Quantcast
Channel: Hero Borneo
Viewing all articles
Browse latest Browse all 427

Fakta Hutang Yang Membebankan Fikiran

$
0
0
Fakta Hutang Yang Membebankan Fikiran …HB agak terkasima kerana menemui info yang sangat mengejutkan tentang hutang negara.Lantas HB tertarik untuk berkongsikan satu artikel penulisan tuan Elias Ablah.Beliau merupakan perunding kewangan di AIA Takaful dan Public Mutual.Semoga artikel beliau ini membuka hati dan minda kita merancang kewangan dengan bijak dan berhati-hati.Tiada pilihan selain untuk mengerakkan potensi diri dalam menjana kewangan lebih kukuh dan stabil pada masa-masa yang mendatang.

Inilah baki duit kalau dah banyak hutang

Mari kita fikir dan hayati sejenak hasil penulisan beliau:

Setiap hutang wajib dibayar. Hutang rumah, kereta dan hutang kawan. Kalau hutang negara, siapa yang guna duit dan siapa pula yang membayarnya?

Kedudukan terkini jumlah hutang Kerajaan Persekutuan pada akhir Jun 2016 adalah sebanyak RM655.7 bilion atau 53.2% daripada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK).

Daripada jumlah berkenaan, 95.9% atau RM628.8 bilion adalah hutang domestik (51% daripada KDNK), sementara 4.1% lagi atau RM26.9 bilion (2.2% daripada KDNK) merupakan pinjaman luar pesisir.

Artikel ini cuba membawa kita berfikir bagaimana untuk melunaskan hutang negara yang sebanyak ini dan titik peluh siapa yang akan membayarnya.

Ada dua cara untuk melunaskan hutang. Yang pertama melalui kenaikan inflasi yang tinggi. Kedua melalui kutipan cukai

1. Inflasi Mengecilkan Hutang

Duit hari ini akan menyusut nilai umpama anai-anai memakan kayu. Begitu juga dengan nilai hutang.
Pada kadar inflasi 4%, hutang RM 740 billion akan susut nilai kepada RM 472 billion sepuluh tahun akan datang (andaian hanya bayar bunga tanpa usik prinsipal).

Jika inflasi pada kadar 10%, hutang RM 740 billion akan susut nilai kepada hanya RM 269 billion. Penyusutan nilai sebanyak 64%.

Inflasi yang tinggi di US dan Britain selepas perang dunia kedua membantu melunaskan hutang akibat perang.

Cara ini menyebabkan nilai pendapatan rakyat juga merudum dan kesannya kepada ekonomi amat buruk. Ini pilihan akhir dan pilihan terdesak.

Namun, Bank Negara pula diunjurkan akan terus merendahkah lagi OPR. Langkah ini dilihat bersifat pro-inflasi dan menyebabkan pengaliran keluar modal yang bakal melemahkan lagi nilai ringgit

2. Tingkatkan hasil cukai untuk bayar hutang

Cara yang lebih baik ialah melalui progessive tax. Progressive tax bermaksud cukai dikenakan lebih tinggi kepada mereka yang kaya berbanding yang miskin.

Cukai pendapatan antara contoh cukai yang progressive. Lagi tinggi pendapatan lagi tinggi cukai.
Namun, apa yang kita kena pada hari ni ialah GST. GST lebih bersifat regressive. Regressive bermaksud lebih banyak cukai diambil daripada orang miskin daripada orang kaya.

Orang miskin hampir 100% pendapatannya digunakan untuk perbelanjaan. Ada pula yang guna sehingga 120% daripada pendapatan untuk meneruskan hidup. Bermakna 20% lagi datang daripada hutang.

Orang kaya pula mungkin 30% -60% pendapatannya digunakan untuk perbelanjaan. Selebihnya menjadi simpanan dan pelaburan. Ataupun membeli kemewahan.

Disebabkan GST adalah cukai berdasarkan perbelanjaan dan orang miskin pendapatannya digunakan hampir sepenuhnya untuk perbelanjaan, maka orang miskin dipaksa menggunakan sebahagian pendapatannya hanya untuk membayar GST. Kesan kepada yang kaya hanya berkurang simpanan dan pelaburan atau kurang melancong.

Bermakna orang miskin akan membayar sebahagian besar daripada pendapatan mereka untuk menanggung beban hutang negara ini.

Silakan share dan bagi like tanda tak setuju dengan GST.

Kredit atikel kepada  : Elias Abllah, Personal Finance

[admin]

Kita perlu mengambil iktibar dan pengajaran dari senario ini.Tindakan segera ialah cuba mencari pendapatan lebih dengan mempelbagaikan sumber pendapatan.Dalam masa yang sama mesti bijak mengatur dan mengawal aliran bajet kewangan.Elakkan untuk berhutang kepada perkara yang tidak perlu dan membuat simpanan kewangan yang mempunyai pelbagai kemudahan misalnya dalam pelan takaful keluarga.

p/s : HB kini dalam proses untuk menjadi perunding kewangan Takaful bersama Agensi Nur Ikhwan Sarawak.In Shaa Allah kolaborasi kerjaya blogger dengan bidang Takaful akan mendedahkan HB dalam dunia bisnes yang memfokuskan perkhidmatan dalam membantu masyarakat celik kewangan.Untuk tujuan tersebut HB boleh dihubungi di talian 014-34646975  atau datang ke pejabat kami untuk berjumpa dengan Tuan Ahwan Haji Wahab iaitu Pengurus Kumpulan Agensi Nur Ikhwan di alamat seperti dibawah :

Agency Nur Ikhwan
No.5677,Sublot 28,1st Floor,
Uni Capital Centre,
Kuching/Kota Samarahan Expressway,
94300 Kota Samarahan, Sarawak.
Telepon Mobile : 012-8227741
Telefon Pejabat : 082-663741
Faks: 082-663741
email:ahwan@agent.etiga.com.my

Viewing all articles
Browse latest Browse all 427