Cara Nak Jadi Cikgu Terbaik…HB menulis entri ini berdasarkan info yang diperolehi dari sumber yang berkrebiliti.Memang HB bukan cikgu.Namun tiada sebab untuk HB membataskan peluang berkongsikan cara nak jadi cikgu terbaik.Jika ada cikgu-cikgu yang ada terbaca entri ini bolehlah menambah bahagian yang terkurang atau mengurangkan bahagian yang terlebih.Sememangnya HB amat alu-alukan pendapat kalian.
Cikgu terbaik memang dambaan setiap pelajar dan juga pihak sekolah termasuklah para ibubapa.Mereka menjadi idola,mentor dan sumber inspirasi untuk berjaya.Misalnya tanpa cikgu siapalah HB sekarang ini.
Terkenang pula HB sejak menjejakkan kaki buat pertama kali di sekolah dulu.Dari zero menjadi konon-kononya hero sekarang ini.Adanya cikgu maka HB boleh menulis,membaca dan mengira.Lebih dari itu HB boleh berfikir untuk menilai dengan perkara baik atau buruk walaupun tidak segenius Mat Zucker Bird (nama samaran tauke FB)
Jom kita lihat sendiri cara-cara untuk menjadi cikgu terbaik:
1.Baik hati
Satu asas paling utama dalam dunia pendidikan ialah baik hati.Cikgu yang baik hati disenangi oleh para pelajar.Sepanjang pengalaman HB jadi pelajar belum jumpa lagi cikgu yang kurang baik hati.Mereka mendidik anak murid dengan hati yang bersih,murni dan suci.Tak taulah pada zaman sekarang ini.
2.Lawak jenaka
Cikgu yang ada sifat jenaka membolehkan suasana pembelajaran riang,ceria dan gembira.Para pelajar boleh memahami apa yang disampai dalam bentuk jenaka berbanding terlalu serius setiap masa.
Nampaknya HB tak berkesempatan jumpa cikgu yang kelakar semasa sekolah dulu.Kalau jenis garang dan bengis macam singa betina memang ada.Kami akan belajar dengan perut kecut dan berpeluh-peluh.Yang hairannya ramai pulak yang lulus cemerlang subjek yang diajar cikgu tersebut.
3.Cerdas emosi
Cerdas emosi bermaksud seseorang cikgu tidak mudah beremosi apabila berdepan dengan karenah pelajar yang 1001 ragam.Jiwa mereka kuat.Tidak terpengarauh dengan suasana kelas sama ada kecoh atau sunyi sepi.Cikgu ini tetap mengajar seperti biasa walaupun berdepan dengan pelajar kurang ajar.
Pernah sahabat HB yang merupakan cikgu mengeluh dengan keadaan pelajar sekarang ini.Mereka sukar nak membendung salah laku pelajar akibat larangan tidak boleh merotan atau menjeling tajam pelajar mereka.Betul atau tidak HB tak boleh pastikan kerana itu adalah luahan hatinya kepada HB.
4.Insan bertanggungjawab
Cikgu sepatutnya menjadi contoh terulung kepada anak didik.Jadi bukti dan role model kepada insan yang bertanggungjawab.Dengan rasa tanggungjawab yang tinggi maka cikgu akan mengajar penuh dedikasi dan serius.Kejayaan para pelajar adalah indicator seseorang cikgu.Maaf bukan 100%
5.Keyakinan diri
Cikgu yang yakin akan berkata-kata dengan penuh makna.Mereka tidak ragu-ragu untuk membuat keputusan.Malah sesi pembelajaran yang menggunakan sifat yakin memboleh pelajar cepat faham apa yang diajar.Pelajar lebih percaya dan keyakinan mereka akan meningkat .Sebab itu cikgu wajib memupuk keyakinan diri sebelum bergelar cikgu lagi.
6.Ciri kepimpinan
Kepimpinan cikgu ke atas para pelajar amat penting.Dengan adanya kepimpinan para pelajar akan mematuhi segala arahan baik secara rela maupun terpaksa.Proses tersebut memudahkan pembelajaran dan pengajaran.Perlu HB ingatkan pemimpin yang bagus disegani dan ia cukup mengambarkan cikgu adalah kerjaya yang amat percayakan konsep dan nilai murni.
Kesimpulan dari Hero Borneo,
Ternyata 6 ciri-ciri yang HB kemukakan dalam entri ini itidak cukup menjadikan cikgu terbaik.Oleh demikian rakan-rakan blogger yang sebetulnya cikgu boleh memberi buah fikiran tentang topik cikgu terbaik dalam ruangan komen.
Jangan lupa baca entri Temuramah Pelajar UNIMAS Bersana Hero Borneo.Pada masa itu HB terpaksa keluarkan buah fikiran untuk menjawab soalan ilmiah mereka.
Sekian.Salam motivasi dan jumpa lagi.
p/s :HB ada hati nak jadi cikgu sekolah memandu seperti dalam link Jom Belajar Memandu