Quantcast
Channel: Hero Borneo
Viewing all articles
Browse latest Browse all 427

Penilaian Cabaran Segmen Sukses 21 Hari

$
0
0
Penilaian Cabaran Segmen Sukses 21 Hari…Tinggal 4 hari sahaja lagi (ketika entri ini dikarang) akan berakhir Cabaran Segmen Sukses 21 hari yang telah dimulakan pada 11 Julai 2016 yang lepas.Ketika ini telah memasuki Modul Ketiga iaitu Implimentasi Hukum Tarikan Dalam Kehidupan.Setelah dinilai semula ternyata belum sukses secara sempurna.

kredit : Google Image

Situasi ini memaksa HB akan memperbaharui semula cabaran modul ketiga ini secara lebih teratur bermula pada bulan Ogos 2016 nanti.Jika dibandingkan dengan Modul Pertama dan  Modul Kedua ternyata Modul Ketiga tersasar dari jangkaan.HB masih kurang fokus dan kurang menghayati dengan serius.Jadi HB akan menyusun 3 perkara elemen utama dalam prinsip Hukum Tarikan.

Terdapat banyak elemen yang boleh dikaitkan dengan HUkum Tarikan.Elemen ini boleh disesuaikan dengam matlamat dan keperluan hidup seseorang.Boleh juga diubah secara berpeingkat.Itu terpulang mengikut masa dan keadaan.Cuma jangan menukar secara mendadak kerana mengelirukan minda para sedar.

Untuk keperluan HB  3 ada elemen teras yang sangat penting:

1.FOKUS

Inilah  punca utama mengapa HB kurang berjaya dalam Cabaran Segmen Sukes 21 Hari dalam Modul Ketiga.Daya fokus dan konsentrasi lari.Terawang-awang di awan biru.Akhirnya tersedar menyebabkan  apa yang dikejar tak dapat dan apa yang dikendong berciciran.

Oleh itu HB nak menerapkan dalam diri elemen fokus selama 7 hari.Jangkaan tempohnya dari 1 Ogos 2016 sehinga 7 Ogos.Sepanjang tempoh ini HB akan meletakkan tabiat fokus dalam rutin harian.HB akan fokus ketika solat,ketika bekerja dan ketika latihan pemantapan daya fokus itu sendiri.

Untuk memudahkan HB menilai kembali kesannya maka blog ini sebagai catatan dan hasil kejayaan selama minggu tersebut.Penulisan blog serta butir bicara harian akan mengutamakan soal fokus.In shaa Allah.Macam tak sabar nak lalui semua ini.

2.SYUKUR

Istilah syukur bukan sekadar menyebut Alhamduliilah.Pengertian syukur yang utama ialah merasakan nikmat dan berterima kasih kepada si Pemberi yakni Allah SWT.Dengan bersyukur hati akan lapang biarpun dapat sikit.Dapat banyak lagilah seronok yang berganda.Malah dengan bersyukur kita akan merasai diri semakin dekat kepada kejayaan dan menjauhkan kegagalan.

Kesan dari bersyukur juga menyebabkan kita lebih merendah diri.Tidak sombong dengan apa yang ada.Malah rasa qanaah dengan apa jua pemberiannya.Rasa bersyukur akan menyerlahkan rasa kehambaan yang tertinggi kepada Allah Taala.

Laporan dan kemaskini aktiviti besyukur akan HB cerita dalam blog bermula 8 Ogos 2016  sehingga 14 Ogos 2016.Sama-sama kita nantikan apa yang berlaku dan apa yang HB dapat perolehi  dari perasaan bersyukur sepanjang tempoh tersebut.

3.BAHAGIA

Kemuncak kejayaan sesorang ialah rasa bahagia.Memang rasa bahagia terlalu subjektif bagi setiap orang.Ada orang bahagia kerana bersama orang tersayang.Ada juga orang rasa bahagia kerana memberi manfaat kepada orang lain.HB akan bahagia dengan kejayaan menjadi blogger sepenuh masa dengan pendapatan  RM10 sebulan.Aamiin.

Sebelum dapat sesuatu HB telah membuat gambaran mental betapa bahagia HB berkongsi hidup dengan seseorang.Kelihatan HB berpimpin tangan dengan rasa bahagia hingga ke Jannah.Dahsyatnya kuasa imaginasi telah meledak rasa bahagia biarpun belum menjadi kenyataan lagi.

Segala pengisian rasa bahagia akan HB kongsikan  dalam blog bermula 15 Ogos 2016 sehingga 21 Ogos.Jangkamasa adalah 7 hari berturut turut.Apa jua yang HB dapat akan dikaitkan rasa bahagia.

[admin]

Sebagai kesimpulannya HB akan melatih tabiat yang fokus,syukur dan bahagia dalam Cabaran Segmen Sukses  21 Hari iaitu pengisian Modul Ketiga yang berorientasikan Implimentasi Hukum Tarikan Dalam Kehidupan.

In Shaa Allah  selepas 21 hari HB akan terus istiqamah dengan tabiat tersebut agar 10 Matlamat Yang Membakar Emosi akan tercapai.Antaranya berjaya membeli Laptop baharu nanti.

Kejayaan Modul Ketiga ini  membawa HB memasuki Modul Keempat yang berorientasi Neuro Linguastic Program (NLP) Dalam Mencapai Kejayaan Luar Biasa.Mari kita bersama-sama mengamalkan segala teori yang HB sendiri jalani sebagai testimonial langsung.

Sekian.Salam motivasi dan jangn segan-segan untuk mempelajari ilmu yang lain pula dalamBlog Buku Best.

Info Lanjut  >>SINI

Viewing all articles
Browse latest Browse all 427