Quantcast
Channel: Hero Borneo
Viewing all articles
Browse latest Browse all 427

Steve Job Bersama Apple Computer

$
0
0

Kisah Steve Job Bersama Apple I…Ada 2 entri yang HB tulis tentang kisah peribadi Steve Job iaitu sewaktu kecil dan remaja.Kini HB nak memfokuskan pula kisah bagaimana kesukaran Steve Job mengasaskan syarikat Apple Computer.Sangat hebat untuk diketahui cuma yang tak hebatnya teknik penulisan HB dalam menyampaikan kisah ini untuk kalian.

apple computer

Steve Job adalah vegetarian.Seorang vegetarian hanya makan sayur,buah dan tumbuhan sahaja.Oleh sebab Steve Job sangat suka makan epal maka syarikat pertamanya ini dinamakan Apple Computer.

Sebelum itu,kisahnya bermula begini…

Pada bulan Januari 1975 (HB belum lagi lahir),majalah Popular Mechanics telah mengeluarkan satu artikel yang menarik.Ia telah dibaca oleh Bill Gates dan Paul Allen yang ketika itu tengah menyiap program pengaturcaraan BASIC.HB pernah belajar PASCAL dan C++ tapi tak pandai-pandai.Perkara ini juga telah menarik perhatian Steve dan Wozniak.

Wozniak merupakan teman akrab Steve Job.Dia adalah seorang jurutera yang bekerja di HP.Selepas makan malam biasanya Wozniak akan melakukan aktiviti rutin seperti mengimpal sesuatu atas motherboard.Selain itu dia juga boleh menulis kod pengaturcaraan dengan tulisan tangan kerana kos menggunakan komputer (biasanya kerangka utama komputer) sangat mahal pada masa itu.Senang cerita dia tak mampu lah tu.

Selepas beberapa bulan kemudian dia telah membuat percubaan dengan menaip semula hasil tulisan tangannya itu menggunakan kekunci komputer.Perkara ajaib berlaku.Kalau sekarang orang akan kata ajaib la sangat.

Apa yang ditaipnya itu terkeluar huruf pada skrin komputer.Dia membuat kesimpulan bahawa setiap orang akan menaip apa-apa akan menghasil sesuatu di skrin komputer.

Perkara ini sampai ke pengetahuan Steve Job dan dia sangat teruja.Dia kemudiannya menyatakan idea supaya komputer boleh dibuat rangkaian dan dimasukkan disk pada penyimpanan memori.

Kesungguhan Steve Job dengan ideanya menyebabkan dia sanggup menghubungi beberapa orang di syarikat Intel bagi memperolehi komponen secara percuma.Nak buat macam mana, Steve Job masa itu masih sengkek lagi.

Pada mulanya  projek pengaturcaraan Wozniak yang berupa lukisan skematik circuit board hendak diberi percuma kepada mereka yang berminat.Steve Job tidak bersetuju kerana ia mahu dijual untuk menghasilkan duit.Cara berfikir Steve Job adalah seorang usahawan manakala Woz cuma membantu untuk kerja amal.

Kos untuk melukis circuit board dan mencetak sangat tinggi.Mereka berdua terpaksa bergolok gadai untuk menampung kos ini.Wozniak terpaksa menjual mesin kira-kira HP 65 dengan harga $500.Steve pula mengorbankan van Volkswagen dengan menjual $1500.

Akhirnya dengan modal tersebut mereka berdua berjaya menubuhkan satu syarikat untuk menjalankan perniagaan.Idea memberi nama syarikat telah HB nyatakan awal entri iaitu Apple Computer.Satu jenama yang sehingga hari ini masih bertahan dan gah dengan peneraju teknologi terkini.

Cabaran seterusnya ialah Wozniak belum bersedia untuk menjadi usahawan sepenuh masa.Dia masih mengganggap kerja dengan HP sebagai jaminan hidup.

Steve Job kemudiannya menjemput kenalannya di syarikat Atari,Ron Wayne sebagai rakan kongsi.Bagaimanapun Wagne tak lama bersama mereka atas sebab-sebab tertentu.

Produk pertama Apple I ialah circuit board.Mereka memasang produk ini dalam garaj kereta sahaja.Memang zaman permulaan untuk mereka tersangat sukar.Ini belum termasuk proses memohon dana modal yang rata-ratanya ditolak oleh pihak bank,

Sebanyak 50 set telah berjaya ditempah oleh pelanggan pertama Apple Computer iaitu Byte Shop.Selebihnya telah dibeli oleh rakan dan kenalan yang berminat untuk memasang komponen komputer.

Selepas itu Apple Computer semakin pesat membangun kerana kesungguhan Steve Job dan Wodniak.

 

Kesimpulan dari admin,

Apa yang HB mampu fahami ialah Steve seorang yang sangat kuat keinginan untuk mendapat duit.Sebaliknya Wodniak lebih fokus mereka cipta produk dan software baru.Antaranya kelahiran produk Apple II dalam pasaran.

Sekian.Semoga terus berminat untuk mengetahui kisah Steve Job dalam sejarah  perkembangan Apple Computer.

 

Pesanan komersial

[1] Khas untuk kaum ibu  >>>>Set Menyusu Mak Jemah

[2] Nak Baca preview ebook layari blog >>>Buku Online


Viewing all articles
Browse latest Browse all 427