Rahsia Terbesar Untuk Kekal Sihat…Sihat adalah nikmat.Nak tahu bertapa nikmatnya sihat maka jadi sakit dulu.Baru tahu.Secara logiknya siapa yang mahu sakit.Semua mahu sihat.Sebab sihat adalah satu anugerah yang membolehkan kita menikmati hidup ini dengan sempurna.
Sengnaja HB meletakkan rahsia terbesar.Sebenarnya bukan rahsia pun tentang ilmu ini.Lainlah hal-hal sulit rumahtangga barulah dikatakan rahsia.Itu perkara yang sangat sulit dan sangat rahsia.Sebab itu kemaluan juga dikenali alat sulit.Baiklah HB tinggalkan benda-benda yang merapu ini.
Dalam menjelaskan apa maksud sihat alangkah moleknya HB ceritakan beberapa jenis penyakit yang boleh diatasi dengan rahsia ini.
#1.Alzheimer
Nak sebut lidah rasa berbelit.Penyakit ini adalah gangguan otak yang memyebabkan kemampuan untuk mengingat,belajar,berfikir dan berkomunikasi merosot secara perlahan-lahan.Setakat ini belum ada penyembuhan secara total.
#2.Penuaan
Secara teorinya memang jangka hayat manusia dari muda akan menjadi tua.Namun ada rahsia yang boleh melambatkan proses penuaan seseorang.Proses ini tidak memerlukan perbelanjaan yang besar.
#3.Kanser
Penyakit ini amat merbahaya.Kesannya seperti gunting dalam lipatan.Ada yang tak sedar sehingga ke Fasa 4 iaitu fasa yang bakal berakhir dengan kematian.Apa-apapun jangan terlalu risau jika kalian sudah tahu rahsia yang bakal terbongkar sebentar lagi.
#4.Kolestrol
Sana sini orang akan bercerita tentang kolestrol.Namun sedar atau tidak, ada kolestrol yang bagus untuk kesihatan kita.HB cuma risau kolestrol jahat yang memudaratkan kesihatan kalian.Awas dan berhati-hati akan penangan kolestrol tersebut.
#5.Kemurungan
Kehidupan hari terlalu mencabar.Tekanan hidup,bebanan kewangan dan gejala sosial menyebabkan seseorang boleh murung.Kesannya jiwa resah dan mengakibatkan pelbagai implikasi negatif kepada kesihatan manusia.
Kesimpulan dari admin,
Rahsia untuk mengawal dan mengatasi pelbagai penyakit yang HB nyatakan diatas adalah dengan bersenam.Ia adalah pendekatan holistik dan terbukti secara saintifik.Bukan HB sengnaja bagi pendapat,Kenyataan ini HB perolehi dari sebuah buku bertajuk Senaman Sebagai Ubat hasil penulisan Persatuan Pengguna Pulau Pinang.
Sekian.Salam motivasi dan semoga rahsia terbesar untuk kekal sihat kini sudah terbongkar.Tak lain dan tak bukan ialah aktiviti bersenam.Lakukanlah setiap hari dengan penuh konsisten.Jadikan insan yang mengamalkan Cara Hidup Sihat
