Tips Menjadi Usahawan Online Berjaya…Satu perkembangan yang amat positif sekarang ini.Kelihatan ramai yang telah berkecimpung menjadi usahawan atau usahawanita online secara aktif.Mereka telah mempromosikan dengan agresif dalam talian.HB pasti seronok melihat orang berjaya kerana orang yang nak berjaya mesti suka dengan kejayaan baik kejayaan sendiri maupun kejayaan orang lain.
HB telah membaca satu buku menarik baru-baru ini.Jadi alangkah elokkan dikongsikan dalam blog ini kerana pasti ada yang belum berkesempatan untuk membaca buku tersebut.Kalian tentu nak berjaya terutama kepada usahawan online.
Dalam apa jua aktiviti yang dilakukan tips ini boleh diguna pakai.Ia tiada had kerana nak berjaya setiap ilmu yang ada boleh diadaptasikan dalam acuan pemikiran agar menjadi tabiat.Dah jadi tabiat maka secara konsisten kalian akan berada dalam landasan untuk berjaya.
1.Matlamat yang sangat jelas
Matlamat adalah tujuan atau destinasi kejayaan yang nak dituju.Paling baik kalau matlamat itu jelas,logik dan relevan dengan bidang yang diceburi.Jika kalian belum ada matlamat yang jelas dan jitu,HB nasihatkan kalian jangan bergerak dulu.Duduk dan rancang sebaik-baik.Bila dah dapat barulah mula melangkah.Insya Allah langkah kalian langkah kanan ataupun langkah bergaya seorang yang bakal berjaya.
2.Minat yang mendalam
Minat boleh dibaratkan petrol dalam kenderaan.Tanpa petrol pastinya kenderaan itu tak boleh bergerak kecuali ditarik atau disorong oleh kenderaan yang lain.Sebab itu seseorang yang ingin menceburi dalam perniagaan online mesti memiliki minat yang mendalam.Bukan kerana terpaksa atau sekadar ikutan trend semasa.Ia lahir dalam sanubari sendiri.Nak tahu minat atau sebaliknya boleh uji dengan membaca info yang berkaitan.
3.Keyakinan diri yang tinggi
Seorang usahawan online mesti ada keyakinannya.Orang yakin boleh berjaya.Orang ragu-ragu sukar nak berjaya.Soal keyakinan boleh dibentuk dan dilatih.Antaranya banyak membaca blog buku pembentukan diri,seminar,bengkel dan bergaul dengan orang yang telah menempa kejayaan.Proses ini HB akui mengambil masa yang panjang.Sebab itu belum ada kejayaan yang boleh diraih dengan jalan pintas.Yang ada mungkin memintas kejayaan orang lain.
4.Kerja keras setiap masa
Sepatutnya kerja keras boleh kita gantikan dengan bekerja secara bijak.Namun realitinya ramai orang berjaya telah mencapai kejayaan dengan kerja keras.Bila dah berjaya barulah mereka bekerja secara bijak supaya kejayaan itu konsisten dan bertambah-tambah.Asasnya di sini mesti bekerja keras dulu untuk mendapatkan apa yang telah dihajati.Perlu HB tegaskan kerja keras mesti dilakukan setiap masa sehingga dapat meraih kejayaan awal.Bagi usahawan online kejayaan awal apabila sudah menjana pendapatan.
5.Bersedia untuk tranformasi
Kita sedia maklum perkembangan teknologi sangat pantas.Kita tak boleh statik untuk berada dalam zon selamat.Berfikir secara kreatif dan diluar kotak pemikiran.Kalian mesti bersedia menerima apa jua tranformasi.Misalnya dulu cuma menggunakan pemasaran email.Kini dah berubah menggunakan blog,media sosial dan penjenamaan bisnes menggunakan kuasa viralisme.Contohnya jenama Apple.Ia hebat bukan setakat kualiti tetapi hebat melalui promosi besar-besaran di media sosial.
Kesimpulan dari admin,
Sekarang sudah bersedia untuk mengamalkan tips ini dalam perjalanan bisnes kalian.Seperti yang HB katakan dalam bahagian pengenalan tadi,segala tips ini amat relevan dalam apa jua lapangan.Tak kira kalian nak jadi blogger,pelajar,tauke,peniaga kecil-kecilan,pekerja swasta atau penjawat awam.
Kalau tak minat lagi jadi usahawan boleh juga usha kerja yang berpendapatan tinggi dan mewah.HB dengan rasa seronoknya berkongsikan info terbaik tentang Kerjaya Mewah Oil & Gas Dan Jadi Jutawan Industri

Sekian salam motivasi.HB harap tips ini berguna untuk semua.Tak jadi usahawan pun ok juga maka jadi seorang pekerja yang berjaya.Sebab kejayaan itu ada dalam apa juga perkara yang kalian lakukan itu.