Quantcast
Channel: Hero Borneo
Viewing all articles
Browse latest Browse all 427

Selesai Jalani Kursus Asas Wakil Takaful Di Kuching Sarawak

$
0
0
Alhamdulillah saya selesai Jalani kursus Asas WakilTakaful selama 3 hari  di pejabat cawangan eTiQa Kuching pada 20 sehingga 22 Mac 2017.Ternyata kursus tersebut memberi input dan sarana ilmu yang amat bermanfaat dalam pemantapan kerjaya sebagai wakil takaful yang bertauliah.

dari kiri : Mohd Hanafi.Tuan Anas dan Nurshamila

Biarpun kursus berlangsung  hanya 3 hari namun saya akui seperti nak lagi dan nak lagi.Malah ilmu yang diajar tidak terlintas dalam pemikiran saya selama ini.Sekali lagi terima kasih kerana Fasilatator Akademi eTiqa,Tuan Anas Abd Rashid yang sanggup dan sudi bertandang ke bumi kenyalang, Sarawak.Terima kasih sekali lagi.Nanti bila ada masa dan kesempatan kita minum-minum di KL.

Sudah semestinya saya tidak akan membongkarkan secara terperinci apa yang saya pelajari bersama Tuan Anas Abd Rashid.Jika nak juga jom la jadi wakil takaful di eTiQa.Saya pasti anda sangat beruntung kerana proses pertauliahan kerjaya takaful sangat profesional.Anda boleh bersembang mesra bersama saya  di [ www.wasap.com/601134646975 ]

Selepas menghadiri kursus asas wakil takaful kami sudah bersedia untuk berjuang dan berkhidmat untuk klien.Kami berjaya menukar persepsi kerjaya wakil takaful menjadi satu profesionalisme yang tinggi dan terbaik dalam kelas tersendiri.Kami sebagai wakil takaful memikul amanah dan tanggungjawab untuk membantu masyrakat dalam pengurusan kewangan dengan instrument takaful.

Kami mencari klien kerana kami sayang dan prihatin kepada mereka .Kami datang untuk memberi solusi terbaik untuk memberi khidmat dan rundingan demi kehidupan mereka pada masa kini dan masa yang akan datang.Kami berkhidmat bukan setakat selesainya tandatangan klien pada borang caruman.Kami menjaga dan membantu klien mendapat manfaat sekirannya ada musibah atau menambah baik aset sedia ada klien.Benarlah kerjaya ini sangat mulia kerana kami membantu orang lain.

Berakhirnya kursus asas wakil takaful telah memberi pencerahan minda kami untuk yakin bahawa takaful adalah keperluan wajib.Keperluan takaful untuk menjamin ketenangan fikiran jika ditakdirkan tidak mampu lagi berbuat apa-apa lagi setelah ditimpa kematian,kemalangan,lumpuh atau mengalami penyakit kritikal.Pencarum takaful  meletakkan masa depan waris pada tempat yang sepatut jika berlaku perkara yang tidak diingini.

Kita beruntung kerana ajal belum menjemput semalam.Kita dijauhkan musibah dan kecelakaan.Kita bernasib baik kerana tidak disahkan doktor terkena penyakit kronik.Persoalannya adakah kita mampu menjangkakan nikmat sihat dan kekal hidup terus kekal sepanjang hayat.Itulah risiko pada masa akan datang.Tiada siapapun boleh memberi jaminan.Betul tak?

Disebabkan kesedaran betapa pentingnya keperluan mengurus risiko maka instrumen takaful diwujudkan.Biarpun kita tidak terkena musibah namun penyertaan kita dalam takaful telah membantu peserta yang lain kurang bernasib baik.

Bukan itu sahaja,takaful adalah satu kaedah untuk mencapai ‘financial goal’ secara efektif dan berdisipin.Dalam takaful bukan setakat perlindungan, malah ada simpanan dan pelaburan.Sekiranya ada kesedaran betapa pentingnya takaful maka bajet untuk takaful adalah wajib sebagaimana bajet untuk kereta,rumah atau pendidikan.


[Nota Admin]

Wakil takaful ada kepakaran takaful.Doktor pula kepakaran dalam bidang perubatan.Malah peguam atau jurutera pun  ada kepakaran masing-masing.Sebab itu saya berani mengklafikasi wakil takaful adalah kerjaya profesional kerana terikat dengan etika,undang-undang dan peraturan Bank Negara Malaysia.

Selepas ini jika ada orang sengnaja mengelak untuk berjumpa wakil takaful memang bukan profesional dan kami maafkan anda kerana kami bekerja dan berkhidmat dengan profesional.

Itu sahaja untuk kali ini.Jumpa lagi dan carilah kami atau kami mencari anda demi kepentingan anda juga.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 427