Quantcast
Channel: Hero Borneo
Viewing all articles
Browse latest Browse all 427

Syukur Kerana Ada Laptop Toshiba

$
0
0
Syukur Kerana Ada Laptop Toshiba…Syukur Alhamdulillah HB telah memasuki hari kelapan  dalam Cabaran Segmen Sukses 21 Hari.dalam minggu ini HB akan membincangkan konsep bersyukur dengan apa yang ada dan akan ada dalam hidup HB.


Kredit : Gambar \Google

Buat permulaan ini HB rasa bersyukur sangat-sangat kerana berpeluang memiliki sebuah laptop jenama Toshiba.Sebelum ini HB ada laptop jenama Sony Vaios.Namun terpaksa dijual dekat kedai untuk mendapatkan duit tunai.Itupun kerana betul-betul kerana keadaan yang memaksa.

Selepas itu HB bagaikan hilang sesuatu yang amat berharga hidup.HB terpaksa menulis ala diari secara manual dalam buku log seperti buku yang digunakan oleh pelajar sains dekat makmal sekolah.

Namun penantian telah berakhir setelah dapat laptop Toshiba dengan harga bawah RM1K pada penghujung tahun 2012.Kini usia laptop yang HB guna sudah mencecah 4 tahun tanpa sebarang kerosakan.Tabik spring dengan jenama laptop Toshiba.Bayangkan penggunaan HB memang ekstrem  dengan pengunaan secara online sepanjang hari maupun malam.

Kini HB telah membayangkan dalam minda akan  dapat satu lagi set laptop yang baru berwarna hitam menawan.Jenama sudah tentu Toshiba kerana faktor tahan lasak.Jika tak silap HB,ketika belum ada laptop lagi HB telah membayangkan menjadi seorang blogger.Alhamdulillah Tuhan telah melaksanakaan hajatdan impian HB.

[admin]

HB tetap bersyukur dengan apa yang telah berlaku serta akan berlaku.Yang pasti HB akan mendapatkan satu lagi laptop baru jenama Toshiba.Doakan ramai-ramai wahai pembaca sekalian.

Sekian.Salam motivasi dan jumpa lagi dalam suasan penuh sukses.

 

Viewing all articles
Browse latest Browse all 427