Iktibar Dari Kisah Pemandu Maut ….Sejujurnya cerita ini kurang saya gemari.Namun demi tugas saya sebagai perunding eTiQa takaful keluarga perlu sangat untuk menyedarkan betapa pentingnya takaful sebagai mekanisma pelindungan pendapatan.Malang tidak berbau.Ajal juga tidak pasti bila berlaku.Doa kita agar dijauhkan perkara ini dari berlaku menimpa kita.Minta jauh-jauh.Sekiranya berlaku jua kita sudah bersedia sekiranya ada mencarum dalam takaful.
Berikut adalah satu tragedi yang benar-benar berlaku di Sarikei Sarawak.Jom baca untuk dijadikan iktibar supaya kita besedia dengan apa jua risiko yang bakal melanda.
[nota admin]
Apabila seorang ketua rumah atau pencari rezeki utama meninggal dunia kesannya amat panjang.Anak dan isteri perlu untuk hidup seperti biasa.Hutang-hutang seperti rumah,kereta dan sebagainya siapa yang tolong bayar.
Hutang ditinggalkan siapa nak bayar
Kalau tiada hutang kita beruntung.Kalau ada siapa yang boleh bayar untuk kita yang dah jadi arwah atau mediang.Jadi dengan kesempatan ada nyawa yang berbaki ini apa kata cari perunding eTiQa Takaaful untuk dapatkan khidmat rundingan percuma.
Saya sudi membantu anda dengan kepakaran dan ilmu takaful yang ada.Tindakan anda yang bertindak cepat akan memberi makna kehidupan kepada waris yang sedia ada.
Sekian.Salam sayang semua.
![]()
![]() |
Kredit : Utusan Sarawak |
Seorang lelaki maut selepas lori membawa muatan anak sawit yang dipandunya terlibat dalam kemalangan di Kilometer 18, Jalan Sarikei- Sibu di sini, pada 17 Mac 2017 yang lalu.
Dalam kejadian kira-kira pukul 8.30 pagi itu, mangsa berusia 30-an yang belum dikenal pasti identitinya itu terbunuh akibat cedera parah tersepit di tempat duduk.
Jurucakap bomba berkata, sembilan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Sarikei diketuai Abang Joharie Abang Senawi bergegas ke tempat kejadian untuk operasi mengeluarkan mangsa tersepit sebaik sahaja menerima panggilan pada pukul 8.54 pagi.
Katanya, tiba di lokasi kejadian, sebuah lori membawa muatan anak kelapa sawit dipandu seorang lelaki didapati terbabas dan terbalik di sebelah kiri jalan.
"Lori tersebut kemudian dapat ditarik ke atas jalan raya dengan menggunakan kren milik syarikat Cahya Mata Berhad (CMS) bagi memudahkan bomba mengeluarkan mangsa.
"Namun, pemandu terbabit disahkan sudah meninggal dunia oleh pihak ambulans di tempat kejadian dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini. -Sumber : Utusan sarawak
[nota admin]
Apabila seorang ketua rumah atau pencari rezeki utama meninggal dunia kesannya amat panjang.Anak dan isteri perlu untuk hidup seperti biasa.Hutang-hutang seperti rumah,kereta dan sebagainya siapa yang tolong bayar.
Hutang ditinggalkan siapa nak bayar
Kalau tiada hutang kita beruntung.Kalau ada siapa yang boleh bayar untuk kita yang dah jadi arwah atau mediang.Jadi dengan kesempatan ada nyawa yang berbaki ini apa kata cari perunding eTiQa Takaaful untuk dapatkan khidmat rundingan percuma.
Saya sudi membantu anda dengan kepakaran dan ilmu takaful yang ada.Tindakan anda yang bertindak cepat akan memberi makna kehidupan kepada waris yang sedia ada.
Sekian.Salam sayang semua.

“MEMBINA UKHUWAH DALAM MUA’MALAH’