Quantcast
Channel: Hero Borneo
Viewing all articles
Browse latest Browse all 427

3 Tip Untuk Wakil Takaful Yang Baharu Boleh Berjaya

$
0
0
Saya berbesar hati untuk kongsikan 3 Tip Untuk  Wakil Takaful Yang Baharu Boleh Berjaya.Jika tak buat maka susah nak berjaya.Perkara ini sama sahaja untuk apa jua bidang.Lebih lebih lagi bidang berbentuk bisnes yang melibatkan ramai orang.


Sebagai orang baru dalam bidang takaful sudah tentu kita akan sedaya upaya untuk berjaya close chase.Sesiapapun memang mahu berjaya.Ukuran kejayaan yang kita mahukan juga berbeza namun matlamat asalnya sama iaitu sebagai sumber rezeki untuk menyara diri,keluarga dan sanak saudara.

Berikutlah adalah 3 tip yang boleh kita fikirkan dan amalkan bersama:

1.Melatih diri seperti seorang penjual

Konsep takaful adalah patuh syariah dan sememangnya takaful tidak dijual.Takaful hanya diperkenal dan diajak kepada orang ramai yang berminat untuk  mencarum berdasarkan keperluan serta kemampuan.

Namun kemahiran menjual idea dan memupuk kesedaran bakal pencarum memerlukan ciri-ciri seorang penjual.Itu sahaja.Tidak boleh lebih apatah lagi sehingga konsep memujuk rayu.Ingat penjual sebenarpun tidak merayu kepada pelanggan.

Seorang penjual yang baik mesti bijak mengambil hati bakal pelanggan.Bijak untuk menerangkan ciri-ciri dan manfaat yang boleh digunakan oleh bakal pelanggan.Paling best dapat meletakkan diri seorang pelanggan seolah-olah sudah memiliki produk tersebut.

2.Membina kemahiran usahawan

Seorang usahawan atau usahawanita memang  berdaya saing,dinamik dan berkemampuan untuk mengembangkan bisnes masing-masing.Sama juga dengan bidang takaful.

Seorang wakil takaful dituntut untuk kreatif meneroka dan membuka pasaran baru.Kemahiran usahawan boleh dipupuk sedikit demi sedikit.Pelajari peringkat demi peringkat dan yang paling penting sekali amalkan ilmu tersebut biarpun sedikit.

Tidak ada jalan pintas mengapai kejayaan.Apatah lagi membina kekayaan dalam masa yang sekejap.Biarlah masa beriringan dan berjalan seperti biasa.
.
3.Meletakkan komitmen pada tempat yang  sepatutnya

Bidang takaful sangat mencabar.Cabaran terbesar bukan pada orang lain.Ia tertanam dan terletak pada diri kita sendiri.Jika berjaya menumpaskan cabaran seperti kurang berdisiplin,kurang fokus dan kurang serius maka saya percaya kejayaan sudah berada dalam tangan.

Selain cabaran sudah wakil takaful baru atau wakil takaful lama mesti meletakkan komitmen pada tempat yang sepatutnya.Wakil takaful mesti pergi meeting,prospekting,servis dan sebagainya terlebih dahulu sebelum melakukan perkara lain.

Komitmen yang bijak bukan 100 masa tertumpu kepada aktiviti takaful semata-mata.Sebaliknya komitmen yang bijak mensasarkan aktiviti takaful pada masa dan tempat yang betul dan sesuai.Urus masa dengan tepat dan jangan dibazirkan pada tempat yang sia-sia.

[nota admin]

Perkara yang wajib buat ini jika dilakukan dengan sungguh-sungguh pasti membuah hasil.Sungguh begitu wakil takaful yang baru hendaklah sabar dan tidak berputus asa untuk terus mencuba dan mencuba.

Proses mencuba adalah pembelajaran yang berterusan supaya menjadi semakin baik dari hari ke sehari.

Sekian.Salam sayang dan jumpa lagi

“Membina Ukhuwah Dalam Muamalah”


Viewing all articles
Browse latest Browse all 427