Quantcast
Channel: Hero Borneo
Viewing all 427 articles
Browse latest View live

Belajar Buat Blog Jadi Gempak

$
0
0
Belajar Buat Blog Jadi Gempak…Bina blog tak susah.Pengisian blog itu yang mencabar dan perlu kepada disiplin iaitu kemahiran belajar buat blog.Selain itu mesti ada minat yang mendalam kerana menulis blog memerlukan artikel yang ditulis dari hati ke hati.Sekiranya ada teknik salin dan tampal lain cerita la pulak.Kerja mudah namun tidak memberi memberi kepuasan kepada jiwa.Orang akan marah lagi ada jika kita tidak memberi kredit dan backlink kepada penulis asal.

Belajar Buat Blog

Dalam artikel ini HB nak berkongsikan dua perkara supaya para blogger yang baru atau bakal blogger boleh menjadikan blog mereka gempak dan seterusnya boleh menjana duit sampingan setiap bulan.

Jika dah rezeki pasti boleh menjadikan blogger sebagai kerjaya utama yang dibanggakan oleh diri sendiri dan orang lain.Apa yang penting blog memberi manfaat kepada masyarakat dalam penyampaian ilmu dan informasi.

Sebagai blogger yang dah berkecimpung dalam dunia blogging sejak tahun 2012 memang wajar HB untuk berkongsikan perkara ini.Namun tidak bermakna HB seorang yang pakar dan hebat dalam bidang blogging.

Blog menjadi gempak jika ditulis dengan gaya bahasa yang tersendiri.Nak tulis panjang boleh.Nak tulis pendek pun tak ada masalah.Yang penting mesej sampai dan pembaca terhibur untuk membacanya.

Sebelum menulis blog, para blogger mesti banyak membaca agar banyak idea dan bahan penulisan juga menarik.HB sendiri, misalnya suka membaca blog kawan-kawan seperti blog Tuan Anuar iaitu www.coretannuar.com

Blog adalah platform peribadi untuk kita mengetengahkan jenama,idea dan perkongsian ilmu dengan orang lain.Kekadang perkara yang sama namun ditulis dan diulas dengan cara tersendiri menjadikan ia ada aura yang hebat.Kunci utama untuk menjadi blog menjadi gempak ialah keunikan persembahan dan gaya yang tersendiri.

Ciri-ciri ini dapat dinilai dari template,domain,tagline,headbanner dan pelbagai lagi.Malah kemesraan penulis blog sendiri yang rajin menjawab komen dan membalas blogwalking telah meletakkan blog kita semakin gempak dengan erti kata yang sebenarnya.

Para blogger sangat wajar untuk menulis blog dengan ayat dan idea yang asli.Tidak boleh menggunakan teknik tampal dan salin secara bulat-bulat.Orang akan tahu dan maruah blogger itu sendiri akan jatuh dibawah tapak kaki..

Sekiranya blogger dan bakal blogger ingin mendalami ilmu blog agar boleh menghasilkan blog menjadi gempak boleh muat turun ebook secara percuma dalam pautan dibawah:

{nota admin}



Artikel ini penyertaan HB untuk Contest SEO bertajuk Belajar Buat Blog. Contest ini turut disertai oleh ( akan dikemaskini )

  1. calrasepatrick.blogspot.com 
  2. nonasani.blogspot.my 
  3. missobsesi.blogspot.my
  4. sayidahnapisah.com 
  5. mommyfiqa.com
  6. bloggerlelaki.com 
  7. ciklapunyabelog.blogspot.my
  8. dianarashid.com 
  9. susahsenangblogger.com
  10. at-tarmizi.blogspot.my 
  11. myideakini.com
  12. amirkhalis.blogspot.my 
  13. sayabukancikgu.com
  14. messarah.blogspot.my 
  15. jangan-bukak.blogspot.my
  16. fadzirazak.com
  17. heroborneo.com
  18. nikkhazami.com
  19. misztrex.blogspot.my
  20. ummizarra.com 
  21. infopelajar2u.com
  22. sabreehussin.com
  23. topseofriendly.blogspot.my
  24. ummiseri.com
  25. saidila.com
  26. qiyasaad.com
  27. kataubaid.com

Google Ping

Belajar Buat Blog

$
0
0
Belajar Buat Blog .Bina blog tak susah.Pengisian blog itu yang mencabar dan perlu kepada disiplin iaitu kemahiran belajar buat blog.Selain itu mesti ada minat yang mendalam kerana menulis blog memerlukan artikel yang ditulis dari hati ke hati.Sekiranya ada teknik salin dan tampal lain cerita la pulak.Kerja mudah namun tidak memberi memberi kepuasan kepada jiwa.Orang akan marah lagi ada jika kita tidak memberi kredit dan backlink kepada penulis asal.

Belajar Buat Blog

Dalam artikel ini HB nak berkongsikan dua perkara supaya para blogger yang baru atau bakal blogger boleh menjadikan blog mereka gempak dan seterusnya boleh menjana duit sampingan setiap bulan.

Jika dah rezeki pasti boleh menjadikan blogger sebagai kerjaya utama yang dibanggakan oleh diri sendiri dan orang lain.Apa yang penting blog memberi manfaat kepada masyarakat dalam penyampaian ilmu dan informasi.

Sebagai blogger yang dah berkecimpung dalam dunia blogging sejak tahun 2012 memang wajar HB untuk berkongsikan perkara ini.Namun tidak bermakna HB seorang yang pakar dan hebat dalam bidang blogging.

Blog menjadi gempak jika ditulis dengan gaya bahasa yang tersendiri.Nak tulis panjang boleh.Nak tulis pendek pun tak ada masalah.Yang penting mesej sampai dan pembaca terhibur untuk membacanya.

Sebelum menulis blog, para blogger mesti banyak membaca agar banyak idea dan bahan penulisan juga menarik.HB sendiri, misalnya suka membaca blog kawan-kawan seperti blog Tuan Anuar iaitu www.coretannuar.com

Blog adalah platform peribadi untuk kita mengetengahkan jenama,idea dan perkongsian ilmu dengan orang lain.Kekadang perkara yang sama namun ditulis dan diulas dengan cara tersendiri menjadikan ia ada aura yang hebat.Kunci utama untuk menjadi blog menjadi gempak ialah keunikan persembahan dan gaya yang tersendiri.

Ciri-ciri ini dapat dinilai dari template,domain,tagline,headbanner dan pelbagai lagi.Malah kemesraan penulis blog sendiri yang rajin menjawab komen dan membalas blogwalking telah meletakkan blog kita semakin gempak dengan erti kata yang sebenarnya.

Para blogger sangat wajar untuk menulis blog dengan ayat dan idea yang asli.Tidak boleh menggunakan teknik tampal dan salin secara bulat-bulat.Orang akan tahu dan maruah blogger itu sendiri akan jatuh dibawah tapak kaki..

Sekiranya blogger dan bakal blogger ingin mendalami ilmu blog agar boleh menghasilkan blog menjadi gempak boleh muat turun ebook secara percuma dalam pautan dibawah:

{nota admin}



Artikel ini penyertaan HB untuk Contest SEO bertajuk Belajar Buat Blog. Contest ini turut disertai oleh ( akan dikemaskini )

  1. calrasepatrick.blogspot.com 
  2. nonasani.blogspot.my 
  3. missobsesi.blogspot.my
  4. sayidahnapisah.com 
  5. mommyfiqa.com
  6. bloggerlelaki.com 
  7. ciklapunyabelog.blogspot.my
  8. dianarashid.com 
  9. susahsenangblogger.com
  10. at-tarmizi.blogspot.my 
  11. myideakini.com
  12. amirkhalis.blogspot.my 
  13. sayabukancikgu.com
  14. messarah.blogspot.my 
  15. jangan-bukak.blogspot.my
  16. fadzirazak.com
  17. heroborneo.com
  18. nikkhazami.com
  19. misztrex.blogspot.my
  20. ummizarra.com 
  21. infopelajar2u.com
  22. sabreehussin.com
  23. topseofriendly.blogspot.my
  24. ummiseri.com
  25. saidila.com
  26. qiyasaad.com
  27. kataubaid.com

Google Ping

Rahsia Murah Rezeki Akibat Sedekah

$
0
0
Sebenarnya bukan lagi rahsia murah rezeki  akibat sedekah.Dah diberitahu  maka bukan rahsia lagi namanya.Saja la HB nak buat gempak.Sejujurnya HB tidak ada masa yang begitu banyak seperti dahulu untuk memgurus blog.Nak kata sibuk tak la sibuk sangat.Sedang sedang sahaja.Cuma fokus untuk Projek Besar 2017 perlu ditingkatkan.


Dalam artikel yang serba ringkas ini HB nak berkongsi cara untuk memurahkan rezeki.Mungkin kepada kebanyakkan orang tak gempak sangat.Cuma sebagai blogger yang masih Belajar Buat Blog maka sudah kemestian untuk memikirkan cara murah rezeki setelah bekerja dan berusaha sebaik baiknya.

Ada dua cara yang HB boleh kongsikan di sini.Cara ketiga perlu berjumpa dengan HB sendiri secara offline.Kita bincang dan sembang di kedai kopi.Nak juga tahu jomlah Whatsapp no 011-3464-6975

1.Sedekah

Perkara biasa.Tak ramai yang sanggup atau berani untuk melakukan sedekah luar biasa.Lagi-lagi dengan kewangan yang terhad.Lain la kalau selalu dapat komisyen dari Aplikasi Duit.

2.Syukur

Kita bersedekah kerana bersyukur.Kita akan bahagia apabila penerima bahagia menerima apa yang kita diberikan.Sedar tak kalau kita bersyukur maka nikmat akan digandakan.

[nota admin]

Rahsia murah rezeki dapat disimpulkan dengan bersedekah dan bersyukur.Lagi banyak kita bersedekah maka lagi banyaklah kita merasai nikmatnya kebahagian tersebut.

Perkara susah menjadi mudah.Perkara sikit menjadi banyak.Sama-sama kita bersedekah untuk murah rezeki.

Dapat BR1M 2017 Untuk Beli Aplikasi Duit

$
0
0
Dapat BR1M 2017 Untuk Beli Aplikasi Duit…Dah ramai yang tunggu.Ramai yang menanti.Biasalah dah dinamakan duit.Semua orang nak duit.Sebab duit adalah keperluan utama untuk kehidupan yang semuanya memerlukan duit.

Aplikasi Duit

HB pasti dengan adanya duit dari BR1M 2017 maka menjadi kemudahan bagi sesetengah orang untuk membeli APLIKASI DUIT.Perlu HB jelaskan bahawa Aplikasi Duit bukan cara mudah untuk mendapat duit.Ia cuma satu aplikasi yang penuh berinovasi untuk promosi online.

Adanya Aplikasi Duit maka mudah untuk para peniaga online khususnya untuk membuat kerja-kerja promosi.Harga tidak dinafikan agak mahal namun berbaloi dengan keuntungan yang  bakal mereka perolehi.

Kerja-kerja pemasaran boleh dilakukan menggunakan telefon pintar sahaja.Boleh disasarkan kepada pengguna media sosial.Pengguna Facebook boleh dipromosi ke dalam group-group apa sahaja.Begitu juga dengan pengguna Whatsapp.Tugas anda cuma membina ayat iklan dan meletakkan pautan laman web,Facebook Page,blog atau apa sahaja pautan yang berkaitan ke dalam aplikasi tersebut.Ya,tugas promosi semakin mudah jadinya.

Selain media sosial boleh juga diletakkan dalam blog.Lebih-lebih lagi kalau pandai buat blog.Nak pandai boleh Belajar Buat Blog.Ada blog maka  ada kemudahan untuk membuat promosi.Bonusnya ada Aplikasi Duit.

HB berharap bila dapat duit BR1M 2017 jangan berbelanja dengan boros.Untuk beli Aplikasi Duit sangat digalakkan kerana ia adalah aset menjana duit secara berterusan.Aset yang HB kelaskan sebagainya alat pemasaran penuh berinovasi abad ini.

Pelaburan untuk mendapat Aplikasi Duit  titik tolak kepada peniaga Online.Bisnes anda akan meletup dan melonjak naik dengan kuasa promosi menggunakan Aplikasi Duit.HB tidak menjanjikan bulan dan bintang.Apa yang pasti HB akui potensi dapat keuntungan dan peningkatan jualan melonjak jika ada pemasaran yang efektif.Antaranya menggunakan Aplikasi Duit.

[admin]

Sekali lagi HB ingakan.Bila dapat duit BR1M 2017 maka berbelanja dengan bijak.Simpan sahaja jika tiada perancangan untuk membeli sesuatu keperluan.Namun bagi para peniaga online yang memerlukan alat promosi maka pembelian Aplikasi Duit adalah keputusan yang bijak,tepat dan berani untuk mencipta kejayaan.

Aplikasi Duit bukan untuk mereka yang kurang rajin,kurang minat promosi dan tiada kemahuan untuk dapat duit online.Jika sebaliknya Aplikasi Duit adalah alat promosi yang sesuai dengan keperluan anda.

Maklumat lanjut boleh dilayari dalam pautan  >> SAYA NAK MEMILIKI APLIKASI DUIT HARI INI JUGA

3 Perkara Yang Wajib Diketahui

$
0
0
Kisah ini  berkaitan 3 Perkara Yang Wajib Diketahui,HB  mohon untuk dikongsikan dan tidak pasti siapa penulis asal kisah ini.Sungguhpun begitu HB cuba ubahsuaikan sedikit sebanyak agar mesej dan moral cerita tepat kepada sasarannya.Semoga pemilik asal cerita ini mendapat limpahan pahala yang berterusan.

Cinta Yang Terbaik Mesti dibuktikan dengan HIBAH

Sepasang pengantin baru yang sangat miskin tinggal di ladang yang kecil. Mereka ini masih muda. Pada suatu hari si suami membuat cadangan berikut kepada isterinya.

“Sayang, saya akan meninggalkan rumah ini. Saya akan mengembara jauh, untuk mencari pekerjaan dan bekerja keras supaya dapat memberikan kamu kehidupan yang selesa yang selayaknya kamu dapat.  Saya tidak tahu berapa lama saya tinggal jauh dari kamu, cuma satu yang saya pinta, tunggu kepulangan saya, dan sepanjang kepergian saya, kamu harus setia kepada  saya, kerana saya akan setia kepada kamu.Sebagai memeterai janji tersebut mereka menurunkan tandatangan sebagai bukti hitam dan putih satu perjanjian.

Isterinya bersetuju, jadi pemuda itupun pergi. Dia jalan berhari-hari sehingga akhirnya dia bertemu dengan seorang peladang yang memerlukan pekerja. Pemuda itu menawarkan khidmatnya. Dia diterima. Oleh itu dia membincangkan syarat-syarat dengan majikannya.

“Saya akan bekerja selama mana yang saya mau dan apabila saya ingin pulang, tolong lepaskan saya daripada pekerjaan saya. Saya tidak mau menerima gaji saya. saya mau kamu simpankan itu untuk saya, sehingga pada hari saya akan pergi. Pada hari saya memutuskan untuk pulang, tolong berikan wang saya.”

Mereka sama-sama bersetuju. Jadi, pemuda itu bekerja selama dua puluh tahun tanpa  cuti dan tanpa rehat. Selepas dua puluh tahun, dia mendatangi majikannya dan berkata, “Tuan, saya mahukan wang saya, kerana saya ingin pulang.”

Majikan itu menjawab, “Baiklah, lagipun saya telah membuat perjanjian dengan kamu dan saya mematuhinya. Bagaimanapun, sebelum kamu pergi saya ingin menawarkan kepadamu sesuatu yang baru. Saya akan berikan semua wang kamu dan benarkan kamu pergi; atau saya berikan kamu tiga nasihat, tetapi kau tidak akan dapat wang itu. Sekarang, pergilah ke bilikmu dan fikirkan keputusanmu.”

Dia berfikir selama dua hari. Kemudian dia pergi berjumpa dengan majikannya dan berkata, “Saya mahukan tiga nasihat itu.”

Majikan itu menekankan semula, “Jika saya berikan kepadamu tiga nasihat, kamu kehilangan wangmu itu.”

Pemuda itu menjawab, “Saya mahu tiga nasihat itu.”

Kemudian majikan itu memberikan tiga nasihat:

1. Jangan mengambil jalan pintas dalam kehidupanmu, jalan pintas dan tidak diketahui boleh membahayakan nyawamu.

2. Jangan sekali-kali terlalu ingin tahu, kerana keingintahuan terhadap kejahatan boleh membunuh.

3. Jangan membuat keputusan ketika dalam kemarahan atau kesakitan, kerana  apabila kamu menyesal, itu sudah terlambat.

Selepas memberikan tiga nasihat ini, majikan itu berkata kepadanya, “Di sini   ada tiga buku roti untukmu, dua untuk kau makan semasa dalam perjalanan dan yang terakhir adalah untuk kau makan bersama isterimu setelah kau sampai di rumah nanti.”

Jadi, pemuda itupun pergi, selepas dua puluh tahun jauh dari rumah dan isterinya  yang dia sangat cintai.Untuk benar-benar cintakan isteri mestikan HIBAH sesuatu.

Selepas lima hari perjalanan, dia bertemu dengan seorang lelaki yang menyapa dia dan bertanya, “Ke mana kau pergi?”

Pemuda itu menjawab, “Ke suatu tempat kira-kira 20 hari perjalanan jika saya terus berjalan.

Orang itu berkata kepadanya, “Wahai pemuda, jalan itu sangat panjang! Saya tahu jalan pintas yang sangat selamat dan kau akan sampai dalam masa 5 hari sahaja.”

Pemuda itu mula ikut jalan yang dicadangkan, tetapi kemudian  dia teringat nasihat yang pertama. Lalu dia kembali mengikut jalan yang panjang. Beberapa hari kemudian dia ketahui bahawa jalan pintas itu membawa kepada serangan hendap.

Selepas beberapa hari perjalanan lagi, dia dapati rumah tumpangan di tepi jalan, di mana dia boleh berehat. Dia membayar sewa bilik dan setelah mandi dia baring untuk tidur. Pada malam itu dia terbangun kerana dia mendengar  jeritan yang menakutkan. Dia bangun dan pergi ke pintu untuk melihat apa yang berlaku. Ketika dia hendak membuka pintu, dia ingat nasihat yang kedua. Oleh itu dia kembali, baring dan tidur semula.

Esoknya, selepas sarapan, pemilik rumah tumpangan itu bertanya kepadanya sama ada dia tidak mendengar jeritan malam itu. Pemuda itu mengesahkan bahawa dia telah mendengar.

Kemudian tuan rumah itu berkata, “Kamu tidak ingin tahukah apa yang berlaku?”

Pemuda itu menjawab, “Tidak.”

Tuan rumah itu berkata, “Kamulah tetamu pertama yang meninggalkan rumah ini hidup-hidup. Jiran saya benar-benar gila. Dia biasanya menjerit pada waktu malam untuk menarik perhatian orang. Apabila tetamu keluar, dia membunuh mereka dan menguburkan mayat mereka di belakang rumah.”

Pemuda itu meneruskan perjalanannya, tak sabar-sabar sampai lebih awal.

Selepas beberapa hari dan malam berjalan, pemuda itu sangat penat, tetapi akhirnya dia nampak rumahnya  dari jauh. Waktu itu sudah malam. Ada cahaya dari tingkap dan dia nampak bayang-bayang isterinya. Tetapi dia lihat isterinya tidak bersendirian. Pemuda itu datang lebih dekat dan melihat ada seorang lelaki bersama isterinya.

Dia memutuskan untuk menyerbu dan membunuh mereka berdua tanpa belas kasihan. Bagaimanapun, dia menarik nafas panjang dan mengingati nasihat yang ketiga. Lalu dia berhenti, dia memutuskan untuk tidur di luar pada malam itu. Dia tidur di semak, memutuskan untuk membuat keputusan esoknya.

Setelah pagi, dia lebih tenang dan dia berkata dalam hati,  “Saya tidak akan bunuh isteri saya dan kekasihnya. Saya akan kembali kepada majikan saya untuk meminta dia terima saya semula. Tetapi sebelum saya pergi, saya mau katakan kepada isteri saya bahawa  selama ini saya tetap setia kepadanya.”

Dia ke pintu dan mengetuk. Apabila isterinya membuka pintu dan mengenali dia, si isteri menangis dan memeluknya dengan perasaan yang gembira sekali. Suami itu cuba menolak isterinya tetapi tidak berdaya. Kemudian, dengan linangan air mata dia berkata kepada isterinya, “Saya tetap setia padamu tetapi   kamu menghianati  aku.

Isterinya terkejut, lalu dia menjawab, “Bagaimana saya menghianati kamu?

Saya tidak pernah menghianati.

Saya dengan sabar menanti  kamu selama dua puluh tahun.”

Kemudian si suami bertanya, “Bagaimana dengan lelaki yang kau usap-usapi semalam?”

Isterinya menjawab, “Lelaki itu adalah anakmu. Ketika kamu pergi, saya dapati saya sudah mengandung. Hari ini genaplah umurnya yang kedua puluh tahun.”

Setelah mendengarnya, si suami memohon ampun dari isterinya. Dia berjumpa dan memeluk anaknya. Kemudian dia menceritakan semua yang dia alami selama pemergiannya. Sementara itu, isterinya menyediakan minuman untuk mereka makan besama roti terakhir yang diberikan oleh majikan si suami.

Selepas doa kesyukuran, dia  mematahkan roti itu. Di dalam roti itu dia melihat wangnya, semuanya. Bahkan, wang itu lebih daripada gaji yang sepatutnya dia terima bagi kerjanya yang dedikasi selama dua puluh tahun.Sebenarnya nak cari wang boleh guna Aplikasi Duit

[admin]

Semoga cerita ini memberi pengajaran kepada kita semua.Pemahaman HB mudah sahaja.Ada tiga perkara yang mesti kita faham dan wajib ikuti  terutama dalam pengurusan kewangan.

1.Perlindungan
2.Simpanan
3.Pelaburan

Tiga perkara tersebut boleh diperolehi jika kita mencarum dalam takaful dan dalam yang sama boleh membuat Hibah kepada orang yang tersayang.

In shaa Allah jika masih diberi kesempatan untuk mendapat 3 perkara tersebut HB sedia membantu kalian.

Mohd Hanafi Abdullah
Perunding Takaful Keluarga
WhatsApp : +6011-3464-6975
Hotline Care: 19-806-8007

“Membina Ukhwah Dalam Mu’malah”

Fahami 3 Kepentingan Hibah Takaful

$
0
0
Mari kita fahami 3 Kepentingan Hibah dalam kehidupan.Memang diakui ada yang tersilap pandang perkara ini.Namun sebagai Perunding Takaful Bertauliah amat wajar saya mengupas serba ringkas tentang Hibah.Kupasan secara lanjut dan terperinci hanya hanya boleh dilakukan dengan berjumpa terus,personal mesej dan sebagainya.

Sekadar gambar hiasan

Hibah takaful adalah pemberian sejumlah duit (bukan Aplikasi Duit ) kepada seseorang yang setelah kita meninggal dunia tanpa pengiraan sistem faraid dan pembahagian harta pusaka.Sejumlah duit ini boleh dituntut oleh pewaris dengan mudah,cepat dan telus melalui kendalian pihak takaful.Proses tersebut hendaklah lengkap dengan dokumen yang diperlukan.

Kredit kepada pemilik asalnya

Berikut adalah 3 kepentingan Hibah Takaful.Tolong baca dengan hati yang ikhlas.Baca dengan fikiran yang tenang agar lebih mudah faham.Tak faham tak pe.Boleh jumpa saya secara peribadi.Khidmat nasihat dan perkongsian ilmu percuma sahaja.Kalau nak belanja secawan kopi amatlah digalakkan.(gurau sahaja)

Kredit kepada pemilik asalnya


1.Selesaikan hutang si peminjam

Orang kata tak berhutang tak ada barang.Barangkali cara pemikiran ini kurang bijak.Ya memang betul.Sebab kemampuan duit tunai kita amat terhad.Kita terpaksa bekerja dan menunggu hujung bulan untuk menerima gaji sama ada kepada pekerja sektor awam atau swasta.Kita berhutang untuk membeli rumah,kereta,kahwin dan sebagainya.Ditakdirkan kita meninggal dunia lebih awal.Tak minta tetapi itulah ajalnya.Kita meninggalkan hutang RM300 ribu.Namun oleh sebab kita sudah mencarum dalam takaful maka pewaris dapat RM700 ribu.Duit tersebut boleh digunakan untuk membayar hutang dan pewaris kita pula ada duit tunai untuk meneruskan kehidupan.

Harimau mati meninggalkan belang
Manusia mati meninggalkan hutang

2.Tiada kos guaman dan mahkamah

Dalam takaful segala proses menuntut duit yang dihibahkan tidak rumit.Borang yang diisi perlu lengkap dengan dokumen yang diperlukan.Tidak perlu kos tambahan kerana tidak perlukan peguam dan pihak makhamah.Sesiapa yang faham dan sedar perkara ini tentunya tidak sabar untuk berjumpa HB atau menunggu panggilan HB supaya cepat-cepat mencarum dalam takaful dan membuat hibah kepada pihak pewaris.Perlu HB war-warkan juga bahawa Hibah bukan untuk orang Islam semata-mata.Sistem hibah adalah untuk semua dan salah satu kebaikan dalam muamalah Islam untuk masyarakat secara keseluruhannya.

3.Mengelak perebutan harta ( duit )

Sifat semulajadi manusia adalah tamak.Atas perasaan tamak mereka sanggup berebut harta tinggalan ibubapa dan bersengketa antara adik beradik.Penyelesaian terdekat menggunakan sistem Hibah.Namun jangan terlambat.Hibah dibuat ketika pemilik masih hidup dan menamakan siapa sahaja yang diingininya.Tak kira seorang pewaris atau orang yang diyakini untuk menerima sejumlah duit yang dihibahkan.Duit tersebut sah milik penama yang dihibahkan.Sah dalam undang-undang.Sebab itu jangan lukakan perasaan orang yang banyak duit ini.Takut mereka tidak hibahkan duit mereka untuk kita.

[ Baca juga >>>Belajar Buat Blog ]

Kredit kepada pemilik asal grafik tersebut


[admin]

Mungkin pada hari ini kita tak kisah akan kepentingan hibah.Namun setelah kita meninggal dunia ( tak minta tetapi confirm ) segala duit dalam akaun bank,ASB.Tabung Haji,Public Mutual,Bon Saham dan sebagainya akan dibekukan.Proses menuntut segala harta tersebut mengambil masa yang panjang.Paling cepat pun dua tahun.

Bayangkan dalam masa dua tahun pelbagai bayaran perlu dijelaskan setelah pencari rezeki utama tiada lagi dalam dunia ini.Dari mana untuk mendapatkan sumber duit tunai dalam masa yang singkat.


In shaa Allah jika pencari rezeki utama ada menghibahkan duit melalui caruman takaful maka kos hidup semasa tempoh tuntutan boleh ditampung sekiranya berlaku perkara yang kurang disukai tetapi pasti iaitu kematian.

Jadi mahu atau tidak mahu proses menghibahkan sejumlah duit mesti dilakukan untuk kebaikan orang yang kita sayang.Kita pergi mereka 'sayang'.Kita masih hidup lagilah mereka sayang.

Sebagai syarat dan bukti sayang kepada orang tersayang buat hibah hari ini juga.Jangan tunggu sampai esok.

ps: Anda boleh menghubungi Perunding EtiQa Takaful  seperti yang saya nyatakan dibawah :


1.Mohd Hanafi Abdullah (Kota Samarahan) = 011-34646975

2.Tuan Ahwan Haji Wahab (Kota Samarahan ) =  012-8227741

3.Ahmad Asyaf Senian (Kota Samarahan ) =  019-8942517

4.Nackles Sebi (Miri) = 013-8079360

5.Hisyamuddin Bin Nasir (Miri,Berkenu,Niah) = 014-6909462

6.Awangku Muhammad Usahamah ( Kuching) = 016-8001576

7.Nursharmila Adilla  (Kota Samarahan ) = 014-5587428

Misteri Keajaiban Aplikasi Duit Terungkai

$
0
0
Tak sangka Misteri Keajaiban Aplikasi Duit Terungkai.Sebab benda yang sukar pasti ada jalan penyelesaian.Kini Hero Borneo sudah menemuinya.

Ironinya Aplikasi Duit  menjadi misteri kerana dikatakan boleh menghantar duit beribu-beribu ke dalam bank .Realiti tidak begitu.Aplikasi duit cuma satu aplikasi promosi online yang mudah untuk digunakan.



Satu klik sudah cukup untuk di’paste’kan ke atas mana-mana media sosial.Nak buat di Facebook  atau Whatsapp.Itu terpulang kepada pemiliknya.

Apa yang ada dalam Aplikasi Duit kita bongkar sama-sama.Sebelum itu kena beli dulu.Maaf harganya agak mahal.Namun berbaloi kalau digunakan dengan betul sebab memudahkan kerja-kerja promosi.Malahan kerja-kerja promosi boleh dilakukan melalui telefon pintar jenis android.Lain-lain tak boleh.


Dalam aplikasi tersebut ada disediakan panduan penggunaan.Cuba fahami dan buat seperti yang diarahkan.Buat sampai bila.Bagi Hero Borneo buatlah sampai nak rasa muntah.Selepas itu tengok ada hasil atau tidak.


Dalam banyak aspek sudah tentu bahagian ini yang Hero Borneo suka.Kita boleh letak ayat promosi dan link promosi.Simpan dan boleh buat promosi secara online produk atau perkhidmatan kita sendiri.Inilah misteri yang ramai tak tahu.Aplikasi Duit ada kelebihan untuk membuat promosi copy and paste,

Masih nak tahu lebih lanjut  maka Hero Borneo sarankan anda semua terus klik di pautan >>> SAYA NAK

4 Teknik Lejen Perunding Takaful Dapat Jualan

$
0
0
Tak sangka saya baru jumpa 4 Cara Lejen Perunding Takaful Dapat Jualan.Informasi ini saya godek dari forum internet carigold sekitar tahun 2007.Ia sangat relevan walaupun kita kini sudah berada di alam media sosial yang sangat meluas penggunaannya.

Saya pasti ramai yang dah mencuba dan ingin mencuba.Saya tak nak cakap panjang,Kita hadam bersama-sama apa yang telah dikongsikan oleh lejen Perunding Takaful tersebut.Saya cuma tambah dan ubahsuai agar penulisan lebih santai serta tidak lupa kredit kepada penulis asal atas perkongsian pengalamannya.

Ada sales ada duit

1).Teknik kenali siapa prospek

Tak kenal maka tak cinta.Memang betul la.Kita wajib tahu siapa prospek.Apa pekerjaan dan gaya hidup mereka.Ada prospek yang bekerja dalam perkhidmatan awam dan swasta.

Dua golongan ini pula terbahagi kepada orang yang kita kenal dan orang yang kita tidak kenal.Kecenderungan pasaran pula 1 peratus kepada orang yang dikenali dan 99 peratus untuk orang tidak dikenali.Sebab itu carilah orang yang tidak dikenali kerana di situlah ada lubuk emas.

Nak ke  Belajar Buat Blog

Selain itu prospek pula terbahagi kepada 4 peringkat umur.Mereka terdiri dari Kanak-kanak,remaja,dewasa dan usia emas.Prospek yang kita nak cari  adalah cari golongan dewasa yang ada kemampuan kewangan.

2.Teknik personal (table talk)

Kebanyakan prospek terdiri dari saudara mara,kawan kawan dan senarai nama kenalan  yang kita miliki.Kita buat temujanji dan dapatkan fakta kewangan mereka untuk menilai sama ada  layak atau tidak  mereka mencarum dalam takaful.Kelebihan cara ini mudah untuk dapat jualan jika persembahan untuk produk menyakinkan,jelas dan difahami oleh prospek.

Teknik ini wajib dikuasai oleh perunding takaful yang baru dan yang lama mesti konsisten untuk melakukankannya.Seorang perunding takaful yang bagus mestilah ada 3 temujanji setiap hari.Dalam seminggu boleh jumpa 21 orang prospek dan sebulan dah cecah 84 orang prospek. Kalau dah jumpa 84 orang prospek in shaa Allah boleh dapat 10 jualan yang bernilai RM10 Ribu (bayaran tahunan).

Kelemahan teknik ini adalah  modal berbentuk duit  kerana untuk berjumpa orang memerlukan duit untuk minum,minyak kereta,bayaran parking dan bil telefon.Selain itu ada juga prospek berubah fikiran saat akhir dan banyak alasan untuk tidak berjumpa dengan kita.Dengar khabar ada juga yang putus kawan semata-mata kita menjadi perunding takaful.

3.Teknik buka kuanter

Kaunter boleh dibuka dimana-mana janji ada orang.Kalau tak ada orang tak ada mananya juga.Teknik ini sangat sesuai kepada mereka yang ada muka tembok (kalis malu) dan hati kering ( never give up person).Penolakan adalah nombor satu.Kisah tidak layan nombor dua.Malah kena marah mungkin nombor tiga kot.

Teknik buka kaunter  sangat bagus untuk mendekati prospek yang langsung tidak dikenali.Dalam banyak prospek yang lalu lalang pasti ada yang berminat dan berpotensi.Mereka mungkin satu dalam seribu.Sebab itu perunding takaful mesti tahan lasak untuk buat prospekting tanpa henti.

Kelemahan teknik ini adalah kos berbentuk duit.Nak buka kaunter mesti dibayar pengerasnya.Rata-rata pengeras memang mahal kecuali buka kaunter ditepi jalan.Lagi mahal kalau kaunter dibuka dalam shopping mall.

4.Teknik Soal selidik

Satu teknik yang bagus juga.Sediakan soalan soal selidik yang mudah difahami dan ringkas.Teknik ini memudahkan kita mendekati prospek.Kita boleh tahu status kewangan dan jenis pekerjaan mereka.

Teknik soal selidik sangat berkesan jika diguna melalui kaunter jualan.Bagi cenderahati yang menarik seperti pen atau buku nota.Setiap orang yang kena soal selidik akan dapat manfaat.Kata orang kampung saya  ‘win-win situation’.

Kelemahan teknik ini tak berkesan jika prospek ‘menipu’ kita.Mereka main-main tetapi kita buat yang serius.Prospek yang tidak dikenali ini pelbagai ragam dan soal selidik yang kita buat menepati sasaran jika mereka didekati dengan cara kurang selesa.

5.Teknik seminar ringkas

Dalam banyak-banyak teknik di atas  sudah tentu teknik seminar ringkas sangat powerful untuk dapat jualan.Semasa seminar ringkas yang mengambil masa 45  minit hingga 1 jam mampu membuka minda dan memberi memberi kesedaran tentang keperluan takaful dalam hidup seseorang.Lebih-lebih lagi penceramah tersebut ada aura dan kuasa mempengaruhi yang sangat tinggi.Jualan boleh dilakukan dalam kumpulan yang ramai.

Teknik ini berkesan kerana membolehkan prospek fokus dengan apa yang disampaikan.Bahkan mereka sudah meluangkan masa emas tersebut untuk kita.Jadi pergunakan masa emas itu untuk dapatkan emas juga.

Kelemahan teknik ini mengambil masa yang lama kerana perlu kelulusan dari pihak yang berkaitan.Selain itu tidak ramai perunding takaful yang berani untuk membuat pengucapan umum kepada sekelompok manusia.Sedangkan jumapa ‘one by one’ dah gelabah.Inikan pula kepada sekumpulan manusia yang ramai.

[admin]

Walau hebat manapun teknik lejen tersebut tiada guna kalau sekadar dibaca sahaja tetapi tidak diamalkan.Pernah saya terimaginasi sebagai orang yang sangat berjaya dalam dunia takaful.Pada ketika itu ada orang bertanya amalan saya sehingga boleh mencipta kejayaan tersebut.

Saya tersenyum seraya berkata ‘' jangan cakap sahaja tetapi buat apa yang dikata.”

Sekian.Salam sayang dan selamat  beramal serta jangan lupa untuk mencuba inovasi tool promosi  terhebat alaf ini iaitu APLIKASI DUIT.

Mohd Hanafi Abdullah
Perunding Takaful Bertauliah
WhatsApp : +6011-3464-6975
Hotline Care: 19-806-8007

“Membina Ukhwah Dalam Mu’malah”

3 Cara Mudah Menarik WANG

$
0
0
Betul kah kalau ada 3 Cara Mudah Menarik WANG. Kenyataan ini seperti tak benar.Susah nak percaya.Namun belum cuba belum tahu.Jika nak tahu jom baca habis info yang saya perolehi dari sifu bidang Law Of Atraction Dr Ir Izwan.Jom baca ramai-ramai.



Sebenarnya kita tidak perlu untuk bekerja keras untuk wang.Kita boleh menarik wang dengan mudah dengan menggunakan minda.Beberapa tindakan diperlukan untuk menerima wang,tetapi kuasa pemikiran adalah apa yang menarik keadaan kita sekarang ini.Dengan pemikiran, anda boleh menarik apa sahaja keinginan anda.Cara-cara berikut untuk menarik wang adalah mudah.Ia tidak perlukan 18 jam sehari.Ia hanya memerlukan masa untuk perubahan berlaku.Lambat atau cepat.
 
1.  Sumbangan daripada pendapatan

Berilah 10% daripada pendapatan anda kepada sumberyang menghasilkan peningkatan perolehan berkali-kali ganda,terutamanya kepada yang memerlukan.Ramai yang tidak mahu memberi sebahagian daripada pendapatan mereka kerana takut kehabisan wang.Pada hakikatnya, setiap pemberian itu akan dibalas dengan berkali-kali ganda hasilnya.
Maklumat lanjut boleh dibaca dalam pautan AMALAN MURAH REZEKI
 
2.  Syukur atas wang yang ada

Dengan bersyukur terhadap jumlah wang yang ada,ia akan meningkat.Ambillah masa untuk bersyukur atas apa yang anda ada,untuk menerima lebih lagi.Capai beg duit anda, rasakan yang wang semakin banyak dalam beg itu.Katakan sesuatu yang anda bersyukur terhadap wang itu danterus melihat ia makin meningkatRasakan kebenarannya.Bersyukur sentiasa meningkatkan aliran benda-benda yang baik.

Rahsia tersebut boleh dibaca dalam pautan HUKUM TARIKAN
 
3.  Bayangkan anda dengan wang yang banyak

Imaginasi anda menjangkakan masa hadapan anda.Gunakannya setiap jam.Lihat diri anda melakukan seperti mana orang kaya lakukan.Tinggal di rumah banglo yang besar.Bersiar-siar dengan Porsche 911.Membeli-belah di pusat beli-belah 5 bintang.Anda mesti lihat semua ini dan percaya yang ianya adalah realistik sebelum anda mengalaminya sendiri.

Lihat dan bukti dalam pautan TEORI HIPNOSIS JANA KEKAYAAN
 
 
[admin]

Sesiapa yang berminat untuk dapatkan info lanjut  atau maklumat lengkap boleh layari pautan : SAYA NAK WANG BANYAK.

Sekarang terpulang kepada anda untuk buat tindakan atau tidak.

Saya sekadar berkongsikan ilmu dan sumber kekayaan ini untuk anda.

Sekian.Salam sayang dan penuh ceria.

















16 Senarai Bilionaire Di Malaysia Tahun 2017

$
0
0
Tahu tak siapa 16  Bilionaire Di Malaysia Tahun 2017.Mereka sangat kaya.Lebih kaya dari jutawan iaitu bertaraf billionaire yang menurut laporan majalah Forbes Asia. Ranking tersebut disusun berdasarkan nilai bersih (net worth) mereka pada bulan Februari 2017.Sudah pasti nilai kekayaan mereka boleh menjadi inspirasi kepada kita untuk menjadi kaya,bahagia dan gembira.


NAK CUBA  APLIKASI DUIT TAK

1    Robert Kuok    $11.4 B   [     Minyak sawit, perkapalan dan hartanah ]
2    Quek Leng Chan   $6.8 B     [  Perbankan, hartanah ]
3    Ananda Krishnan    $6.5 B    [   Telekom ]
4    Hong Piow Teh    $4.75 B    [   Perbankan ]
5    Lee Shin Cheng   $4.7 B    [  Minyak sawit, hartanah  ]
6    Lim Kok Thay   $4.45 B      [ Kasino ]
7    Yeoh Tiong Lay    $2.1 B      [ Pembinaan, hartanah ]
8    Lau Cho Kun   $2.08 B    [  Minyak sawit, hartanah ]
9    Tiong Hiew King    $2 B    [  Pembalakan, media ]
10    Syed Mokhtar AlBukhary   $1.8 B     [ Pelbagai]
11    Chen Lip Keong    $1.6 B     [ Kasino, hartanah ]
12    Lee Oi Hian & Lee Hau Hian $1.2 B   [ Minyak sawit, kimia, hartanah ]
13    Koon Poh Ming & Poh Keong    $1.05 B   [   Aluminium]
14    Surin Upatkoon    $1.02 B     [Telekom, loteri, insurans ]
15    Kuan Kam Hon    $1.01 B   [  Sarung tangan sintetik ]
16    Desmond Lim Siew Choon   $1 B   [    Hartanah ]

Kredit kepada sumber


Sebagai Perunding Takaful perasaan risau saya terdetik juga.Andainya ada sauadara mara atau rakan-rakan kita yang ada kekayaan walaupun belum bertaraf jutawan atau Billionaire akan  dibekukan setelah berlalu kematian kepada si pemilik kekayaan tersebut.

Bagaimana dengan waris yang kita tinggalkan? Adakah kita sanggup melihat mereka sengsara ? Sudah tentu tidak.


Sekiranya  pembaca tidak sanggup melihat waris kita sengsara maka biar saya datang membantu untuk berkongsi pandangan tentang Hibah Takaful.Hanya dengan pelaksanaan  hibah takaful maka  tuntutan wang lebih mudah,cepat dan telus.Sekurang-kurangnya wang ini boleh digunakan untuk kegunaan segera sebagai bantuan kecemasan sementara menunggu tuntutan harta pusaka dilangsaikan.


Minta maaf.Kematian itu pasti.Namun tidak tahu bila.Jadi dengan kesempatan waktu masih hidup ini jom kita hibahkan sejumlah wang melalui takaful.

Saya boleh membantu anda.Hanya Whatsappkan kod ‘HIBAH’ dan hantar ke 011-3464-6975.Jangan tunggu sampai esok.

Sekian.Salam sayang dan jumpa lagi.


Mohd Hanafi Abdullah
Perunding Takaful Bertauliah
WhatsApp : +6011-3464-6975
Hotline Care: 19-806-8007
“Membina Ukhwah Dalam Mu’malah”

Rahsia Untuk Bangkit Selepas Jatuh Teruk Dalam Bisnes

$
0
0
HB sangat suka membaca kisah hidup seseorang. KIsah tentang kejatuhan atau kisah kejayaan seseorang yang bergelar usahawan.Berikut ialah satu kisah yang amat menarik untuk kita kongsikan.Semoga pemilik asli cerita ini diberi pahala yang berterusan.

Moga doa tersebut sampai dan kita semua dikurniakan kesihatan yang baik dan rezeki makanan hanya yang terbaik.

Saya telah beberapa kali jatuh. Jatuh teruk sehinggakan pernah ada hanya RM100 dengan overhead bulanan RM30k.

Pernah juga harungi keadaan hanya ada RM4k dengan tekanan hutang ratusan ribu RM. Rasa macam dunia sudah sampai ke penghujungnya. Rasa macam sudah tiada harapan lagi dah. Dunia gelap gelita, fikiran buntu dan rasa dunia perniagaan bukan untuk saya dah. Bukan rezeki saya. Namun, dengan rahmat Allah yang Maha Agung, saya berjaya keluar dari situasi tersebut, sekurang-kurangnya untuk bertahan sehingga ke hari ini..

Di kesempatan ini saya ingin kongsikan apakah yang saya lakukan sewaktu menghadapi situasi kejatuhan itu sehinggalah saya mampu bangkit dan berjaya bertahan hingga ke saat ini. Saya tahu ramai sahabat yang sedang berduka lara terperosok di dalam lubang kesempitan dan masih belum berjaya keluar lagi sampai ke hari ni. Harapan saya, perkongsian ini mampu memberi sedikit idea, bantuan dan motivasi bagaimana dan apa yang harus dilakukan jika kita berdepan dengan saat getir sebegini.
.
APA YANG TELAH SAYA LAKUKAN UNTUK BANGKIT DARI KEJATUHAN TERUK SEHINGGA MASIH MAMPU BERTAHAN SEHINGGA KE HARI INI

Apa yang saya lakukan?
.
1. MUHASABAH DIRI

Perkara pertama sekali apa yang saya lakukan adalah mengaudit balik diri sendiri. Apa yang betul dan apa yang tak betul pada diri ini yang menyebabkan kita gagal dan masih belum berjaya keluar dari kegagalan ini.

Perkara pertama adalah MEMBETULKAN NIAT. Saya kaji balik niat saya. Untuk apa saya berniaga. Adakah untuk menunjuk-nunjuk? Adakah untuk balas dendam sebab pernah diejek miskin? Atau sifat kita memang suka dilihat sebagai orang kaya? Saya betulkan balik niat. Betulkan dan paksa diri ini berniat bahawa aku berniaga ini kerana nak dapat redha Allah, nak bantu diri dan keluarga, nak bantu orang ramai, nak menjadikan kita ni mampu bersedekah lebih banyak, nak bayar zakat banyak-banyak, ia adalah jihad ekonomi, nak bantu agama dan bangsa dan pelbagai lagi niat yang bukan berkepentingan peribadi. Saya akui memang sangat susah untuk selarikan niat dengan keikhlasan namun pada fasa pertama saya terpaksa memaksa diri sehinggalah hati yang dipaksa ini merelakannya..

Dan perkara kedua yang dilakukan dalam bab muhasabah diri adalah percubaan untuk menyucikan diri dari dosa dan noda melalui ISTIGHFAR. Saya memperbanyakkan istighfar lebih dari biasa. Beratus-ratus kali sehari.
.
2. PERBAIKI HUBUNGAN DENGAN ALLAH

Allah Pemberi Rezeki. Hanya Allah yang mampu mengeluarkan diri kita dari masalah ini, jadi mana mungkin kita mampu keluar dari kesengsaraan jika hubungan dengan Maha menentukan segalanya itu renggang? Bukan Allah yang perlukan kita, tapi kita yang perlukan Allah


Apa yang saya buat untuk perbaiki hubungan dengan Sang Pencipta ini?

2.1 Jaga Solat

Berusaha untuk tidak tinggal solat, solat di awal waktu dan tambah kekhusyukan semasa bersolat
2.2 Perbanyakkan bacaan Al-Quran

Pasang Cd di kereta, Install di hp. Baca quran setiap hari dan setiap masa semasa drive

2.3 Perbanyakkan doa.Bila saya tahu saya dalam keadaan memerlukan, sudah tentu saya perlu berdoa sentiasa. Saya selalu berdoa setiap masa dan waktu supaya Allah keluarkan dari kemelut ini. Bangun tidur, nak keluar rumah, nak masuk pejabat, nak jumpa sesiapa dan sebelum tidur nescaya saya paksa diri untuk berdoa.

Wakolarobbukumud'uni astajib lakum. Firman Allah : Dan mintalah kepadaKu, nescaya akanKu kabulkan..

2.4 Solat hajat setiap hari

Saya amalkan tiada hari yang berlalu tanpa sekurang-kurangnya 2 rakaat solat hajat. Macam mana dalam keadaan segenting ini kita masih lagi berkira dengan solat hajat. Jika ada hajat, mestilah solat hajat dan mintalah kepada Allah Yang Maha Agung dan Maha Menguasai tiap-tiap sesuatu. Bukan hanya menangis dan merintih sahaja tanpa buat sesuatu.

2.5 Solat Dhuha

Sudah menjadi kemestian di setiap pagi setiap hari

2.6 Solat Withir

Setiap malam tanpa ketinggalan sebelum tidur

2.7 Solat Tahajjud

2-3 kali sebulan pun Alhamdulillah dah. Kunci jam dan paksa bangun. Nak keluar dari musibah tapi nak menahan nafsu tidur untuk bangun bertahajjud pun tak nak, tak tahulah nak kata apa lagi..

2.8 Sedekah

Selepas satu masa saya sedar bahawa kita nak berjaya namun dalam masa yang sama sebenarnya kita masih belum cukup dalam usaha memberi. Jadi, jika nak berjaya bangkit, saya wajib kena cukupkan 'point' memberi yang mana saya rasa saya masih kurang dari segi itu. Saya amalkan tiada hari yang berlalu tanpa sedekah. Macam mana saya buat. Saya 'add favourite' akaun anak yatim dan saya transfer secara online sedikit wang ke akaun mereka setiap hari. Selama bertahun-tahun. Selain dari itu, kami (suami isteri) dengan izin Allah selalu hulurkan sumbangan kepada masjid dan fakir miskin dan ia sudah menjadi tabiat kami walaupun ia bukannya dalam jumlah yang besar.
Jika ada hari yang saya kekurangan duit, saya akan gantikan sedekah saya dalam bentuk posting-posting benda positif dalam fb. Ia juga sedekah. Sedekah yang dimaksukdan bukan hanya wang ringgit
.
3. PERBAIKI HUBUNGAN DENGAN IBU BAPA

Muliakan mereka. Sentiasa gembirakan hati mereka.Selalu bertanya khabar dan balik jumpa mereka. Selalu peluk cium mereka. Tidak kira sama ada ibu bapa kita orang berada atau tidak, sedekah yang utama adalah kepada mereka, barulah kepada orang lain. Minta ibu bapa kita mendoakan kita semoga kita dikeluarkan dari kesusahan ini dan berjaya bangkit dengan cemerlang.
.
4. KAJI SEBAB KEJATUHAN DAN SENARAIKAN APAKAH USAHA YANG PERLU DILAKUKAN UNTUK BANGKIT

Saya mengambil beberapa masa dan tenangkan diri. Saya dan isteri duduk berbincang dan senaraikan satu persatu mengapa kami jatuh dan dalam masa yang sama senaraikan satu persatu apakah langkah dan strategi perlu kami lakukan untuk bangkit kembali.

Kami tahu bahawa langkah-langkah yang disenaraikan itu belum tentu kami mampu lakukan namun kami tetap buat langkah-langkah pemulihan tersebut satu persatu.
Contoh : Kami tetap buat permohonan pinjaman bank walaupun tahu tak akan lulus (rekod ccris kami tak baik) namun kami rasa ia lebih baik dari duduk saja.

Kami tahu Allah mahu tengok bagaimana kami berusaha dan sejauh mana ikhtiar dan usaha kami untuk keluar dari masalah ini.

Walaupun tahu tiada harapan, kami tetap mencuba juga. Dan dengan kuasa Allah, ada yang lulus walaupun sepatutnya tak lulus :-)

Jangan berhenti berusaha. Lakukan segala ikhtiar dan jangan duduk saja.
Kita akan keluar dari masalah bukan kerana kita sudah jumpa jalannya tapi ia adalah kerana kita tak berhenti berusaha tanpa putus asa maka atas sebab sikap tekun kita itu Allah akan bagi jalan penyelesaian dalam bentuk lain yang kita sesekali tak pernah sangka pun..
.
5. ISTIQAMAH DALAM USAHA - JANGAN PUTUS ASA

Kegagalan bukan alasan untuk 'berhenti'. Jika penat, berhentilah rehat sejenak, bukan 'quit!'
.
6. TINGKATKAN KEPERCAYAAN PADA DIRI DAN YAKIN BAHAWA KITA MAMPU KELUAR DARI MASALAH INI

Tanamkan kepercayaan dan keyakinan dalam diri bahawa ' Kita mampu bangkit dan kita pasti akan bangkit menjadi lebih besar dari sebelum ini '. Tanpa keyakinan ini kita akan lesu.
.
7. CARI MENTOR YANG BETUL

Jika sebelum ini kita pasif dan pemalu, untuk bangkit kembali, dampingilah orang-orang yang sudah berjaya. Ambil ilmu mereka dan tanyakan mereka apa itu ' do and donts '

.
8. JANGAN RATAPI KEGAGALAN

Terimalah hakikat bahawa inilah yang harga yang perlu kita bayar jika nak kaya dan berjaya. Ini memang laluannya dan tiada laluan lain selain daripada apa yang anda sedang hadapi sekarang. Anda wajib tempuhinya dalam perjalanan menuju kejayaan..
.
9. LAKUKAN PROSES PENILAIAN DIRI

Kaji kekuatan dan kelemahan diri. Perkuatkan apa yang sudah kuat dan perbaiki apa yang lemah. Lakukan analisi SWOT untuk kenali diri sendiri dan bangkitlah dengan kekuatan baru yang telah diperkuatkan.
.
10. TANYA PENDAPAT ORANG LAIN

Cuba tanya pendapat kawan-kawan apa yang perlu kita perbaiki sebab banyak perkara yang kita tak nampak tapi orang lain nampak
.
11. TULIS IMPIAN KITA ATAS KERTAS

Semasa saya bersedih, sambil mengelap air mata, saya ambil sehelai kertas dan sebatang pen. Saya mula menulis impian-impian saya. Semasa menulis, saya semakin yakin bahawa Allah sedang menimbangan impian saya kerana apa yang saya tulis itu sebenarnya satu doa yang tetap. Alhamdulillah satu persatu impian yang saya tulis dulu sudah menjadi kenyataan.
.
12. BANGKITKAN MOTIVASI DALAMAN DENGAN MEMBACA KISAH KEJAYAAN JUTAWAN

Saya selalu membina balik semangat untuk bangkit dengan membaca kisah-kisah motivasi kejayaan manusia dalam dunia ni melalui internet, youtube dan juga dari buku -buku yang dibeli..
.
13. PERBANYAKKAN JUALAN TUNAI, KURANGKAN JUALAN HUTANG

Itulah yang saya buat. Cari daily cash! Tukar model bisnes dari jualan hutang kepada jualan tunai. Tukar Game..
.
14. TIDAK MEMBUAT KEPUTUSAN KEWANGAN BERDASARKAN CONGAK, TAPI BERDASARKAN DATA DAN REKOD

Sebelum ini saya selalu membuat satu-satu keputusan berkenaan dengan kewangan berdasarkan congakan atau kiraan sambil lewa. Namun selepas beberapa kali jatuh, saya belajar sesuatu, Bisnes ini bukan sekadar ramalan tapi ia adalah satu jujukan data-data penting yang boleh membantu kita membuat keputusan yang baik. Lakukanlah perekodan dan catatan harian.
.
15. BERCAKAP-CAKAP, MENDENGAR CERITA ATAU MENGOPI DENGAN ORANG YANG LEBIH BERJAYA DARI KITA. GENUINE ENTREPRENUER

Kita akan dapat kekuatan / aura asli luarbiasa disitu. Semangat untuk bangkit.
.
16. DOAKAN KEJAYAAN KAWAN-KAWAN. JANGAN ADA RASA IRIHATI DAN DENGKI DENGAN KEJAYAAN ORANG LAIN.

Bersihkan jiwa. Cuci hati. Gembira dengan kejayaan orang lain.
.
17. JAGA HUBUNGAN DAN TINDAKAN KITA DENGAN SESAMA MANUSIA

Jika semasa jatuh, salah satu sebab kita jatuh adalah kerana dikhianati, maka jangan kita khianati orang lain. Jika sebab disailang, maka jangan kita sailang orang lain. What come around goes around
.
18. LEBIH BERHATI-HATI DALAM MEMBELANJAKAN TUNAI

Ini ikhtiar kita, Allah juga yang tentukan segalanya..
.
** Share atau tag kawan usahawan lain jika tuan puan rasakannya bermanfaat dan mampu bantu orang lain yang sedang kesedihan dan buntu. Moga ia mampu membantu tuan puan dan orang lain bangkit dari kegagalan yang sedang tuan puan alami sekarang.

[admin]

Jangan lupa untuk menggunakan Aplikasi Duit sebagai  usaha mencari wang dan bantuan diri ketika kesulitan  dalam perjalana hidup seseorang.

Kopi Tenom Antara Kopi Yang Sedap Untuk Diminum

$
0
0
Kopi Tenom Antara Kopi Yang Sedap Untuk Diminum…Pengemar kopi kini ada pilihan untuk mencuba kopi tenom.Dengar nama Tenom pasti tergambar dalam benak fikiran bahwa ia adalah produk Sabah yang sangat popular sehinggalah ke Sarawak.



Saya memang peminat kopi.Jadi pengetahuan asas kopi memang saya ambil tahu sedikit sebanyak.Kehebatan kopi tenom selain rasa yang sedap ialah kopi Robusta.Jenis ini banyak ditanam di Afrika dan  Daerah Tenom sangat beruntung kerana  sesuai untuk penanaman kopi Robusta.Selain itu ada kopi tanah tinggi iaitu jenis Arabica.Di Malaysia pula banyak ditanam kopi jenis Liberica.

Oleh sebab Tenom popular dengan kopi Robusta maka tidak hairan kopi ini hanya dikenali sebagai kopi tenom.Ada banyak jenis kopi tenom.Berdasarkan laman web Borneostore.biz ada 7 jenis kopi tenom yang terdiri daripada :

1.Yit Foh Tenom Coffee 2 in 1 – Kopi ‘O’



2.Yit Foh Tenom Coffee 3 in 1 – Café Latte


3.Yit Foh Tenom Coffee – Kopi ‘O’


4.Yit Foh Tenom Coffee 3 in 1 – Café Au-Lait Premix Coffee


5.Yit Foh Tenom Coffee 3 in 1 – Premix White Coffee


6.Yit Foh Tenom Coffee 2 in 1 – Café Latte




7.Fatt Choi Tenom Coffee 2 in 1 – Kopi ‘O’


Pengeluar utama kopi Tenom terdiri daripada Syarikat Yit Foh  dan Fatt Choi Sdn Bhd. Kedua-dua pengeluar kopi Tenom sudah popular dan beroperasi di Daerah Tenom,Sabah.Tentu sebagai rakyat Malaysia saya berbangga kerana produk seperti kopi Tenom mampu  bersaing di pasaran.Kita pilih produk tempatan maka kita adalah rakyat yang cintakan negara.

Mungkin ada pembaca yang tertanya-tanya bagaimana hendak mendapatkan kopi tenom sekiranya anda berada di Sarawak atau Semenanjung Malaysia.Mudah sahaja.Sekarang trend membeli sudah berubah.Soal jauh bukan persoalannya lagi.

Anda boleh membeli kopi Tenom ini secara ONLINE dan bayaran menggunakan sistem FPX.Kepada yang  berminat jangan lepas peluang yang terhad sekarang ini.Anda  dapat  Diskaun sebanyak 5% menggunakan kod lovetbs17. Ingat tempoh promosi ini akan berakhir pada 31 Mei 2017.


Jom dapatkan kopi tenom hari ini juga dengan melayari pautanhttp://www.borneostore.biz/

Ilmu Dari Balai Polis Kota Samarahan

$
0
0
Tak sangka dapat Ilmu Dari Balai Polis Kota Samarahan.Saya bersama team Agensi Nur Ikwan berpeluang membuka kaunter promosi takaful di Balai Polis Kota Samarahan pada 14 Mac 2017.Dari situ kami menimba banyak ilmu dan rahsia berkaitan kejayaan hidup.Tidak perlu saya kongsikan perkembangan aktiviti promosi kami secara lengkap.Tidak begitu penting buat pembaca.



Apa yang sangat penting ialah ilmu yang dikongsikan oleh dua insan hebat yang kini bertugas di Balai Polis Kota Samarahan.Sekali lagi tidak perlu saya dedahkan siapa mereka.

Sebelah pagi sesi perkongsian kami bersama beliau berkaitan ilmu untuk penjagaan kesihatan.Pesan beliau.Banyakkan minum air kosong.Biar selalu pergi ke tandas tak kisah.Sebelum tidur,selepas tidur dan selepas makan.Jangan minum air berais dan air minuman pula jangan terlalu manis.

Tidur pula jangan terlalu lewat.Tidur jam 10 malam dah kira bagus.Semua ini sangat berkait rapat bagi memastikan kekal sihat,awet muda dan panjang umur ( pendek umur kalau ada mencarum takaful dengan pelindungan RM 1 juta maka waris yang untung ).

Dalam pada itu beliau turut menasihatkan kami supaya mengamalkan tabiat menabung,Bukan untuk sehari dua.Beliau boleh dikatakan insan yang berjaya kerana gaya hidup dan pemikiran orang korporat.Sebab orang koporat mesti fikir tentang wang.Pengurusan kewangan yang bijak telah membuah hasil ketika ini.

Manfaat takaful untuk masa hadapan.Lebih-lebih lagi menabung dalam takaful.Dapat tiga dalam satu.Perlindungan,simpanan dan pelaburan.

Sesi petang pula kami didatang oleh insan hebat kerana mempunyai pengalaman,ilmu dan kemahiran dalam pelbagai bidang.Pesan beliau menyentap dan menyentuh hati nuraini.

Untuk berjaya dalam apa jua bidang ilmu mesti ada.Jangan anggap diri sudah cukup dengan ilmu dan sentiasa merendah diri supaya boleh orang lain boleh kongsikan ilmu dengan kita.Masya Allah.Perkongsian yang begitu baik.

Dalam pada itu beliau turut berpesan untuk sentiasa menjaga akhlak.Sebab kehebatan dan kemurnian peribadi seseorang memang didasari oleh akhlak yang terpuji.

[ Nota admin ]

Sebelum melangkah ke kawasan Balai Polis Kota Samarahan memang pemikiran saya sudah tertanam dengan aura negatif.Pembaca semua tentu sedia maklum.

Setelah berada dikawasan tersebut barulah faham aura negatif cuma andaian minda semata-mata.Kini baru sedar bahawa menjadi Perunding Takaful bukan setakat mencari klien tetapi lebih kepada belajar menghayati erti kehidupan sebenar-benarnya.

Kita berjumpa orang yang tidak dikenali setiap hari untuk silaturrahim dan mencari keperluan mereka demi kepentingan jaminan masa hadapan mereka.

Sekarang saya mencari mereka dan tidak lama lagi mereka akan cari saya sebagai wakil takaful untuk mereka.Saya sedia dihubungi dan menghubungi anda bukan sebagai penjual barang tetapi sebagai rakan atau teman yang boleh membantu sebelum berlakunya perkara yang tidak ingini.

p/s : Jangan malu-malu untuk  hubungi saya,Mohd Hanafi  Abdullah melalui www.wasap.com/601134646975

Ebook Cara Dapat Kerja Di Singapura

$
0
0
Tahu tak Ebook Cara Dapat Kerja Di Singapura.Tak susah dan mudah sahaja.Cuma mesti ada info dan panduan yang lengkap.Jika tidak  susah jawapnya.Anda terpaksa tanya sana dan sini .Kalau jumpa bagus la.Tak jumpa terpaksa cari dan terus mencari maklunat yang diperlukan.

Adik  saya pernah kerja di Singapura.Gaji boleh tahan lumayannya.Pada ketika itu adik saya asyik kirim duit ke kampung.Akaun banknya di Malaysia sentiasa terisi dengan duit yang banyak.Pada masa itu tukaran 1 dollar singapura bersamaan dengan RM2 sahaja.



Kini ada berita baik buat anda terutama pencari kerja yang berminat bekerja di Singapura.Saya telah menemui satu ebook yang sangat menarik.Ebook yang boleh dijadikan panduan dan rujukan untuk bekerja di Singapura.

Apa yang menarik tentang ebook ini memberi panduan langkah demi langkah supaya pembaca berjaya bekerja di Singapura tanpa melalui ejen pekerjaan.Saya tak jamin semua ejen itu baik-baik orangnya.Mungkin ada yang boleh mengambil kesempatan.

Sebab itulah ebook ini ditulis supaya kos bekerja di Singapura melalui ejen pekerjaan dapat diabaikan.Lebih jimat dan lebih telus untuk semua.Tidak ada kos tersorok atau trik yang kurang bermoral.

Saya amat sarankan pencari kerja supaya mencuba peluang untuk bekerja di Singapura.Gaji sekarang ini sangat lumayan kerana tukaran duit Singapura ke Malaysia sangat tinggi.

Inilah masa terbaik dan peluang begini jangan dilepaskan.Cari duit banyak-banyak di Singapura sebagai cara mendapat modal untuk pelaburan,perniagaan atau pelindungan takaful dalamn beberapa tahun yang akan datang.

Impian dan hasrat untuk bekerja Singapura lebih mudah dicapai jika ada ilmu dan informasi yang mencukupi.Semua ini boleh diperolehi dalam ebook Kerja @Singapura.Jangan lambat dan segeralah bertindak sekarang.

Dunia sekarang bergerak pantas.Siapa yang lambat kena tinggal.Persaingan sangat sengit.Senang cerita.Siapa cepat dia dapat.Jadi kepantasan anda memiliki ebook ini adalah petanda anda berada dihadapan para pesaing.

[ Belajar Buat Blog ]

Buat makluman bakal pembeli ebook ini,gunakan sebaik mungkin.Baca dan fahamkan betul-betul.Tidak rugi mendapat apa jua ilmu biarpun kita terpaksa mengeluar belanja.

Malah wang yang kita keluarkan membeli ebook Kerja @ Singapura boleh ditampung kosnya sebaik sahaja mendapat gaji bulan pertama di Singapura.

Maklumat dan cara mendapatkan ebook Cara Dapat Kerja Di Singaputa boleh diperolehi melalui
banner dibawah ini :


Berhenti Kerja Makan Gaji Selepas 20 Tahun

$
0
0
Saya dah buat keputusan untuk Berhenti Kerja Makan Gaji Selepas 20 Tahun .Sekarang bermula zaman menjadi usahawan.Tak de gaji.Yang ada komisyen yang sifatnya tidak tetap seperti kerja makan gaji.Bagi mereka yang bukan berjiwa usahawan keputusan tersebut kurang bijak.

Sekadar gambar hiasan


Keputusan yang bijak ialah letak jawatan ketika ada pendapatan dari komisyen tetap 5 angka sebulan atau simpanan sudah ada 24 bulan.Wow itulah senario paling sempurna bagi seseorang makan gaji sebelum menceburi dunia keusahawanan.

Kenyataan ini tidak semestinya tepat kerana soal rezeki yang selamat dan terjamin bukan terletak kepada berapa banyak simpanan duit yang kita ada.Semuanya dalam Qadak dan Qadar Allah SWT. Kalau nak ketenangan masa depan boleh mencarum dalam takaful.Sebab takaful ada tiga dalam satu.Perlindungan,simpanan dan pelaburan.

Tool promosi cari duit ialah Aplikasi Duit.

Sekarang saya berada dalam zon tidak selesa.Dulu makan gaji berada dalam zon hampir selesa.Hujung bulan ada gaji.Tak banyak namun mencukupi untuk keperluan dua minggu.Baki dua minggu terpaksa macam kebanyakkan orang.

Dalam keadaan mencabar memaksa saya berdoa lebih banyak,berusaha berkali ganda dan bersedekah apa sahaja untuk memastikan kecukupan rezeki.Biasanya bersedekah ketika masih kekurangan lebih nikmat dan mengegarkan ulu hati.hehehe

Namun saya sangat percaya dengan meletakkan Allah SWT pada tempat yang paling tinggi In shaa Allah rezeki pasti mencukupi.Soalnya lambat atau cepat.Itu terpulang kerana saya cuma ada kudrat berikhtiar dan bertawakal.Allah SWT sahaja yang meluaskan atau menyempit rezeki seseorang ikut aturanNYA.

Bayangkan dengan pekerjaan yang pendapatannya  tidak mencukupi dan memilih  pula dengan pekerjaan yang berbentuk komisyen.Jika difikirkan dengan prasangka baik maka akan ada rezeki  yang jauh lebih baik.

Sekiranya difikirkan logik didapati dua senario.Boleh jadi dapat dan boleh jadi tidak dapat.Bermain risiko begini boleh mendebarkan jantung dan mengocakkan emosi.

[nota admin]

Setelah puas bekerja selama lebih 20 tahun,saya betul-betul nekad.Dah tak nak makan gaji demi memenuhi aspirasi hati untuk menjadi usahawan yang berjaya dalam bidang takaful.

Apapun terjadi selepas ini saya redha sahaja kerana saya menjadi Perunding Takaful bukan untuk suka-suka atau cuba-cuba.

Saya melakukan semua ini kerana niat kepada Allah SWT untuk membantu orang lain mendapat ketenangan fikiran jika dilanda musibah dikemudian hari atau membantu merancang kewangan mereka supaya lebih baik pada masa yang akan datang.

Semoga perjalanan saya sebagai Perunding Takaful mendapat redha,rahmat dan pertolongan Allah SWT agar usaha yang kerdil ini memberi manfaat kepada insan yang memerlukan.

Paling tidakpun sebagai amal ibadah dalam menegak syiar Islam dalam mu’amalah dan ekonomi masyarakat serta negara tercinta.


Jangan segan untuk sambung bacaan  Ebook Cara Dapat Kerja di Singapura

10 Tip Usahawan Dari Tony Fernandez

$
0
0
Berikut adalah 10 Tip Usahawan Dari Tony Fernandez yang saya perolehi dari grup wasap.Manalah tahu sangat bermanfaat untuk pembaca blog ini.Jom kita baca dan berharap para pembaca boleh mengambil iktibar dan inspirasi.Tak banyakpun tak pe.Yang penting amal dan terus beramal jika nak berjaya.




1. TAK PERLU TAHU

Saya berasal dari industri musik. Saya langsung tak tahu tentang kapal terbang. Kepada usahawan diluar sana, anda tak perlu tahu semua perkara tentang apa yang anda ingin buat. Ia berkaitan idea, semangat dan juga berkaitan mengambil tindakan.


2. JUST DO IT!

Jangan biarkan sesiapa beritahu anda bahawa anda tak boleh buat. Kita hanya ada satu sahaja kehidupan, jadi anda tidak boleh nak undur atau kata “Alangkah bagus kalau dulu saya buat begitu”.
Oleh sebab itu, saya nasihatkan anda semua diluar sana, JUST DO IT. Hidup setinggi yang mungkin, sentiasa positif. Kalau anda jatuh, sekurang-kurangnya anda telah cuba.
Saya pernah gagal teruk dalam bidang Formula One, tapi saya tidak ada penyesalan sebab saya dah duduk level tinggi dengan kehebatan Ferrari, McLaren dan lain-lain


3. SEMANGAT ADALAH KUNCI PENYELESAIAN MASALAH

Impian memang akan jadi impian. Jangan risau tentang kegagalan. Buat sehabis baik. 9 dari 10, sekiranya anda bersemangat, anda akan jumpa jalan penyelesaiannya.

4. LABUR DALAM MARKETING

Sekiranya anda ada idea yang paling hebat dalam dunia, tolong, tolong, tolong bajetkan kewangan anda pada marketing. Jika anda tak laburkan duit anda pada marketing, tidak ada siapa pun yang akan dengar idea hebat anda.

Di luar sana, terlalu banyak idea yang hebat, tapi tidak terlaksana kerana kurangnya marketing.
Marketing bukan untuk keuntungan, tapi ia adalah hubungan (Public Relation, PR). Dalam AirAsia, kami tidak ada kewangan. Jadi, saya ke mana-mana sahaja mesti dengan cap merah saya dan selalu beri statement yang kontrovesi pada media supaya media selalu mengambil gambar saya. Itu marketing AirAsia pada peringkat awal.

Kita dah alami pelbagai isu dan marketing memainkan peranan penting dalam mengatasi isu-isu tersebut.

Masih ingat lagi tentang penyakit SARS (Severe Acute Respiratory Syndrome)? Ketika itu, tidak ada siapa yang ingin terbang. Kami sangka ketika itu bisnes kami akan mati.

Semua orang kurangkan bajet marketing, tapi saya beritahu pada team saya supaya jangan kurangkan bajet marketing sebab inilah masa paling sesuai untuk naikkan jenama kami. Kami tingkatkan bajet marketing kami 3x ganda ketika itu dan ramai kata pada saya “Kau ambil dadah?”. Saya jawab tidak, waktu ini waktu paling sesuai sebab orang lain tidak buat iklan mereka.

Masa pengeboman Bali berlaku, semua orang ketika itu cancelkan penerbangan mereka. Saya kata dengan team, kita tak boleh matikan route Bali. Kita mesti teruskan penerbangan ke sana.

Jadi, kami buat satu kempen ‘LOVE BALI’, kami berikan 10,000 seat percuma dan hasilnya sangat berkesan. Kesemua 10,000 seat habis diambil orang dalam masa seminit. Dan mereka yang dapat seat percuma hebahkan pada kawan mereka melalui media sosial. Iklan yang paling baik adalah dari pelanggan anda.

5. LEVERAGE SOCIAL MEDIA

Orang Malaysia, bila dapat tawaran baik, mereka akan hebahkan pada satu dunia tentang tawaran itu. Jadi masa 10,000 yang pergi ke Bali beritahu 10,000 lain yang mereka seronok di Bali. Itulah peringkat awal bagaimana AirAsia boleh masuk ke media sosial.
Jadi kami sedar tentang kehebatan media sosial pada peringkat awal. Selepas Facebook & Twitter datang, kami segera gunakan medium tersebut. Sekarang ini, kami dah ada 32 juta orang dalam beberapa platform media sosial dan 7% jualan bisnes kami datang direct dari media sosial.
Kempen ‘LOVE BALI’ mengajar kami iklan yang paling baik adalah dari pelanggan kami.

6. JANGAN TAKUT DENGAN KOMPLEN

Komplen @ feedback sebenarnya penyelidikan marketing secara percuma. Pelanggan sanggup menghabiskan masa untuk menulis beritahu apa masalah dan bagaimana nak selesaikannya. Biasa diluar sana, kebanyakan syarikat bayar mahal pada consultant untuk beritahu perkara yang sama
Sebab itu kami sangat menghargai setiap emel dan melayani mereka dengan baik.

7. FOKUS PADA 1 IMEJ DALAM BRANDING

Ketika peringkat awal, AirAsia mempunya logo burung dalam branding.
Sekiranya anda lihat jenama terkemuka dunia, mereka hanya ada satu imej sahaja yang masuk dalam kepala kita. Bila kita sebut ’Shell’, kita fikir tentang logo Shell. Bila sebut “Coca-Cola”, anda fikir perkataan “Coke” dalam italic. Bila sebut tentang “Nike”, anda fikir tentang ‘tanda betul’.
Jadi, masa peringkat awal, kami tukarkan logo burung kepada ‘AirAsia’ sebagai logo kami. Hanya satu imej. Kenapa perlu belanja 2x ganda untuk 2 logo branding?
Kami juga hilangkan warna biru dan hijau. Saya berusaha untuk tak gunakan warna merah, sebab semua akan fikir saya nak jadi seperti Richard Branson (Founder Virgin Group & Frenandes former boss), tapi merah adalah warna terbaik, jadi kami pun pilih merah.
Jadi, ianya berjaya, pemilihan warna menyebabkan segalanya berubah.

8. TURUN KE BAWAH

Apa yang saya selalu buat adalah, sebulan sekali saya akan bawa beg, saya jadi crew cabin dan kadang-kadang jaga kaunter ‘check-in’.
Saya buat perkara ini ada 2 sebab; Yang pertama adalah anda tidak boleh jadi CEO yang efektif selagi anda belum pernah merasai pengalaman kerja bawah secara betul-betul.
Ada satu kisah benar. Team handle beg bagasi beritahu saya yang mereka perlukan tali loaders untuk handle beg bagasi. Saya beritahu mereka “Tidak, kita tak boleh beli, terlalu mahal”.

Jadi ada suatu hari, saya ditugaskan untuk bawa beg bagasi dan ditempatkan pada penerbangan ke Indonesia. Kebiasaan orang yang terbang bersama kami secara umumnya bawa barang seperti seluruh isi rumah, tapi orang yang terbang ke Indonesia biasanya bawa barang rumah sendiri beserta rumah jiran sekali.

Terllu banyak bagasi yang perlu diuruskan. Dalam proses handle bagasi, tulang belakang saya patah dan saya beritahu team saya, mereka betul dan saya salah dan kami putuskan untuk beli tali loader tersebut.

Sekiranya saya tak turun bawah dan merasai kerja tadi, duduk dengan selesa dan nyaman di ofis sahaja, saya akan buat keputusan yang salah dan sebabkan banyak bagasi rosak dan pekerja mungkin mulakan union.

Sebab kedua adalah untuk mencari bakat. Saya bukan mencari bakat yang datang dari Oxford @ Cambridge, saya cari jenis individu yang keputusannya hanya SPM Pangkat 3 yang perlukan peluang kedua.

9. JANGAN PANDANG RENDAH TEAM ANDA

Saya langgar semua peraturan dalam mencari team. Bagi saya, selagi anda punyai impian, anda boleh buat apa sahaja.

Ada seorang seorang ex-krew cabin, dia datang pada saya suatu hari dan beritahu saya impian dia adalah ingin menjadi pilot. Saya beritahu dia, “go for it”.

Pada suatu hari, dia hubungi saya dan tanya saya yang dia ingin menyertai pertandingan Ratu Cantik Thailand, dan saya beritahu dia “ok” tapi dengan syarat kami boleh gunakan gambar dia dalam marketing kami.

Dia menang pertandingan Ratu Cantin Thailand dan baru-baru ini telah menjadi kapten. Kami merupakan satu-satunya syarikat penerbangan dalam dunia yang pilotnya adalah Ratu Cantik.
Pengajaran disini adalah kami adalah struktur yang membolehkan beliau hubungi saya sendiri dan beritahu apa impian beliau dan kami dapat asah bakat beliau kepada permata.

Satu lagi kisah dalam team kami ada seorang budak muda, bertugas sebagai tukang handle bagasi di Kuching beritahu saya yang dia ingin jadi pilot, dan saya pun benarkan untuk dia kejar impian dia. Akhirnya dia telah lulus kesemua ujian peperiksaan dan mendapat result yang paling tinggi dalam akademi penerbangan. Sekarang, beliau adalah kapten / pilot.

Kami ada banyak kisah sebegini dalam AirAsia.
Aset paling berharga selain idea adalah team anda sebab pengakhirannya adalah team anda yang akan bawa idea anda.

10. DATA IS KING

Kami ada sejumlah database yang sangat banyak dan kami tak tahu nak buat apa dengannya tapi orang lain sangat berminat dengan database yang kami ada. Jadi, kami fikirkan database yang kami ada ini sangat bernilai pada orang lain, mesti ada peluang yang kami boleh gunakan.
Sekarang, kami sedang teroka suatu yang baru. Kami bercadang untuk lancarkan TripAdvisor versi kami sendiri, alat travel, saluran media baru seperti YouTube dan banyak lagi. Database memainkan peranan penting dalam bidang baru yang kami ingin terokai. Data will be king!

[Nota admin]

Kebenarannya memang ada.Tip ini sangat sesuai untuk para usahawan.Bahkan jika belum menjadi usahawan pun boleh amalkan jika nak buat promosi Aplikasi DUIT.

Aplikasi Duit Memang Betul Masyuk

$
0
0
Aplikasi Duit Memang Betul Masyuk….…Secara lumrahnya ramai orang suka  perkara yang senang dan mudah.Ingat senang sangat ke nak dapat duit.Duduk dan tidur boleh dapat duit.Oh tidak.Mana ada perkara seperti itu dalam realiti hidup ini.Dalam mimpi mungkin ya.Masalahnya kita tak boleh hidup dengan mimpi.Kita hidup dengan alam realiti yang memerlukan kita makan,minum dan bermedia sosial.

Gambar hiasan semata mata

Sebab itu ada dalam blog saya terkesan kata kunci Aplikasi Duit tipu.Ya itu memang betul jika pembaca terpedaya dengan ayat-ayat promosi.Hakikatnya ialah Aplikasi Duit merupakan satu marketing tool yang mudah digunakan.Baca betul-betul.Mudah digunakan untuk membuat apa jua promosi sama ada produk Aplikasi Duit itu sendiri atau produk kita sendiri.

Mudah di sini maksudnya bukan mudah dapat duit tetapi mudah digunakan untuk promosi.Bila dah mudah promosi maka secara tidak langsung mudah juga dapat duit.Pokok pangkalnya mesti buat PROMOSI dan promosi selagi mampu promosi.Itu sahaja kunci kejayaan dalam bidang marketing termasuk Aplikasi Duit.

Sepanjang saya mempromosi Aplikasi Duit memang ada orang tanya sama ada saya dah beli atau belum.Jawapannya saya ada beli dan ada alami sendiri betapa mencabarnya nak dapat duit dari Aplikasi Duit.Sejujurnya saya sudah dapat komisyen dan berjaya menjual aplikasi ini.

Kejayaan berpihak kepada saya namun kerisauan bermain dalam minda.Bagaimanakah ‘nasib’ pembeli aplikasi tersebut.Adakah mereka menyesal.Marah-marah atau berpuas hati kerana mendapati Aplikasi Duit mudah digunakan.Mungkin mudah dapat duit kerana itu memang rezeki mereka.

Dalam hidup ini ada orang yang alami pengalaman manis dengan cabutan bertuah.Setiap kali ada cabutan bertuah yang disertai pasti dapat hadiah.Paling kurang hadiah saguhati.Begitu juga dengan rezeki.Ada yang mudah dan ada yang mencabar.

Sesiapa yang terpilih dengan rezeki yang mudah tu wajib bersyukur dan sesiapa yang terkena dengan rezeki yang mencabar wajiblah bersabar.Kalau boleh sabar hingga level 7 atau lebih lagi.

Apa hikmahnya yang saya dapat ketika selalu buat promosi sama ada melalui blog atauFacebook berkaitan Aplikasi Duit.Sudah tentulah mrhanafi dapat perbezaannya ketara.Ternyata blog lebih baik untuk dijadikan medium membuat promosi.Tulis artikel blog sekali sahaja tetapi boleh dibaca para penggunjung berkali-kali.

Teknik menulis ayat promosi dalam Facebook sama ada wall sendiri atau Group Bisnes atau Fanpage ada pro dan kontra.Dalam Facebook kita mesti buat promosi setiap kali supaya orang boleh baca setiap hari.Tak buat maka tak ada promosi.

Blog tak macam tu.Publish artikel satu kali tetapi boleh dibaca berkali-kali selagi artikel tersebut ada dalam blog atau masih terpapar dalam halaman enjin carian.

 [nota admin ]

Aplikasi Duit tetap saya buat promosi dengan perspektif marketing tool.Saya tak jamin sama sekali dengan beli Aplikasi Duit maka duit berkepuk-kepuk masuk bank.Sebab syarat utama untuk berjaya mendapat duit dari Aplikasi Duit ialah kerja promosi.

Terima kasih kerana sudi membaca dan semoga mendapat manfaat dari blog ini.Datang lagilah ye dan saya amat menghargainya.

p/s/s : Teringin nak mencuba Aplikasi Duit boleh klik pautan dibawah :


Cara Dapat Duit Dari Blog

$
0
0
Cara Dapat Duit Dari Blog…Ada dua cara.Nak cara mudah atau cara susah.Rasanya dua-dua tidak semudah yang disangkakan.Sebab bukan senang nak dapatkan duit melalui blog jika belum ada skill dan teknik.Mahu tidak mahu perlukan masa juga.Bahkan bekerja pun perlukan masa untuk dapat upah.Kerja makan gaji selepas satu bulan baru dapat upah.


Biasa tu.Hukum alam.Untuk dapat duit blog perlu pastikan blog kita memang berkualiti dari segi penyampaian kandungan informasi dan ilmu yang sentiasa dicari oleh pencari maklumat.

Setakat ini saya belum mahir dalam bab ini.Boleh dikatakan perlu belajar dan masih belajar buat blog.Namun bersyukur juga dengan Aplikasi Duit yang selalu saya tulis dalam blog telah membuahkan hasil.Jumlah tak la banyak.Cukup untuk membeli apa yang terkurang.

Jika blog mempunyai  artikel yang bagus dan menarik maka secara tidak langsung mendatangkan penggunjung blog berduyun ke blog kita.Sekali lagi blog saya belum lagi mencapai taraf sedemikian.Akan datang in shaa Allah.

Dari mana datangnya penggunjung ke blog,Sudah tentu dari enjin carian seperti Google sekiranya sudah mahir bermain SEO.Misalnya blog ini selalu menerima kunjungan pembaca yang nak tahu informasi tentang isteri yang curang.Rimas juga saya dibuatnya kerana blog ini sudah disinonimkan dengan artikel yang menceritakan petanda isteri curang.Page view sahaja sudah mencecah 17K.

Dengan angka begini sudah tentu pembaca membeli apa yang saya promosikan dalam artikel tersebut.Rasionalnya mereka nak cari jalan penyelesaian dan saya juga telah mensyorkan untuk membaca seperti dalam banner yang tertera dibawah :



Saya menulis artikel berkaitan cara dapat duit dari blog kerana ramai yang bertanya.Mereka selalu bertanya blog dari sudut duit.Sebaliknya saya melihat blog dari sudut penjenamaan.Misalnya orang mudah mengenal dan mengingati saya sebagai Hero Borneo berbanding Mohd Hanafi.Terdetik juga dalam hati bagus tukar nama dalam kad pengenalan.hehehe.

[Nota Admin]

Cara dapat duit dari blog memang perlahan,Biarpun kerjaya saya sebagai Perunding Takaful semakin progress setiap hari tidak bermakna kerjaya blogger terus terpinggir.Blog adalah medium ampuh untuk saya dikenali dalam dunia online dan offline.

Dari blog saya boleh menjelajah ke segenap inci media sosial seperti Facebook dan Whatsapp.Cuma IG,Telegram dan Wechat saya abaikan kerana faktor masa.

Sekian.Salam sayang dan jumpa lagi.

Nak sembang mesra tentang TAKAFUL boleh je ke www.wasap.com/601134646975

Rahsia Pikat Bakal Suami Yang Hensem

$
0
0
Rahsia Pikat Bakal Suami Yang Hensem…Hidup ini sangat indah.Dengan keindahan pada wanita yang solehah dan lelaki yang beriman maka penyatuan hati insan tersebut membawa nikmat hebat dalam kehidupan.Sebab itu amat dianjurkan perkahwinan.

kredit : klinikmotivasi.com

Wahai para wanita yang belum berpunya diluar sana.Tolong ambil perhatian dengan penulisan saya kali ini.Namun boleh dijuga untuk para wanita yang dah berpunya agar apa yang dipunyai itu tak terlepas ke tangan orang lain pula.

Rahsia yang bakal saya war-warkan disini bukan bersifat guna-guna.Ia adalah ilmu pskologi yang secara neutral boleh dipelajari dan boleh diamakan oleh para wanita tanpa mengira siapa anda.

Sebaik-baiknya anda cukup bersedia dan untuk menempuh perkahwnan jika nak mengamalkan rahsia pikat bakal suami.Awas jangan pikat suami orang.Kalau dah terkena kan naya jadinya.

Melainkan suami hensem tersebut memang anda yang punya.Jadi tawan dan pikat hatinya seketat-ketat yang boleh.Lebih lebih lagi kalau suami anda yang hensem,bergaya dan banyak duit.Nak duit banyak boleh guna APLIKASI DUIT

Sungguhpun begitu panduan asas untuk memikat bakal suami berdasarkan 5 perkara asas berikut.

1.Ada pegangan agama yang kukuh.
2,Mempunyai paras yang sedap mata memandang
3.Kemampuan kewangan stabil
4.Tidak merokok
5.Bukan panas baran

[nota admin]

Jangan berlengah lagi untuk kuasai rahsia pikat bakal suami yang hensem.Takut-takut bakal suami anda terlepas jika lambat mempelajari rahsia tersebut.Rahsianya ada dalam ebook Hi Hensem.

Anda boleh menempah satu naskah ebook Hi Hensem pada banner yang saya sertakan dibawah:




Persinggahan Rutin Di Pasar Balai Ringin

$
0
0
Persinggahan Rutin Di Pasar Balai Ringin…Macam biasa apabila cuti sekolah saya akan menjemput anak dari asrama MRSM Betong.Perjalanan dari Samarahan ke Serian dan seterusnya Sri Aman biasanya tiga jam.Saya suka singgah  ketika dalam perjalanan maka Pekan Balai Ringin sentiasa menjadi pilihan untuk singgah.


Pasar Balai Ringin kecil sahaja.Ada tempat berjual barangan hasil tani,kedai runcit,kedai makan,tandas awam dan balai polis.Sejujurnya saya memang suka pasar balai Ringin kerana rata-rata penduduk orang Melayu.Senang nak cari barang makan.Boleh makan tanpa was-was.


Sempat juga bersarapan pagi bersama anak perempuan.Saya tak makan.Sekadar minum teh tarik kerana sebelum pergi sudah bersarapan di rumah.Tulah dinamakan pakej jimat ketika ekonomi kurang memberangsangkan sekarang ini.


Perbelanjaan utama sekarang ini kepada keperluan asas seperti makan minum yang sederhana sifatnya.Bahkan mencarum takaful adalah satu perbelanjaan wajib.Ramai yang tak tahu sekarang ini.

[nota admin]

Saya dah mula sibuk.Atas sebab itu tak berkesempatan untuk tulis panjang panjang.Cukup la setakat ini dulu.

Sekian.Salam sayang dan jumpa pagi.Jangan lupa untuk membaca Ebook Cara Dapat Kerja Di Singapura.Gaji lumayan tau!
Viewing all 427 articles
Browse latest View live