Buku Cendul Pulut Santan Lebih…Buku ini HB baca baru-baru ini.Selepas seminggu baru habis.Masa seminggu untuk menghabiskan senaskhah buku bukanlah terbaik.Namun ia lebih baik dari membaca hanya sebuah buku sebulan.Faham faham sahaja sebagai blogger masa untuk membaca buku amat terhad.Masa banyak dipecahkan kepada aktiviti online dan offline.
Buku ini adalah hasil tulisan Datuk Abd.Jalil Ali.Beliau merupakan Ketua Editor Kumpulan Karangkraf.Sejarah hidupnya bermula sebagai seorang pemberita pelatih,wartawan kanan,penolong editor,editor kanan sehingga ke tahapnya sekarang.
Sebagai seorang wartawan deria rasa dan pengamatan Datuk Abd.Jalil sangat tajam dan peka dalam merakamkan pelbagai peristiwa atau kisah masyarakat.Sebab itu lahirnya buku yang HB baca dan review ini.Serius, buku ini amat hebat dan sangat menarik.
Penggunaan bahasa yang santai dan penyampaian mesej yang agak ‘nakal’menyebabkan buku Cendul Pulut Santan Lebih adalah yang terbaik.Sesiapa yang nak memiliki buku ini HB ucapkan tahniah.Tindakan kalian itu amat dialu-alukan.
Banyak sebab HB sarankan kalian membaca buku ini.Antaranya untuk belajar teknik penulisan yang santai tetapi padat dengan mesej.Pendek kata membaca hasil tulisan orang suratkhabar akan membawa kita memahami perasaan ingin tahu semulajadi manusia.
Selain itu kalian boleh mengambil beberapa pengajaran kisah rumahtangga.Satu kemelut sosial yang banyak membebani benak pemikiran orang moden.Baca buku ini boleh melegakan pemikiran kita.Tak percaya maka dapatkan naskhah hari ini juga.
Dalam menambahkan minat kalian mendapatkan buku Cendul Pulut Santan Lebih,elok sangat HB kongsikan beberapa info menarik.Buku ini agak tebal.Ada 367 mukasurat.Berat dan sangat sesuai dibungkus untuk hadiah kepada isteri tercinta atau suami tersayang.Sebelum itu pastikan dia seorang ulat buku.Kalau ulat tiket memang tak akan dibacannya nanti.
Buat makluman semua buku ini sudah dua kali cetakan.Pertama pada tahun 2012 dan seterusnya pada tahun 2013.Maksudnya ada permintaan yang tinggi.HB pasti naskhah bukunya masih boleh didapati di pasaran.Maklumat lanjut tolong layari:
Kesimpulan dari admin,
Sebagai pencinta buku serta ilmu,HB dengan sekeras-kerasnya menggalakkan kalian banyak membaca.Tak kira baca blog,suratkhabar atau media sosial untuk menambah pengetahuan.Orang yang berilmu tinggi darjatnya kerana mampu menilai perkara batil atau benar.
Jika nak sangat ilmu, HB galakkan kalian singgah di Portal Ilmu.Pilih dan dapatkan ebook terbaik yang ada di sana untuk menambah nilai hidup kalian.
Sekian.Salam motivasi dan jumpa lagi.
JOM SINGGAH KE PORTAL ILMU