Quantcast
Channel: Hero Borneo
Viewing all articles
Browse latest Browse all 427

Misi Mencari Dalam Bulan Februari

$
0
0

Misi Mencari Dalam Bulan Februari…Tanpa berselindung lagi HB memang sibuk dalam bulan Januari.Pelbagai cabaran dan tugasan perlu ditunaikan sebaik yang mungkin.Jadi dalam bulan Februari ini HB nak menumpukan masa yang sebaiknya untuk menulis blog.Sebagai blogger menulis blog macam satu tabiat yang sukar untuk ditinggalkan

misi mencari

Apa yang HB cari dalam bulan Februari.Biarlah rahsia sebagai sebagaimana judul lagu Datuk Siti Nurhaliza.Sekurangnya apa dapat HB katakan bahawa HB mencari sesuatu yang boleh memberi ‘booster’ kepada HB dalam menongkah arus berblogging.Ini belum termasuk kerja promosi blog Buku Online dan kontest SEO Malaysia Best Blog 2015.

Antara perancangan HB dalam bulan ini tentunya menulis blog secara konsisten dalam memfokus kepada kata kunci tertentu.Sungguhpun kadar trafik masih paras hidung tetapi kemasukan trafik berdasarkan kata kunci sudah bertambah dari hari ke hari.Ia merupakan satu petanda yang positif bahawa blog Hero Borneo semakin diterima oleh pengunjung organik.

 

Kesimpulan dari  admin,

Sekadar itu penulisan kali ini.Memang pendek dan jangan hairan ia adalah cara penulisan HB dalam bulan Februari ini.Sekiranya ada perkara yang lebih penting HB akan tulis lebih lengkap.

Sekian.Salam motivasi dan selamat membaca.

 

p/s:HB nak tulis perkara yang melibatkan dunia separa perubatan dalam blog yang satu lagi.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 427