Quantcast
Channel: Hero Borneo
Viewing all articles
Browse latest Browse all 427

Tips Atasi Jangkitan Sakit Mata

$
0
0

Tips Atasi Jangkitan Sakit Mata…Sekali lagi HB diberi ujian  kesihatan.Mata HB terkena jangkitan sakit mata merah.Nasib baik kena sebelah.Ketika entri ini ditulis HB baru sahaja mendapat sijil sakit dari klinik kerajaan yang berdekatan.Dapat satu hari sahaja dan kemungkinan jika belum pulih sepenuhnya maka akan ambil untuk dua hari.

jangkitan sakit mata

Ketika dalam pemeriksaan doktor HB sempat bertanya tips untuk atasi jangkitan sakit mata supaya dapat HB kongsikan dalam blog ini.

1.Jangan gosok mata

Tindakan mengosok mata menyebabkan kuman lebih cepat merebak.Jika nak lap boleh guna tisu dan pastikan lap sekali dan terus buang.Tak boleh kitar semula takut jangkitan terkena pada orang lain pula atau merebak ke mata sebelah.

2.Kerap basuh tangan

Orang yang terkena jangkitan sakit mata mesti perbanyakkan basuh tangan.Lebih-lebih lagi selepas menyentuh kelopak mata yang bermasalah.Jika tiada tujuan khusus buat apalah nak sentuh mata yang sakit tu.

3.Rawat guna ubat yang disyorkan

HB jenis yang percaya kepada kepakaran doktor.Jadi apabila ada masalah kesihatan maka HB akan mengutamakan rawatan doktor berbanding rawatan cara tradisional.Dalam kes sakit mata ini,HB ambik ubat dari farmasi klinik kerajaan.Selain murah iannya juga boleh dipercayai.

4.Jangan percaya jangkitan mata boleh tersebar dengan pandangan mata.

Doktor kata ia adalah mitos semata-mata.Jangkitan berlaku kerana sentuhan tangan yang tercemar kepada orang lain secara tak sengnaja.Kebenarannya memang ada namun kepercayaan ini sukar untuk dibuang dalam memori kita semua.Sampaikan ada pegawai farmasi yang menegah HB membuka cermin mata gelap yang HB gunakan.Pada masa itu HB tengah mengambil ubat.

5.Redha bahawa ia adalah ujian Allah SWT

Setiap perkara ada hikmahnya.Jadi apabila HB sudah dijangkiti sakit mata mungkin ia adalah balasan Allah SWT ke atas HB kerana tidak berusaha menjaga kesihatan sebaiknya.Lagipun kita tiada daya melain apa jua yang berlaku adalah dengan izinNya.La haula quwaata illalah billah.Sekarang terima dengan hati yang redha dan ingat bahawa apa jua nikmat yang kita terima boleh ditarik bila-bila masa.Jika ingat perkara ini mengapa mesti berbangga diri dengan kelebihan yang dimiliki.

 

Kesimpulan dari admin,

HB berharap dengan perkongsian ini para pembaca yang pernah atau bakal berhadapan dengan risiko jangkitan mata jangan panik.Amalkan budaya hidup sihat.Dalam pada itu juga kalian boleh membongkar rahsia perubatan herba bagi memastikan kesihatan kalian terjamin.

Sekian.Salam motivasi dan jumpa lagi.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 427