Quantcast
Channel: Hero Borneo
Viewing all articles
Browse latest Browse all 427

5 Panduan Mengurus Duit Dengan Bijak

$
0
0
5 Panduan Mengurus Duit Dengan Bijak…Duit menjadi keperluan mendesak kepada hampir semua individu.Ada juga yang terkecuali dari golongan tersebut.Golongan ini tidak berhadapan dengan kesukaran memilki duit kerana berpendapatan yang tinggi.Mungkin ada yang merasakan kurang adil dengan dunia ini namun itulah hukum dunia.Siapa yang ditakdirkan murah rezeki berbentuk duit memang senang hidup mereka.Perlu juga diingatkan takdir begini dapat diubah selepas usaha sebaik mungkin dan ikhtiar sehabis baik.

Tinggal Tu je yang ada

Dengan duit yang banyak boleh membeli rumah yang selesa,kereta yang terbaik dan pakaian yang bermutu tinggi.Malah lebih nikmat lagi dapat membeli makanan yang sedap,enak dan berkhasiat.Kualiti hidup begini dapat dirasai oleh semua orang jika kita boleh mengurus duit dengan bijak.

Apa yang dimaksudkan dengan mengurus duit dengan bijak ialah cara membelanja,menyimpan dan menjana duit itu sendiri.Tentunya sangat bersyukur jika pembaca mempunyai pekerjaan tetap.Setiap bulan masih ada sumber pendapatan.Persoalannya apabila tiba hari gaji.Adakah pendapatan mereka  cukup,cun-cun atau cuma berbaki sedikit sahaja.

Baki duit yang sedikit itu akan habis sebelum hujung bulan.Atas sebab itu ada yang terpaksa bekerja lebih masa atau melakukan dua pekerjaan dalam satu masa.Sesungguhnya gaya hidup begini bukan sesuatu yang seronok dan disukai ramai.Anak anak atau pasangan perlukan perhatian juga.Masa untuk bersama mereka perlu diperuntukkan.Sayangnya tidak semua ada peluang begini dalam hidup mereka.

Keperluan mengurus duit dengan bijak mesti dilakukan dengan segera.Paksa diri untuk berubah dan ubah cara berfikir cara lama ke arah cara baru iaitu celik dan arif tentang duit.Berikut ialah 5 panduan ringkas untuk mengurus duit dengan bijak.

1.Mempelbagaikan sumber pendapatan

Sebelum ini kita boleh goyang kaki dengan bergantung harap kepada satu sumber pendapatan sahaja.Sekarang zaman sudah berubah.Setiap dari kita perlu ada pelbagai pendapatan.Seorang blogger misalnya boleh menjadi agen takaful untuk menambah pendapatan.Pekerja swasta atau kerajaan boleh menjadi blogger untuk  memastikan ada pelbagai pendapatan.Itu contoh yang mudah.

2.Membeli ikut keperluan

Ramai yang kurang berjaya dalam bab ini.Malah ada diantara kita yang tidak dapat membezakan keperluan dan kehendak.Mereka beranggapan berbelanjalah sesuka hati kerana gaji habis bulan ini maka bulan depan ada lagi.Belilah apa sahaja yang diingini kerana lelah-lelah bekerja tidak patut dikawal cara nak belanja.Duit sendiri siapalah anda yang boleh mencampuri urusan peribadi.Ternyata pemikiran begini kurang bijak.

3.Jangan membuat hutang sesuka hati

Hutang seperti barah kepada kehidupan kita.Hutang menyebabkan jiwa tidak tenang dan perasaan tidak tenteram.Lebih parah lagi jika membuat hutang kepada perkara yang tidak perlu seperti membeli telefon baru,pinjam untuk belanja kahwin dan hutang untuk perabot rumah.Ketika musim perayaan ramai yang terjebak dengan hutang ini.Kesan negatif hutang ialah aliran tunai dalam tangan terjejas teruk.Nak simpan duit pun belum pasti mampu.Apatah lagi nak mencarum dalam Pelan kad Perubatan.

4.Mengurangkan kekerapan makan diluar

Ada orang kata nak makan pun berkira.Ya.Memang betul kepada individu yang bijak dan celik duit.Bukan dilarang sama sekali.Cuma dikurangkan sahaja kekerapannya.Jika dulu 4 kali sebulan maka cuba kurangkan menjadi 2 kali atau hanya sekali sahaja sebulan.Duit dapat dijimatkan untuk perkara yang lebih penting seperti mencarum dalam Plan Perlindungan Pendapatan.Hari ini kita berbuat suatu yang bijak maka suatu hati kita merasai nikmatnya tindakan kita suatu ketika dahulu.

5.Jumpa perunding kewangan yang berdekatan

Mungkin ada yang berpendapat berjumpa dengan perunding kewangan boleh dikenakan bayaran.Itu tidak dinafikan kerana ada yang menjadikan khidmat perundingan kewangan secara profesional.Mereka ada kelayakan dan lesen yang bertauliah.Cas juga tinggi.Jadi pilihan yang bijak ialah cari perunding kewangan dalam bidang takaful yang berdekatan dengan anda.Mereka juga ada lesen,berkemahiran dan bertauliah dalam memberi khidmat nasihat.Ada yang memberi khidmat  percuma dengan rasa tanggungjawab untuk mendidik dan menyedarkan betapa pentingnya celik duit untuk diri sendiri dan anggota keluarga dalam tanggungan.

[admin]

Penulis artikel ini merupakan seorang pelatih perunding kewangan dari Agensi Nur Ikhwan.Mentor beliau ialah seorang Group Agency Manager eTiQa Takaful Kuching Sarawak iaitu Tuan Ahwan Haji Wahab yang berpengalaman 13 tahun dalam bidang tersebut.

Kredit foto kepada Tuan Ahwan Haji Wahab

Sesiapa yang berminat untuk menjadi usahawan takaful atau khidmat runding kewangan dari Agensi Nur Ikhwan boleh mengemukakan permohonan secara Whatsapp ke talian 011-34646975 /012-8227741 ataupun datang ke pejabat seperti di bawah :

Agensi Nur Ikhwan
No.5677,Sublot 28,1st Floor,
Uni Capital Centre,
Kuching/Kota Samarahan Expressway,
94300 Kota Samarahan, Sarawak.
Telepon Mobile : 012-8227741
Telefon Pejabat : 082-663741
Faks: 082-663741
email:ahwan@agent.etiga.com.my

Viewing all articles
Browse latest Browse all 427