Kehidupan Steve Job Masa Kecil…HB terkena perangkap lagi untuk membaca buku omputih.Kali ini terbaca satu buku hebat tentang biografi Steve Job hasil tulisan Walter Isaacton.Tebalnya mak oii 630 muka surat.Ketika entri ini ditulis HB baru membaca dalam bab 6 sehingga pada helaian 75 muka surat.
Steve Job merupakan insan yang hebat macam kalian.Beliau dilahirkan pada 24 Februari 1955 di San Francisco.Kehebatan mediang (dah meninggal beberapa tahun yang lalu) meninggalkan jasa yang besar dalam dunia teknologi informasi.Beliau merupakan pengasas syarikat gergasi Apple Computer yang kini masih menggungguli teknologi iPhone 6,mini ipad dan sewaktu dengannya.
Menurut sejarah ( HB minat subjek sejarah), Steve Job merupakan anak angkat kepada pasangan suami isteri,Paul Job dan Clara Hagopian.Kisah bagaimana Steve Job boleh mendapat keluarga angkatnya boleh rujuk sendiri dalam buku tersebut.Nak cerita lebih macam mengaibkan kisah sebenar ibu kandung dan bapa genetik Steve Job.
Paul Job merupakan seorang mekanik kereta dan Clara Job adalah seorang book keeper.Dia akhirnya membuka bisnes kereta dikitar semula.Macam pelik je!Atas rasa cinta mendalam terhadap dunia mekanik,Paul telah mendidik Steve Job dalam bidang tersebut.Perlu juga kita tahu karekter ayah angkatnya banyak membentuk pemikiran Steve sehingga dewasa.
Steve Job diajar supaya membuat sesuatu perkara sehabis baik dan nilaikan dengan seni.Biar orang lain tak nampak tetapi kita mesti nampak hasil yang mengkagumkan.Ayahnya juga mendidik Steve menjadi seorang perunding yang bijak.Pengaruh ayah angkatnya itu telah mempengaruhi kehebatan Steve sehingga menjadi tokoh korporat terbaik.
Zaman kecil Steve Job merupakan budak nakal.Tak suka dengan sekolah.Nak main adalah nombor satu.Kenakalannya itu mampu dibentuk oleh ayah angkatnya dengan prinsip hidup kasih sayang dan menganggap Steve Job insan istmewa.Dia bukan terbiar tetapi dijaga penuh tanggugjawab.
Minat dan kecenderungan Steve Job memang dalam bidang elektronik.Selain itu suka mendengar lagu-lagu.Tahap pembacaannya juga tinggi.Ia bukan sekadar dalam bidang sains dan teknologi tetapi bidang kesusasteraan seperti Shakespeare,Plato dan Moby-Dick.
Cara pemikiran Steve Job dari kecil ialah suka berdikari,menyayangi ibubapa dan menganggapkan dirinya istimewa dan paling penting sekali bekerja keras semampu yang boleh.
Kesimpulan dari admin,
Jika tiada aral melintang atau arus merentangi HB akan kongsikan kisah zaman remajanya pula dalam entri yang akan datang.
HB berharap kalian mendapat inspirasi bahawa kejayaan insan hebat begini tak akan berlaku begitu sahaja.Sejak kecil terdidik oleh ibubapa yang hebat juga.Mereka membentuk cara pemikiran untuk berjaya.
Sekian.Salam motivasi dan ingat bahawa kita adalah insan istimewa,hebat dan berbakat.Orang lain tak perlu tahu kerana yang penting kita sendiri mengakuinya setiap masa dan ketika.
Pesanan komersial
Set kesihatan wajib untuk ibu yang bakal melahirkan anak.>>>>KLIK SINI