Quantcast
Channel: Hero Borneo
Viewing all articles
Browse latest Browse all 427

Fokus Cari Duit Untuk Kaya

$
0
0
Fokus Cari Duit Untuk Kaya…HB memang mahu kaya.Sungguhpun kaya luas pengertiannya.HB nak kaya dengan duit yang berkat dan duit sentiasa mengalir masuk ke dalam poket  atau akaun bank setiap hari.Lagi kaya lagi bagus agar kekayaan yang diperolehi itu nanti dapat diinfak kepada masyarakat yang memerlukan.In Shaa Allah.

Gambar Hiasan dari Google

Perkara pertama yang mesti HB kaitkan dengan duit ialah perasaan.suka dan seronok dengan duit.Ada duit tak kira banyak atau sedikit perlu dihadirkan perasaan tersebut.Dengan perasaan demikian akan terbina rasa bersyukur dan berterima kasih.

Selain itu duit perlu dibayangkan setiap hari.Duit bergerak ke arah kita dengan kuat dan pantas.Duit seolah-olah terbang mencari tuannya.Gunakan kuasa bayangan yang jelas dan menarik untuk tarik duit.

HB ingin nak berkongsikan beberapa tips yang HB dapat dari Sifu Islamic Law Of Attraction iaitu Tuan Ir Ezwan

1. Sedekahkan wang anda

Jika anda memberi dengan ikhlas, anda akan menerima
lebih banyak lagi. Jika anda menyimpan semua wang anda,
maka anda meletakkan halangan, di mana anda tidak akan
menjemput wang. Untuk menarik wang yang anda mahukan,
sedekahkan wang anda dengan ikhlas. Ketika memberi,
tanamkan dalam minda anda bahawa anda ada banyak lagi
wang pada anda.

“Sesungguhnya orang-orang yang bersedekah baik laki-laki
mahupun perempuan dan meminjamkan kepada Allah pinjaman
yang baik, nescaya akan dilipat gandakan (pembayarannya)
kepada mereka; dan bagi mereka pahala yang banyak.”
(Surah Al-Hadid : 18)

2. Bayangkan ada wang yang banyak

Ini adalah proses visualisasi iaitu apa yang anda bayangkan
dalam minda anda, akan menentukan masa depan anda.
Dengan menjalani kehidupan seperti orang kaya, ia akan
membantu menjemput wang yang anda inginkan ke dalam
kehidupan anda. Contohnya anda makan di hotel mewah
yang anda tidak pernah fikir sebelum ini.

Sebelum anda mengalami perkara yang indah dalam hidup,
anda perlu percaya dan bayangkan ia berlaku dalam hidup
anda. Bayangkan anda mempunyai banyak wang, bermakna
anda telah pun dapat wang tersebut.

3.  Jaga wang anda dengan baik

Ramai orang yang tidak tahu bagaimana menjaga wang tunai
mereka. Jika anda ada wang tunai, lipat dengan kemas dan
susun cantik-cantik dalam beg duit anda dengan teratur.
Dengan berbuat demikian akan membenarkan anda menjaga
wang anda dengan baik dan hasilnya adalah anda akan
menjemput lebih banyak wang.

4.  Hargai Wang

Ambil sedikit masa dan hargai semua wang yang anda ada
dengan penuh kesyukuran. Apabila anda menghargai sesuatu,
ia menghargai anda semula. Ini adalah Hukum Kesyukuran
(Law of Gratitude). Jika anda memberi kebaikan, anda akan
dapat kebaikan sebagai pulangan.
Bersyukurlah atas segala rezeki yang diberi oleh Nya.

5.  Sentiasa ada wang tunai

Daripada ada wang seringgit dalam beg duit, letaklah wang
beratus ringgit. Ini dapat membantu menjemput lebih banyak
wang dalam beg duit anda pada masa akan datang.
Untuk menjemput wang, anda perlu bertindak seperti orang
kaya yang banyak wang. Selalu ingatkan dalam minda bahawa
anda sentiasa ada banyak wang

kredit : Sumber asal
 
[admin]

Fokus Cari Duit bukan untuk kaya semata-mata.Ada banyak sebab yang baik dan murni.Bagi HB sangat mulia kalau duit yang banyak boleh membantu kita untuk lebih takwa dan iman.Sebab senang nak beribadat,bersedekah dan membantu orang lain dalam kesusahan.

Sekian.Salam motivasi dan jumpa anda dilubuk pencarian DUIT


Viewing all articles
Browse latest Browse all 427