagus.

[nota admin]

Banyak cara untuk kaya.Namun pilihlah cara yang baik dan bukan cara kantau luar biarpun cara terrsebut boleh menyebabkan kita jadi Jutawan.Misalnya ada jutawan muda yang menjana kekayaan dengan menjual Sistem Rahsia Android

Buat makluman semua,kekayan yang berasal dari sumber yang baik akan membawa keberkatan,

Sekian.Salam sayang dan jumpa lagi.

p/s :Artikel asal ditulis pada April 2014

6 Bulan Koma Akibat Kemalangan

$
0
0
6 Bulan Koma Akibat Kemalangan..Malang tidak berbau dn Tiada sesiapa menduga ianya boleh berlaku.Begitulah kejadiaan yang menimpa seorang remnaja berumur 15 tahun koma selama 6 bulan akibat kemalangan dan akhirnya menemui ajal.Pasti perisiwa ini banyak menginsafkan kita bahawa ajal dan maut boleh datang tiba-tiba tanpa diundang.

Kredit Google imej


Jom kita ikut laporan berita seterusnya:

KUALA SELANGOR 16 April - Seorang remaja berusia 15 tahun yang koma selama enam bulan akibat kemalangan jalan raya pada 30 Oktober tahun lepas meninggal dunia di Hospital Sungai Buloh, Khamis lalu.

Mangsa, Muhammad Afif Syazwi yang berasal dari Tali Air 2, Sungai Burong di sini menghembuskan nafasnya yang terakhir kira-kira pukul 9.31 malam selepas mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan menerima rawatan di hospital itu sepanjang tempoh berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintenden Ruslan Abdullah ketika dihubungi hari ini mengesahkan kematian mangsa selain menyatakan pihaknya telah menerima laporan mengenai perkara itu.  

Mengulas lanjut mengenai kejadian kemalangan itu, Ruslan memaklumkan bahawa berdasarkan siasatan, mangsa dipercayai telah melanggar sisi kanan sebuah motosikal lain jenis Honda Wave yang dinaiki dua remaja masing-masing berusia 15 tahun yang datang dari Sungai Sireh menghala ke Ban Kenal di sini.

Mangsa ketika itu katanya, menunggang motosikal jenis Yamaha Sport dari arah yang sama.
"Motosikal yang dinaiki dua remaja itu kemudiannya membelok ke kanan untuk masuk ke Lorong 9 Sungai Sireh. Bagaimanapun, mangsa dikatakan gagal memberhentikan motosikalnya dan melanggar bahagian kanan motosikal yang dinaiki dua remaja terbabit.

"Akibat pelanggaran itu, mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan telah koma di Hospital Sungai Buloh. Sementara itu, penunggang motosikal Honda Wave mengalami patah tangan kanan manakala pemboncengnya patah kaki sebelah kanan dan kiri," ujar Roslan.

Dalam pada itu, Ruslan memberitahu kes itu pada awalnya disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 namun selepas pihaknya menerima maklumat mengenai kematian mangsa, siasatan ditukar di bawah Seksyen 41(1) akta sama iaitu memandu secara melulu dan menyebabkan kematian. - UTUSAN ONLINE.

[nota admin]

Saya merakam salam takziah dan al Fatihah kepada arwah.Semoga rohnya ditempatkan bersama orang-orang yang beramal soleh

Berita ini memang kurang enak.Namun kita tidak mampu berbuat apa- apa lagi setelah berlakunya kejadian.Kalau belum berlaku sekurang-kurang ada perlindungan pendapatan kepada kita.


Nak tambah pendapatan boleh belajar dengan Orang Kaya Samarahan.


Sebagai perunding eTiQa Takaful penyebaran informasi ini adalah untuk mendidik masyarakat supaya sedar untuk mengambil takaful kepada diri sendiri.

Saya berbesar hati untuk mendengar permasalahan atau pencerahan minda tentang takaful.Saya boleh dihubungi melalui www.wasap.my/601134646975
 

p/s : Baca untuk Belajar Buat Blog

6 Cara Untuk Pilih Takaful Di Sarawak

$
0
0
6 Cara Untuk Pilih Takaful Di Sarawak...Saya terpanggil untuk berkongsikan informasi ini kerana saya seorang perunding takaful di Sarawak.Saya cuba untuk menerangkan dan memberi pencerahan minda berdasarkan  satu ilustrasi yang saya kemukakan dibawah.Sekiranya belum faham saya boleh dihubungi untuk proses penerangan seterusnya.

Sumber : Facebook


1) Kadar Caruman

Kadar caruman tidak boleh dibuat sesuka hati.Sebagai perunding takaful saya mencadangkan kadar caruman berdasarkan keperluan dan kemampuan.Biarpun caruman takaful yang diambil murah namun jumlah perlindungan yang disediakan tidak mencukupi maka tidak berbaloi juga.

Saya memberi satu contoh yang mudah.

Ahmad yang baru berumur 25 tahun mempunyai pendapatan tahunan RM60K.Jumlah liabilitinya dan perbelanjaannya dalam sebulan berjumlah RM2500.Jika setahun jumlahnya adalah RM30K
Diandaikan jumlah perlindungan dalam takaful untuk Ahmad selama 20 tahun adalah RM600K.

Seandainya berlaku musibah seperti kematian atau lumpuh sepenuhnya ke atas Ahmad maka pihak takaful akan memberi pampasan berjumlah RM600K beserta dengan sejumlah simpanan yang telah dicarumnya ketika sihat dahulu.

Untuk jumlah perlindungan RM600K ,Ahmad cuma perlu mencarum RM5868.00 setahun.Jumlah ini mampu dibayar oleh Ahmad kerana wang tunai dalam tangannya adalah RM30K setahun

2.Terma dan syarat

Bahagian ini sangat penting.Perunding takaful memang dipastikan untuk memberi penjelasan yang tepat tentang terma dan syarat.Pihak pelanggan atau bakal pelanggan wajib faham.Sekiranya belum faham boleh soal jawab dengan perunding takaful yang berkenaan.

Terma dan syarat termasuk jenis caruman dan jenis perlindungan yang disediakan.Tempoh berapa lama,apa yang patut dituntut dan berapa jumlah tuntutan.

Malah terma dan syarat untuk tempoh bertenang selama 15 hari juga perlu dinyatakan.Misalnya para klien berubah fikiran maka mereka boleh menuntut bayaran balik untuk caruman pertama mereka.

3.Fokus pada yang perlu

Perunding Takaful main peranan dalam perkara ini.Mereka mesti melihat keperluan pelanggan.Para pelanggan yang belum ada pengalaman tentunya tidak mampu menganalisis tahap kewangan mereka.

Sebagai perunding takaful mereka membantu bakal pelanggan untuk memilih produk caruman yang terbaik dan berbaloi dengan keperluan semasa.

Fokus di sini bermaksud para pelanggan tidak wajar memikirkan jumlah caruman yang murah sedangkan risiko yang bakal mereka hadapi sangat tinggi.Misalnya mencarum produk murah tetapi mampu untuk menampung kos hidup jika berlakunya sebarang musibah.

Dalam senario yang lain pula pihak klien tidak boleh mencarum terlalu tinggi sedangkan tahap kemampuan mereka sangat rendah.Risiko untuk mencarum separuh jalan sangat tinggi.Jika keadaan ini berlaku para pelanggan yang rugi dan perunding takaful turut menerima tempiasnya.

4.Tarikh dan tempoh penting

Apa yang dimaksudkan di sini perunding takaful sangat dituntut untuk memberi peringatan kepada para pelanggan tentang tarikh kuatkuasa caruman,tempoh matang,tempoh bertenang,tempoh penyiasatan dan tempoh peralihan.

Istilah tersebut mungkin baru bagi pelanggan.Namun apa yang penting para pelanggan perlu sentiasa waspada dan prihatin dengan caruman takaful masing-masing.

Sikap tidak kisah mesti dielakkan agar apa-apa berlaku para waris mudah mendapat tuntutan.Perunding takaful juga mudah untuk mengurus tuntutan.

Saya harap para pelanggan boleh ingat perkara yang terpenting dalam hidup mereka iaitu tarikh mencarum bermula dan tempoh matang berakhir.

5.Pengecualian yang sedia ada

Satu perkara yang wajib pihak pelanggan ketahui sebelum dan semasa mencarum takaful adalah jenis pengecualian yang ada.Topik ini jelas dan tidak seharusnya ada kekeliruan.Saya pasti pembaca pun boleh faham apa yang nak saya sampaikan dari perenggan yang seterusnya.

Setiap pengendali takaful mempunyai jenis dan sistem yang berbeza.Dalam EtiQa Takaful misalnya ada ‘attachment payor waiver’.Sesiapa yang memilih pakej ini akan mendapat pengecualian seperti berikut.

Sekiranya pencarum yang membayar untuk anak mereka telah meninggal dunia maka caruman kepada anak mereka akan ditanggung oleh eTiQa Takaful sehingga tempoh matang.Tidak keterlaluan untuk saya katakan pengecualian ini bagaikan satu talian kedua untuk kehidupan anak kita biarpun kita sudah kembali buat selama-lamanya.

6.Kenali perunding takaful

Setelah kita bersetuju untuk mencarum takaful melalui perunding  takaful yang kita jumpa,maka bermula episod hubungan jangka panjang kita dengan mereka.Bukan setakat enam tahun.Selagi mereka ada caruman aktif maka kita boleh menghubungi untuk tuntutan dan sebagainya.

Sebab itu sangat digalakkan para pelanggan memilih perunding takaful yang ada komitmen tinggi untuk membantu para pelanggan mereka.Selain itu para pelanggan perlu memastikan mereka mudah dihubungi dan kita selesa dengan mereka.

Sungguhpun begitu perunding takaful zaman ini sangat profesional.Mereka ada budaya, etika kerja dan integriti yang tinggi.Cara mereka bekerja lebih banyak membantu pelanggan berbanding memikirkan komisyen dan ganjaran yang bersifat peribadi.

Berikut adalah ciri-ciri perunding takaful yang boleh anda pilih.

a)Jujur
b)amanah
c)suka membantu
d)ikhlas
e)Profesional
f)tidak mendesak

[nota admin]

Antara sebab saya memilih takaful sebagai kerjaya kerana ingin membantu insan lain menikmati kehidupan yang tenang,selesa dan bahagia.Saya ingin membantu dan saya ingin menolong orang lain seramai yang mungkin kerana manusia yang paling baik ialah insan yang paling banyak memberi manfaat untuk orang lain.

Kepuasan akan terasa setelah saya menerangkan dan memberi kesedaran bahawa instrumen takaful sangat membantu ketika kita tidak mampu berbuat apa-apa lagi.

Cabaran dan halangan untuk membuat kebaikan sudah pasti pelbagai arah.Namun tidak boleh saya jadikan alasan untuk merencat kemurnian perjuangan saya dalam meletakkan ekonomi ummah pada landasan kehidupan yang terbaik.

Sekiranya ada pembaca yang sudi untuk dibantu oleh saya sebagai Perunding eTiQa Takakul Berhad,sudah tentu tak cukup tangan,lautan China Selatan saya tadahkan.

Saya sedia berkhidmat dan saya boleh dihubungi di talian 019-8068007 atau www.wasap.my/601134646975ataupun email sahaja ke hanafiabdullah@agent.etiqa.com.my

Pendaftaran Affiliate Pendapatan Pasif Kini Dibuka

$
0
0
Pendaftaran Affiliate Pendapatan Pasif Kini Dibuka...Peluang untuk buat duit secara percuma sudah bermula.Sesiapa yang berminat jangan lepaskan peluang keemasan ini.Nak tahu berminat atau tidak sila lihat sendiri pada pautan yang telah saya nyatakan dibawah.


Caranya amat mudah.Tak perlu bayar apa-apa duit sebaliknya pihak penganjur membayar duit untuk kita.Lagi kuat kita mempromosi maka lagi besar kita berpeluang untuk dibayar komisyen.

Maklumat lanjut dan pendaftaran boleh dilakukan segera dalam pautan >>>INI


Projek Blogwalking Untuk Ukhuwah 2017

$
0
0
Lama juga tak buat projek blogwalking untuk ukhuwah 2017.Saya sibuk dengan projek besar buat duit dan projek murni membantu orang.Namun terdetik juga dalam hati saya untuk buat blogwalking sebagaimana aktiviti menjadi perantis blogger sewaktu ketika dahulu.

Credit : Google image

Saya nak mulakan projek blogwalking ini dengan senarai peserta kontest SEO anjuran tuan  Muhamad Anuar Marsib.Blog saya dengan artikel Belajar Buat Blog masih tersasar jauh dari landasan halaman utama Google.Tak lama keputusan akan keluar.Saya redha sahaja.

Dalam projek mega Blogwalking ini juga  saya juga nak mewar-warkan Cabaran Affiliate Mega 2017 yang menawar hadiah amat lumayan.Keseluruhan jumlah hadiah bernilai hampir RM50K.Hadiah utama pula kereta Axia.Kawan-kawan tidak terujakah…?

Sewaktu hendak membuat blogwalking ini saya ada dua pilihan.Nak guna blog  Wordpress.com atau blog dari blogger.com.Fikir punya fikir saya memilih untuk mengunakan blog Hero Borneo Dot Com.Lebih best buat blogwalking berbanding blog mrhanafi dot com.

[nota admin]

Saya tak nak cakap panjang.Saya nak bergerak untuk blogwalking.Sebelum itu saya bagi ingatan mesra kepada rakan-rakan blogger untuk menyertai Cabaran Affiliate Mega 2017



Info lanjut dan daftar segera di >>>DAFTAR PERCUMA
Viewing all 427 articles
Browse latest View live